RiSES Perfumes Lancarkan Bayang by Khai Bahar

Hello korang,

Baru-baru ini, merupakan pelancaran minyak wangi terbaru oleh syarikat RiSES Perfumes yang telah berkolaborasi bersama dengan Khai Bahar yang telah mengeluarkan wangian terbaru dalam pasaran, "Bayang by Khai Bahar".

Wangian "Bayang by Khai Bahar" merupakan keluaran edisi terhad yang terdapat dalam 2 wangian iaitu wangian untuk lelaki dan wanita.


Pemilihan nama wangian tersebut diambil sempena dengan nama single pertama Khai Bahar sendiri iaitu, "Bayang". Lagi khasnya adalah, bau untuk kedua-dua wangian ini telah dipilih sendiri oleh Khai Bahar.

Bau wangian untuk lelaki lebih misteri tetapi masih elegan, penuh dengan daya tarikan tetapi masih tinggal di dalam bayangan.

Bau untuk wanita pula dibuat dengan lebih tradisional dan abstrak, sesuai dipadankan dengan lelaki 'Bayang'. Bau sweet floral sesuai untuk wanita setiap lapisan umur tak kira muda atau tua.


'Bayang' merupakan alternatif kepada penggemar minyak wangi Halal kerana mereka telah mendapat pengesahan Halal dari Jakim. Wangian "Bayang by Khai Bahar" tidak mengandungi alkohol dalam memastikan 'Bayang' kekal selamat untuk kulit dan boleh digunakan untuk solat.

Untuk pengetahuan korang, 'Bayang' menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik dalam menghasilkan wangian Halal dan tahan lama. 


'Bayang by Khai Bahar' merupakan sejenis wangian Parfum yang dimana tahap konsentrasi wangian ini lebih pekat dan baunya boleh tahan sehingga 24 jam.

RiSES Bayang for Him:

Main accords: Citrus, vanilla, fruity, fresh, green, rose, sweet
Top notes: Apple, neroli, bergarnot, lemon, Polianthes tuberosa
Middle notes: Patchouli, teak wood, rose, Polianthes tuberosa
Base notes: Musk, vanilla, Polianthes tuberosa

RiSES Bayang for Her:

Main accords: Fruity, sweet, vanilla, floral, fresh
Top notes: Peach, red apple, pepper, Polianthes tuberosa
Middle noted: Lotus, heliotrope, granny smith apple, Polianthes tuberosa
Base notes: Sandalwood, vanille, Mexican Chocolate, Polianthes tuberosa


HARGA:

RiSES Bayang for Him & for Her
30ml (Parfum)
RM 90

RiSES Exclusive Perfume
30ml (Eau De Parfum) 
RM 65


Siapa RiSES?

"RiSES" merupakan singkatan untuk RichSmart Event & Services, yang merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan korporat, pengeluaran produk dan penjenamaan wangian peribadi.

Website: www.myrises.com.my
Facebook: www.facebook.com/RiSESPerfumes
Instagram: www.instagram.com/rises_official


Till then,

Post a Comment

11 Comments

Jia Shin Lee said…
Nice pakaging, can prepare this for father's day.
Tengkubutang said…
bau tahan lama dan boleh digunakan untuk solat tu yang nak di dengar tu..
good to know of this perfumes, my 1st time know this. Nice to see many local brands available now, shall check the fb and instagram soon.
Lin Liena said…
wah dah keluar minyak wangi pulak si khai ni...untunglaa hihi
Em said…
The packaging looks seriously classy. Haven't heard of the brand before but am so curious to know how it smells like.
Linda said…
Too bad I couldn't attend this launch. Hope the fragrance smells nice, would love to try if have sample.
Melissa said…
The packaging looks attractive and nice. I love to collect perfumes.
Mermaid said…
Amboi Khai bahar dh buat perfume. Bagus2. Satu yg bagus untuk masa depan.
Bearhy Hui Ying said…
first time heard about this brand!!!The packaging so nice!!
Wow congratulations for another successful launch! Which scent is your favorite?
Sunshine Kelly said…
The packaging is very cool and elegant.

FOLLOWERS