Kenapa Lelaki Ada 'Payudara' ?

Selamat sejahtera.

Topik hot ni. Sekarang kita tak bercakap pasal perempuan, tapi lelaki. Pernah tak ternampak atau terjumpa atau berkawan dengan lelaki yang ada 'payudara' ? Mesti la penah kan. Saya sendiri pun selalu nampak.

'Payudara' lelaki sebenarnya merupakan penompokan lemak di bahagian dada lelaki. Ini menandakan yng lelaki itu mungkin sedang mengalami gangguan hormon iaitu tinggi hormon estrogen, ia juga boleh disebabkan oleh obesiti atau terlebih berat badan.

Nak tahu bagaimana nak mengatasi masalah ini ? Baca seterusnya...


Walaubagaimana pun, program penurunan berat badan merupakan ubat yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini. Masa yang diambil adalah lebih kurang 6 bulan untuk membuang lebihan lemak itu dan ini dibantu oleh cara pemakanan yang betul dan dengan bersenam.

Antara sebab lain adalah:
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan sesetengah ubat atau dadah terutamanya steroid
  • Kesan sampingan daripada penyakit lain
  • Masalah sejak dari kacil/lahir lagi
  • Penurunan berat badan secara mendadak yang menyebabkan kulit menggelebeh.

Kenalpasti apa yang menyebabkan masalah tu.
Kalau anda lelaki  yang berat badan maintain je, tak jaga makan minum dan kurang bersenam tapi ada 'payudara' macam wanita. Ini merupakan tanda² masalah kesihatan yang disebut sebagai 'gynecomastia'. Segeralah pergi jumpa doktor ye.

(1) Adakah disebabkan terlebih berat badan atau obesiti ?
 Kalau macam tu, anda disarankan untuk berjumpa dengan. Anda boleh mencuba beberapa latihan cardio atau latihan bebanan sebelum fokus kepada satu rutin. Ketahui dada anda, anbil ukur lilit dan kira dari masa ke masa.

(2) Mengekalkan kesihatan dada ?
Pemakanan yang baik dan sempurna akan menjamin kesihatan yang baik. Buahan dan sayuran sangat bagis untuk permulaan, diikuti dengan pengurangan pengambilan alkohol, lemak, makanan ringan dan makanan yang berproses seperti makanan yang didalam tin.

(3) Jauhkan diri daripada hormon estrogen
 Estrogen merupakan hormon yang ada pada wanita. Lelaki pun ada jugak hormon ni, tapi tak sebanyak wanita. Banyak ubat yang mengandunyi estrogen. Jadi bila doktor atau ahli farmasi bagi anda ubat, anda boleh minta ubat yang sedikit kandungan estrogennya. Selain daripada ubat, estrogen juga ada pada sesetengah barang kimia seperti serbuk pencuci pakaian, barang penjagaan peribadi dan makanan.

 

Post a Comment

4 Comments

licha said…
setengah org yg nak jadi pompuan memang akan amik suntikan estrogen. memang jadi la mcm pompuan. huhu
@Liza Licha
Tau takpe. Lelaki yang tak reti nak bersyukur :D
adam said…
Selalunya laki yang obesiti memang terserlah payudara dorang... mcm gambar yang diattached... Semua boroi haha...
@MAT NOR
payudara teserlah satu, boroi pon satu. haha :D

FOLLOWERS