Review Filem: Happy New Year

Hai korang!

Hari tu, untuk pertama kali seumur hidup aku tengok movie Bollywood kat panggung wayang. Terima kasih Zee Variasi dan TVG atas premier screening movie Bollywood terbaru yang bertajuk "Happy New Year" lakonan bintang Bollywood terkenal seperti Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Abhishek Bachchan, Boman Irani, Sonu Soon, Vivaan Shah dan Jackie Shroff.

Nota: 5 Pelakon dalam movie ini merupakan juri dalam rancangan menari realiti "Dil Se Naachein Indiawaale" yang keudara di Astro Zee Variasi saluran 108.


SINOPSIS FILEM
Filem ini sebenarnya bermula dengan Charlie yang ada dendam dengan seseorang yang telah membunuh ayah die dulu. Dia nak balas dendam balik untuk kematian ayah dia ni. Jadi, dia buat satu team yang ada 6 orang semuanya untuk masuk satu pertandingan 'World Dance Competition'.

Kat pertandingan ni saja lah Charlie boleh jalankan plan untuk curik balik benda yang orang tu dah ambil daripada ayah dia sebab pertandingan tu diadakan di banggunan milik lelaki tadi. Jadi, kat sini dia ada ceritakan kisah suka dan duka deorang ni dalam mewakili negara deorang untuk ke pertandingan tu.


REVIEW FILEM

Filem ni bagi pendapat dan dari kaca mata aku sangat best. Seriously aku ketawa banyak kali sebab ada je babak yang sangat klakar. Lakonan deorang ni nampak spontan je. Jujur aku cakap, part lawak die memang lawak betul. Walaupun lawak tu bersahaja je, tapi lawak dia make sense.

Lagu dia jangan cakap lah. Meremang bulu roma aku. Muzik die memang mengancam, menusuk ke kalbu aku. Ada jugak lagu lama-lama yang deorang ubah sikit supaya muzik dia rancak sikit. Dancing skill, memang number 1.

So, kalau korang rasa nak tengok orang India lawan dengan orang Korea, lawan bertumbuk okay, sila lah tonton movie ni. Aku jamin korang takkan menyesal. Lagipun, Shah Rukh Khan kot! 
Tolonglah pergi tengok movie ni masa dia keluar nanti.

Bintang: ★★★★★
Rating IMDb: 6.9/10


 

Post a Comment

3 Comments

Bro Framestone said…
Macam menarik je nie....

www.broframestone.com
Anonymous said…
Wow lakonan Shah Rukh Khan. Semakin tua semakin popular. :)
Kekzamanis said…
Wow! 5 bintang kot.. Mesti tengok nih.. SRK kot.. Mana leh miss.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™

FOLLOWERS