Masa Untuk Ke Taiwan, 'The Heart of Asia'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jarang aku dengar tentang negara Taiwan sebab dalam Asia selalu akan ingat pasal Jepun dan Korea. Tapi tahukah korang, pada tahun 2016 sahaja, lebih daripada 1.65 juta orang Asia Tenggara melawat ke Taiwan dan Malaysia merupakan 28% daripada bilangan tu. Whoa~

Apa yang khasnya di Taiwan sampai ramai orang pergi sana?

Taiwan Visitors Association di pejabat Kuala Lumpur baru-baru ini telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mempromosi Taiwan. Mereka juga telah mencuba sedaya-upaya untuk membantu pelawat Islam yang datang ke Taiwan supaya senang cari makan dan sebagainya.


Program mempromosi Taiwan kepada orang Malaysia diserikan dengan kehadiran Chef Dato' Fazley Yaakob yang merupakan juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012. Dato' Fazley juga baru-baru ini telah memenangi anugerah buku masakan terbaik dalam World Gourmand Cookbook Award 2016.

Chef  Dato' Fazley Yaakob menyanyi lagu Cantonese

Kata Dato' Fazley, Taiwan kini dikenali dengan destinasi Halal baru di dunia dengan menawarkan banyak restoran dan makanan basah yang Halal. Nak cari makan yang Halal dah tak susah sebab merata-rata ada. Korang tanya je kat penduduk sana, mereka mesti boleh tolong.

Antara makanan khas Taiwan yang korang patut cuba adalah:

1. Mee daging/ remesan sup daging (beef noodle/ beef brooth)
2. Tofu masam (stinky tofu)
3. Pearl milk tea
4. Kek nenas (pineapple cake)

Dalam acara ini banyak ditekankan yang orang Islam dah tak perlu takut nak melawat Taiwan sebab masalah makanan Halal. Nak cari makan dah mudah sebab orang Taiwan dah mula ada kesedaran tentang Islam dan makanan yang Halal.


Chef Dato' Fazley Yaakob turut berkongsi pengalaman beliau untuk membeli makanan jalanan kat sana. "Saya nampak stall tepi jalan ada jual sotong, jadi saya nak beli, tapi akak stall tu cakap kamu Muslim kan? Ini non-halal". Jadi nampak yang penduduk sana pun peka dengan makanan Halal.

Selain menjadi tumpuan destinasi makanan Halal, Taiwan turut menawarkan percutian dalam alam atau percutian bandar mengikut pilihan korang. Taiwan turut menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah terutamanya produk kecantikan.


Acara ini turut mengadakan cabutan bertuah untuk tetamu yang hadir dan hadiah yang ditawarkan adalah tiket penerbangan ke Taiwan pergi-balik, bilik penginapan di Taiwan dan hadiah cenderahati khas dari Taiwan.


Korang boleh ikuti perkembangan karier Chef Dato' Fazley Yaakob dan pengembaraan beliau ke Taiwan di laman sosial www.instagram.com/fazleyyaakob atau twitter.com/fazleyyaakob/ .


Info lanjut tentang Taiwan:

Taiwan Tourism Bureau
Email: tbroc@tbroc.gov.tw
Website: www.welcome2taiwan.net
Facebook: Taiwan - Love & Fun

Till then, its time for Taiwan!

Post a Comment

11 Comments

cre8tone said…
I wanna go to taiwan.. Such a lovely country to visit...
Em said…
I wish to visit Taiwan one day, too. However, as a banana, I only want to go if my travel partner can speak Mandarin!
Anis Farhana said…
Seriously, been wanting to visit Taiwan for the longest time. Maybe I should just follow my heart and book a ticket this instance hohohoho
Mhownai said…
I really wanted to go to Taiwan for the longest time sine I was a teenager
Jia Shin Lee said…
Planning a visit to Taiwan this year thanks for sharing.
Miera Nadhirah said…
i love taiwan.. and want to visit taiwan again...
visited Taiwan a few times. nice country it is
You inspired me to visit Taiwan asap. This country also offers good experiences for all tourists :)
~ Everest ~ said…
Taiwan is a great place to head to for a holiday! The event looks fun!
Betty's Journey said…
Taiwan is peaceful place and worth to visit. Their cultural is different from Malaysia but food has similarity with Malaysia.
Ivy Kam said…
I miss Taiwan, will certainly visit this beautiful country again soon :)

FOLLOWERS