Kids Public Speaking Expo 2017 Anjuran Johan Speaking Academy

Salam sejahtera korang,

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke Evolve Concept Mall sebab ada penganjuran expo bercakap di khalayak ramai versi kanak-kanak (Kids Public Speaking Expo). Expo ini dianjurkan oleh Johan Speaking Academy.

Bagi aku, penting untuk kita ada keyakinan untuk bercakap dihadapan orang ramai. Masa sekolah dulu mana ada cikgu ajar macam mana nak cakap, paling pun berdiri dan jawab soalan je. Jadi budak-budak yang jenis pemalu tu, sampai habis sekolah la tak berani nak bercakap.

Skill macam ini juga sangat penting untuk membantu kita untuk tampil lebih yakin dengan diri sendiri. Kata orang, biar cakap merepek, asalkan confident, gitu.



Apa yang menarik tentang Kids Public Speaking Expo ini adalah korang berpeluang untuk mendengar pidato atau public speaking oleh kanak-kanak yang telah belajar kursus public speaking di akademi ini selama 10 minggu.

Bayangkan, kalau korang hantar anak korang, mesti bangga tengok mereka berjaya bercakap di atas pentas, dihadapan orang ramai. Program Kids Public Speaking ini memberikan mereka pengalaman realiti apa rasanya bercakap di hadapan orang ramai.


Seramai 135 orang adik-adik yang menyertai Kids Public Speaking Expo 2017 pada 21/05/2017 yang lepas telah melepasi sesi pemilihan dan telah berjaya menghabiskan program mereka. Expo ini kira macam majlis graduasi mereka. 


Ibu bapa mereka mesti bangga tengok anak tak kekok untuk bercakap atas pentas. Untuk pengetahuan korang, setiap adik-adik yang sudah selesai program ini akan diberikan sijil dan trofi untuk mereka rasa lebih berkeyakinan.

Pengambilan semula pelajar mereka untuk sesi berikutnya adalah pada September 2017. Sesi latihan di Johan Speaking Academy sesuai untuk kanak-kanak yang berumur diantara 7-12 tahun. Kelas yang ditawarkan adalah dalam bahasa English dan Mandarin.

Kad untuk menulis ucapan terima kasih.

Pertandingan mewarna semasa Kids Public Speaking Expo 2017

Tentang Johan Speaking Academy

Pengasas Johan Speaking Academy iaitu Mr. Johan Ooi dan Ms. Cherry Ho telah melatih dan mengajar lebih daripada 1000 orang kanak-kanak untuk bercakap dihadapan orang ramai sejak tahun 2014 lagi. 

Mr. Johan merupakan Juara Public Speaking seluruh semenanjung Malaysia pada tahun 2015. Beliau telah mewakili Malaysia dalam 2015 World Championship of Public Speaking yang telah diadakan di Las Vegas dan berjaya masuk hingga ke pusingan separuh akhir.

Johan dan Cherry percaya bahawa walaupun public speaking ni macam benda kecik je, tapi kalau ada skill tu, boleh meningkatkan keyakinan mereka, dan keyakinan itu penting untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan nanti.


Untuk maklumat lanjut atau berminat mahu mendaftarkan anak korang:

Johan Speaking Academy
92B, Jalan Burhanuddin Helmi, 
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Contact: 016 2589038 (Cherry)
Nota: Ada juga dicawangan lain.

Email: kidspublicspeaking@gmail.com
Website: www.KidsPublicSpeaking.com
Facebook: www.facebook.com/KidsPublicSpeaking


Hashtag rasmi: #johanspeakingacademy #kidspublicspeaking #stagetime #confidence #publicspeaking #children #education #school #academy

Till then,

Post a Comment

9 Comments

Em said…
How wonderful that kids these days get to learn so many things, especially public speaking skills. This skill will stand them in good stead for the rest of their lives.
Faeez Azmi said…
Bagusnya boleh bina confidence budak-budak..
is good for the kids to learn. Start them young and encourage them
Linda said…
The kids are so brave to speak confidently in public. Congrats to them!
Galih Bali Tour said…
That's great program for kids . They can learn a lot of things here for their bright future . Good for the self and the country .
Absolute Yana said…
these kids are really brave...I don't think I can even do it at this age to stand in front of a crowded place and speak my mind...I would probably end up sitting on the stage looking absolutely pale...
Beautynthebear said…
wah small small then so brave edi! Clap for them
I can't even speak on public haha
Sunshine Kelly said…
Thanks a great event for kids to participate. Learning should start young.
Sharon Lee said…
Nowadays kids can learn so many useful skills that can help their future development! This is a great academy to go for =)

FOLLOWERS