Proton Inspira = Mitsubishi Lancer

Salam 1 Malaysia.

Pada 14 Oktober 2010 yang lepas, syarikat kereta Proton telah melancarkan satu lagi model baru bagi menggantikan model Proton Waja. Model ni dikenali sebagai dengan nama Proton Inspira atau Proton Waja Lancer.

Orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.



Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.


Proton Inspira



Mitsubishi Lancer

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama. Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.


Mitsubishi Lancer

Terdapat beberapa keping foto terbaru Proton Inspira yang boleh dilihat di Proton Inspira Club. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai sudut yang cantik. Terima kasih kepada Proton Inspira Club kerana sudi berkongsi foto-foto terbaru Proton Inspira.

p/s : Korang suka lancer yang original ke cetak rompak?? ;p

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
beli lisensi doank... jiplak lage ..... contek renault, contek mitsubishi....

FOLLOWERS