Apa Itu DOTA 2?: Malay Version

Hello! 

Bagi korang yang baru bermain atau baru nak bermain Dota 2, adalah amat digalakkan untuk membaca panduan tentang apa sebenarnya Dota 2 yang akan aku ceritakan kat bawah. Kalau ibubapa yang nak kenal Dota 2 dengan lebih mendalam sebab anak-anak mereka main, pun digalakkan baca.


Apa itu Dota 2?

Defense of the Ancients (Dota 2) adalah sebuah permainan online strategi yang dihasilkan oleh Valve Corporation dan merupakan susulan dari Defense of the Ancients pada Warcraft III: Reign of Chaos dan The Frozen Throne (Dota). Kiranya game ni sebenarnya daripada Dota 1, lepas upgrade dari segi graphic dan gameplay, maka keluarlah Dota 2.


Dota 2 telah dilancarkan secara rasminya pada 9 Julai 2013 dan korang boleh bermain game ini dengan kawan-kawan secara percuma! Permainan ini terdiri daripada aktiviti berasaskan sesi multiplayer online, dengan matlamat utama permainan adalah untuk pasukan memusnahkan kubu kuat pihak lawan. 

Gameplay Dota 2

Dota 2 ni tentang 2 team yang digelar Radiant (sebelah kiri dan bawah map) dan Dire (sebelah kanan dan atas map). Satu team akan ada 5 ahli / hero dan mereka ni perlu la lawan untuk mempertahankan kubu / base atau kita panggil Throne dan pada masa yang sama untuk menang, perlu musnahkan Throne lawan. Kiranya dalam bahasa yang senang untuk korang faham, ni game lawan-lawan yang perlukan kerjasama dan strategi yang bagus.

Kalau korang rujuk map kat bawah ni, yang dipanggil "Minimap", yang warna hijau tu Radiant dan merah tu Dire. Map untuk kawasan Radiant dan Dire ni lebih kurang sama je, tapi ada jugak yang lain sikit. Yang kotak-kotak berna tu tower defense team masing-masing. Yang sungai tu macam garisan penanda kawasan korang.

Dota 2 Minimap
 

Macam mana nak main Dota 2?

Nak main Dota 2 memang percuma, tapi korang kena download 2 benda. Follow step kat bawah, dan untuk pengetahuan korang, tak semua PC support Dota 2 sebab graphic dia tinggi. So, nasib korang ok.

Step 1.
Install applikasi Steam kat PC dan register free akaun. Steam ni daripada Valve corporation. Kalau korang memang main Counter Strike (CS) ke, Call of Duty ke, so boleh ke Step 2.


Step 2.
Download Dota 2 kat dalam Steam apps.
Nanti bila dah register id dan log in, ada kat column kiri atas tu list of game yang korang miliki. Kalau korang nak download, boleh pergi cari list of game kat Library tu. Just cari je Dota 2. Nanti keluar la.


Step 3.
Dan bila dah habis download, tekan je butang PLAY tu dan tadaaaa! korang dah boleh start main.
Note: Kalau internet korang laju, makanya laju la download dan kalau internet korang ciput je, maka berhari-hari la downloadnya.

Till then, girls and boys.

Post a Comment

6 Comments

Cik karmila said…
sebelum ni selalu dengar org cakap tapi tak penah tau pun..haha..nice info..
Yana Yani said…
wah minat betul dengan games online ye
akak tak pernah terjebak
tak tahu camne rasa bila dah terjebak...haha
eerk.. akak lari dulula ye game2 ni =P
Takpe, lepas ni tahu la ok.
Thank you sebab baca :)
Game-game la best kak. haha :D
Tak semua kak. Kang terjebak tak bangun dari depan komputer pulak. :D

FOLLOWERS