Produk Jerlynn'L Khas Untuk Bayi & Kanak-Kanak

Hai dan salam sejahtera korang,

Baru-baru ini aku telah dijemput oleh pihak Jerlynn'L Malaysia untuk ke sesi "Jerlynn'L Sharing Session" yang bertempat di Megakids, Mid Valley. Sesi kali ini diadakan untuk menerangkan tentang kegunaan dan kebaikan produk Jerlynn'L.

Jerlynn'L merupakan produk khas untuk bayi dan kanak-kanak yang natural, bebas paraben dan wangian. Produk mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang sesuai untuk anak kecil sebab kulit bayi dan kanak-kanak kan masih lembut.

Aku difahamkan yang jenama Jerlynn'L merupakan satu jenama di bawah syarikat kosmetik terkenal iaitu Shizens Cosmetic.



Info tentang Jerlynn'L

Jerlynn'L diasaskan dengan inspirasi oleh seorang bapa untuk anak dia. Dengan kasih sayang dalam mencari produk yang sesuai untuk anak dia, maka terhasillah jenama syarikat Jerlynn'L. Produk ini merupakan produk yang menggunakan sumber yang natural.

Jerlynn'L kini telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kulit kanak-kanak yang terdiri daripada produk mandian, penjagaan kulit dan rambut yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. 


Pada sesi perkongsian ini, pihak Jerlynn'L telah mengadakan beberapa aktiviti khas untuk ibubapa dan juga kanak-kanak. Ye la, dah kalau ibubapa tengah dengar pasal penerangan, budak-budak tak adalah bosan sebab ada aktiviti lain.

Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah DIY Sabun yang mereka belajar macam mana buat sabun sendiri, DIY Popcorn dan permainan interaktif untuk fungsi minda anak sekaligus mengeratkan hubungan antara anak dan ibubapa.


Labeling dan pemilihan warna botol produk Jerlynn'L ini juga ada fungsinya. Contoh warna Biru untuk kulit, Hijau untuk rambut dan Merah adalah produk dibawah pengawasan ibubapa sebab ianya merupakan spray Bug Repellent. 

Unik kan produk ini? Sebab selain daripada manfaat kebaikan yang ada, sekali gus boleh mengajar anak kita untuk mengenal warna semasa mandi. 

Antara produk Jerlynn'L yang aku sarankan untuk korang adalah:

1. Hair Wash- Balance (Plant & Herbs Extract) RM 119.00

2. Hair Conditioner & Detangler (Plant Extract) RM 79.00


3. Body Wash (Fruits & Vege Extract)

4. Daily Moisture Lotion (Plant & Herbs Extract) RM 49.00


5. Bug No More (Plant & Herbs Extract) RM 49.00

Jerlynn'L juga ada mengeluarkan produk wangian bilik dan kereta yang selamat. Selamat bukan maksudnya korang boleh makan, tapi selamat untuk dihidu sebab kandungan dia yang natural. 

Contoh gambar kat atas menggunakan pokok Eucalyptus yang fungsinya untuk masalah selsema dan pernafasan. Unik tau cara dia ambil pakai scoop ice cream tu. Dijual dengan harga 1 scoop (60g) RM19.00



Khas untuk pembaca blog: nurulzayani.blogspot.com, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% dengan menggunakan (KOD Blog: 'Blog20') untuk sebarang pembelian di kiosk Jerlynn'L atau secara online. Baucar sah sehingga 30 April 2016.


Produk Jerlynn'L boleh dibeli secara online atau boleh didapati di kaunter Jerlynn'L di Kiosk FK13, Tingkat 1 Mid Valley Megamall.

Untuk maklumat lanjut:

Website: www.jerlynnl.com
Facebook: www.facebook.com/JerlynnL


Ditulis oleh:
   dan  

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS