Review Filem: Bastille Day (2016)

Hello korang.

Terima kasih Budiey.com dan TGV Cinema kerana sudi menjemput suami dan aku untuk menonton tayangan perdana filem Bastille Day.

Filem aksi Bastille Day mambariskan pelakon popular Hollywood seperti Idris Elba, Richard Madden dan pelakom baru Kelly Reilly. Filem yang diarahkan oleh James Watkins ini telah mula ditayangkan di Singapura pada 21 April 2016 yang lalu. 


SINOPSIS FILEM
Filem ini mengisahkan tentang seorang pencuri yang berasal dari Amerika yang bernama Michael Mason yang tinggal di Paris, Perancis. Nak dijadikan cerita, Michael ini menjadi buruan polis dan CIA kerana telah mencuri satu beg yang dalamnya ada bom.

Sean Briar pula merupakan seorang CIA yang diberikan tugasan untuk kes ini dan mula sedar yang bahawa Michael merupakan alat pancing yang digunakan untuk menutup mata CIA daripada dalang sebenar. Sean sanggup mengambil inisiatif sendiri untuk bertindak demi untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang terjadi.



REVIEW FILEM

Aku memang tak menaruh harapan yang tinggi untuk filem ni sebab dah banyak filem aksi yang aku tonton. Jalan cerita lain daripada yang lain, tapi tak adalah yang tak pernah kita lihat. Seperti standard filem aksi, orang baik lawan orang jahat, sorang-sorang, tanpa kecederaan dan menang. Walaupun banyak aksi, bagi aku jalan cerita macam ni agak membosankan.

Filem ni bagi aku lebih kepada nak menceritakan tentang korupsi yang terjadi dalam kalangan orang besar dalam kerajaan. Nampak mereka ni macam baik, cuba kawal keadaan, tapi ada udang disebalik batu. Sebab duit, semua sanggup nak buat walaupun sanggup menggadaikan keselamatan negara.

Credit untuk sense of humor karakter yang bersahaja yang menyebabkan penonton ketawa. Chemistry antara 2 pelakon utama menang menjadikan filem ini menarik dan tak bosan. Siapa yang suka filem aksi dan filem mengenai korupsi akan suka dengan filem ini.

Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 6.3/10



Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS