Komputer Riba Edisi Terhad "GE62 Camo Squad" Dari MSi

Hello korang.

Suami dan aku berkesempatan untuk menghadiri pelancaran gaming laptop edisi terhad GE62 Camo Squad keluaran MSi. Difahamkan hanya ada 50 unit sahaja di Malaysia. Kalau korang bertuah, boleh la beli sesi GE62 Camo Squad khas di 11street.my.

Selain daripada itu, kami berdua cuba bermain permainan terbaru Tom Clancy's Ghost Recon: Wildlands yang dianjurkan oleh MSi Malaysia. Game ini telah pun dikeluarkan dan dijual pada orang ramai, tapi kalau korang beli laptop GE62 Camo Squad ni, maka korang akan dapat bundle Ghost Recon secara percuma!


Tom Clancy's Ghost Recon: Wildlands Gameplay Review:

1. Gameplay lebih kurang macam game Tom Clancy's yang lain (main tembak-tembak).
2. Memperkenalkan dunia yang baru dan lebih menarik dari yang lain.
3. Gameplay lebih terbuka. Boleh pilih untuk serang secara terbuka atau membuat serangan hendap.
4. Yang terbaru ada naik helikopter, boleh kawal drone dan kawal kawan sepasukan (bot).
5. Masih terdapat beberapa bug/glitch dalam permainan.
6. Pilihan grafik permainan yang terhad, tak boleh pilih yang spesifikasi yang advance.
7. Permainan lebih seronok kalau bermain dengan rakan atau dengan public.
8. Gameplay yang sama (selesaikan misi), boleh membuatkan permainan menjadi bosan.
9. Recoil yang tidak realistik (Contoh: Tidak ada efek pergerakan apabila menembak).

Rating IGN: 7.9
Personal rating: ★★★½



Bertuah juga aku dapat menang cabutan bertuah. Dapat la T-shirt edisi terhad Camo Squad. Memang kami dua berkenan kat t-shirt dia bila nampak orang MSi pakai. Cantik, tup-tup rezeki dapat. Lagi baik dapat monitor juga :D


Jadi, apa yang spesialnya kali ini? MSi dengan kerjasama 11street telah berkolaborasi untuk menjual gaming laptop edisi terhad secara pre-order di laman sesawang 11street. Kalau korang nak beli MSi: GE62 Camo Squad memang takkan ada kat kedai-kedai biasa, hanya ada kat 11street je.

Promosi Khas MSi: GE62 Camo Squad di 11street.my



GE62 CAMO SQUAD EDISI TERHAD

15.6˝ GAMING LAPTOP - Limited bundle worth USD210
Harga promosi di 11steet.my: RM 7,699.00 

SPESIFIKASI

Model
GE62 Camo Squad Limitied Edition
Operating system
Windows® 10 Home
Processor
Intel® Core™ i7-7700HQ Processor 2.8GHz 
(Turbo up to 3.8GHz), 6M cache
Memory
DDR4 16GB, Max 32GB
Storage
256GB SSD (M.2 SATA) +1TB (SATA) 7200rpm
Graphics 
NVIDIA® GeForce GTX1060 3GB GDDR5
Optical Drive 
DVD Super Multi
Display
15.6" FHD, Anti-Glare (1920*1080), IPS-Level
Network & Communication
802.11 ac Wi-Fi + Bluetooth v4.2 Communication
Camera
HD type (30fps@720p)
Audio and Speakers
Sound by Dynaudio with Woofer
Exclusive Audio Boost 2 Technology
Nahimic 2 Audio Enhancer  
Ports
1x USB 3.1 Type-C
2x USB 3.0
1x USB 2.0
1x HDMI (v1.4)
1x mini DisplayPort
1x Headphone Out
1x Mic In
1x SD (XC/HC) Card Reader
Keyboard
Full-color Backlighting SteelSeries keyboard 
Battery
6-Cell
Accessories
Camo Squad Limited Edition Pack
Dimensions
383(W) x 260(D)x 27~29(H)mm
Weight (w/ Battery)
2.3Kg
































Apa yang istimewanya kalau korang pre-order laptop ini di 11street.my, korang layak untuk dapatkan bundle eksklusif GE62 Camo Squad yang mengandungi:

1. GHOST RECON WILDLANDS MAIN GAME + SEASON PASS COMBO
2. EXCLUSIVE CAMO SQUAD PACK (CAMO BACKPACK + CAMO MOUSE PAD + CAMO SPORT WATER BOTTLE + DOG TAG).

Bundle istimewa dan eksklusif untuk pembeli bertuah

Korang yang berminat boleh terus layari www.11street.my.

Till then, jom main game!

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS