Malaysia's Largest Clothes Buffet 2014

Hai korang semua :)

25-27 April 2014 yang lepas, bertempat di Syopz Mall, Taylor's University Lakeside Campus, ada satu event yang sangat best dan best iaitu Malaysia's Largest Clothes Buffet 2014!
Tagline: "If you can zip it, then you can keep."

Kat event ni yang bestnya, korang hanya perlu bayar RM60 dan diberikan masa selama 15 minit untuk pilih sebanyak mana pakaian yang korang nak dan pastikan letak kat dalam beg plastik yang disediakan dan korang boleh bawak balik.


Ada banyak box yang ada banyak gila baju dan pakaian yang lain. Yang lelaki punya pun ada, tapi tak banyak. Kene pandai carik je. Mostly barang perempuan. Tapi boleh je lelaki amik baju perempuan, untuk GF ke, isteri ke, mak ke, adik ke, kakak ke kan.


Phewww~ Eksited sangat. Dan neves jugak, serta malu. Sebab tempat tu open. Dalam otak tengah fikir, kat mana nak lipat baju? Kalau duduk kat lantai tu je ok tak. HAHA


Pendapat aku, sebelum ke sini, korang kene ada strategi. Macam aku punya strategi, 10 minit pertama carik baju, 5 minit terakhir tu lipat dan masukkan kat dalam plastik tu. Tapi masa kat dalam tu, korang akan rasa macam masa ni berjalan dengan cepat sangat. Jadi terpaksa tukar strategi.


Dalam masa 15 minit tu korang kene pilih dan masukkan barang yg korang pilih tu kat dalam plastik beg ni. Tapi jangan sampai terkoyak, kalau koyak plastik tu, korang kene bayar penalty RM20 untuk bag yang baru dan tiada masa tambahan.


Jadi, dalam masa 15 minit, aku berjaya dapat total of 12 items. Item ni semua termasuk baju, blaus, seluar dan belt. Rekod Malaysia's Largest Clothes Buffet 2014 untuk tahun ini adalah 20 items dalam masa 15 minit.


P.S.: Tolong lah buat Clothes Buffet 2015 pulak. Masa tu sure dah stabil kewangan. Kot dah kawen ke, boleh paw suami. Ahaks! :D 
 

Post a Comment

6 Comments

Unknown said…
wow, syok
tp kalau berada kat situ, 15 mnit rasa sekejap je kan?
tambah2 semua baju cantik2.. hehe
ZaridaIshak said…
wah... bestnya shopping..
bestnyer...dgn rm60 dpt 12 brg..
@Eellee Nana
Aah. rasa mcm jalan sampai ke hujung je, dah 5 minit. Cepat pulak masa berlalu :D
@yang baik Ishak
Best memang best. Especially yang low budget mcm saya :D
@nor nazliana
12 barang tu ada yang lg lebih dan ada yg kurang.

FOLLOWERS