Aplikasi Boikot Barangan Buatan Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ni isu semasa yang paling trending adalah pasal #SaveGaza dan #SavePalestin. Ada yang tanya aku, apa cara aku support Gaza ni? Well, secara jujurnya tak adalah banyak yang aku boleh buat pun, selain daripada berdoa dan kempen. Kempen ini termasuklah, "Boikot". 

So, apa itu Boikot? Mengikut kamus dewan edisi ke empat:
"memboikot enggan berurus dgn (seseorang, organisasi, dll), biasanya utk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yg berkenaan menerima syarat tertentu, memulaukan: dia menyuruh orang ~ kedai-kedai yg menjual barang dgn harga yg mahal; negara itu ~ semua sidang Majlis Keselamatan;pemboikotan perbuatan (tindakan dsb) memboikot, pemulauan: ~ ke atas barang-barang keluaran negara asing;pemboikot orang (syarikat, negeri, dll) yg memboikot, pemulau."
Jadi, ada satu aplikasi kat Google Play Store, rasanya ada kat Apps Store jugak, aplikasi ni dia sebenarnya barcode scanner, dan sebelum korang beli sesuatu barang tu, korang boleh lah scan dulu, tengok barang tu sebenarnya daripada syarikat mana. Korang boleh carik: Buycott



Dan kat dalam aplikasi ni, ada option, yang dimana korang boleh pilih kempen yang ada, contohnya kempen Boikot Israel ke apa. Selain boikot, ada banyak lagi la kelebihan dia, nutritional facts ke apa semua ada. Paling best, barang buatan Malaysia pun ada. (Dan try scan kicap cap kipas udang tu).

Senang je cara dia, korang just scan je barcode tu. Ikut dalam kotak yang deorang dah bagi, then nanti dia keluar lah keputusan dia samada kene boikot ke tak. Contoh aku scan 'Ephyra' dengan meja belajar sebab malas nak bangun pegi amik barang lain. Hihi :D



Jadi, selamat memboikot! Doakan Palestin ya.

 

Post a Comment

9 Comments

Unknown said…
Boleh cuba aplikasi ini. Baru tahu
Iola said…
menarik :D
singgah sini dari segmen promote bloggers - dayang deno :D
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/
✿INA AINAA✿ said…
wow! bagus apps ni.. jap lagi nak install.. hehehehe
yaya_flanella said…
nice! *follow awak! keep in touch :D
yaya_flanella said…
nice! *follow awak! keep in touch :D

FOLLOWERS