Daftar Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Salam 1 Malaysia.

Nak daftar sebagai sukarelawan iM4U ? Klik sini.

Demi menyahut seruan kerajaan dan oleh sebab aku cukup syarat untuk menyertai Sukarelawan Pertahanan Awam ni, aku pon mendaftar di lawan web Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk jadi sukarelawan demi untuk berbakti kepada negara :D

Daftar di sini, Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL).
Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana² pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-
  • Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
  • Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
  • Mempelajari ilmu Pertahanan Awam

Syarat² menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  • Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
  • Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
  • Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
  • Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Antara faedah kalau korang join Pertahanan Awam ni adalah,
  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku.


Antara kemudahan yang akan korang dapat adalah, .
  • Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
  • Mendapat elaun berkhidmat
  • Mendapat Uniform percuma
  • Menerima bounti (Saguhati) tahunan
  • Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia
p/s : Nak daftar sebagai sukarelawan iM4U pulak ? Klik sini.

Post a Comment

37 Comments

Unknown said…
org biase pon leh gak ae?
@Abu Luqman
thanks singgah. dah follow jugak :)
@Dak Fisha
boleh.! :) die tak mengira saiz dan apa apa, just kena cukup syarat kat atas tu. lepas register, nanti die akan call untuk kursus :D
Ayie Abas said…
menarik nih...^__^

zayani dah masuk jadi ahli pertahanan awam eh?
@Ayie Abas
mmg menarik pon. ha'a, da join. tapi baru lagi jugak. join la sekali :D
Ayie Abas said…
nak tau lebih lanjut dulu...zayani..:D
apricot said…
berapa lama kursusnya..?
apricot said…
kursusnya berapa lama yunk...?
apricot said…
@Zayani cm berminat je...kursusnya berapa lama yunk...?
apricot said…
cm berminat....komen da publish ke blommm..?cm x je....kursus nye lame ke yunk..??
@apricot
kejap je. tp kalau takda masa kurses tu boleh amik half2.
Adrian Teh said…
Berapa lama kursusnya?
Adrian Teh said…
Berape lama kursusnya?
Unknown said…
Berape lame n bsenye kat mne?
Unknown said…
Bsenye dekat mne?
mufika said…
Biasanya kursus kat pusat latihan pertahanan awam. Duration lak bergantung kat kursus apa yg korang pegi. Selalunya kurang dari seminggu. Ada yg 3-4 hari ja.
mufika said…
Kursus biasanya buat kat pusat latihan. Duration slalunya seminggu. Ada jgak yg 3-4 hari ja. Depends kat kursus tu la..
@Zayanikalau tengah belajar digalakkan ke?
Unknown said…
nak tnya, klo dh daftar sukarelawan jpam online ni, camne nak tau yg kita ni diterima atau tidak
wan said…
Ade training pakai m16 ke.
Nanti kalau terpilih, mereka akan hubungi melalui surat atau telefon atau email.
Digalakkan. Ada sesetengah kolej atau universiti ada program ni kat sana.
Untuk setakat ini, macam tiada. Tapi boleh hubungi yang berkenaan untuk maklumat lanjut.
Unknown said…
Saya dah mohon tapi masih menunggu jawapan insyallah doakn sye moga dapat aminnn
Unknown said…
Mcm mna nk cari borang niyh. Sy da try bkk . Tak jmp
Unknown said…
Mcm mna nk cari borang niyh. Sy da try bkk . Tak jmp
Jess5672 said…
yg blog ni punya pendaftaran online tak same dengan yg sekarang,betul tak?
Mcmne nk dftar? Minat sgt ni.. Pliss info skit.. Nk mohon mcm mne?
Nk dftar macam mne ni?? Minat sgt.. Pliss info skit.. Tq
berminat nak join, dah apply kat link ni http://aspa.civildefence.gov.my/force/aspa/application ,agaknya berapa lama ye untuk keputusannya?
Unknown said…
Saya daftar untuk tahun nie. Harap2 ada larh rezeki ku 😊 in shaa Allah. . . Aminnn

FOLLOWERS