Sunday, August 20, 2017

Martin Nguyen Juara 2017 ONE Championship Kategori Featherweight

Hello korang,

Terima kasih kepada PR GO Communications Sdn Bhd sebab bagi aku peluang untuk pertama kali menyaksikan sendiri pertandingan seni pertahankan diri (martial arts) secara live depan mata. 

Lagi aku excited, ramai hero Malaysia bertanding dalam kejohanan ni, macam Agilan Thani, Ev Ting, Gianni & Keanu Subba (adik-beradik ni) dan satu-satunya heroin, Ann Osman.

Pertandingan ONE Championship diadakan khas untuk menaikkan martabat seni mempertahankan diri terutamananya yang asal dari Asia macam Muay Thai, tinju dan sebagainya. Format cara lawan pun lain sikit daripada tournament lain sebab deorang bebas pilih skill yang nak pakai.

ONE Championship: Quest For Greatness
Tarikh: 18 Ogos 2017 (Friday)
Masa: 7PM
Lokasi: Stadium Negara, Kuala Lumpur


Dalam kejohanan ONE Championship 2017 kali ini, ada 10 bout (10 match) yang terdiri daripada kategori Strawweight, Featherweight, Flyweight, Bantamweight, Lightweight dan acara kemuncak dia, Featherweight World Championship.

Aku pun sebenarnya tak beberapa nak faham cara scoring untuk lawan ni, walaupun aku pernah masuk sparring untuk Taekwondo. Tapi yang pastinya, tengok championship ni memang excited sebab penuh dengan debaran dan aksi. Macam tinju + gusti + tomoi semua lah.

Durasi bout:
→ Setiap bout ada 3 pusingan untuk masa 5 minit untuk satu pusingan.
→ Bout championship ada 5 pusingan dengan masa 5 minit juga.

Cara Untuk Menang:
 → Knockout
→ Submission
→ Verbal tapout
→ Technical knockout dengan keputusan refree untuk hentikan perlawanan
→ Keputusan pengadil ikut markah.


Keputusan Rasmi ONE: QUEST FOR GREATNESS

Main event
ONE Featherweight World Championship bout: Martin Nguyen kalahkan Marat Gafurov dengan Knockout pada minit ke 1:27 dalam pusingan 2. 

Marat Gafurov vs Martin Nguyen

Bout 9
Lightweight bout: Ev Ting kalahkan Nobutatsu Suzuki dengan TKO (Strikes) pada minit ke 3:29 dalam pusingan 1.

Ev Ting vs Nobutatsu Suzuki

Bout 8
Welterweight bout: Agilan Thani kalahkan Sherif Mohamed dengan Unanimous Decision (UD) selepas 3 pusingan. 

Agilan Thani vs Sherif Mohamed

Bout 7
Bantamweight bout: Kevin Belingon kalahkan Reece McLaren dengan Knockout pada minit ke 1:02 dalam pusingan 1.

Kevin Belingon vs Reece McLaren

Bout 6
Flyweight bout: Gianni Subba kalahkan Riku Shibuya dengan Unanimous Decision (UD) selepas 3 pusingan. 

Gianni Subba vs Riku Shibuya

Bout 5
Women’s strawweight bout: May Ooi kalahkan Ann Osman dengan Submission (Rear Naked Choke) pada minit 3:27 pusingan 1.

Ann Osman vs May Ooi

Bout 4
Strawweight bout: Dejdamrong Sor Amnuaysirichoke kalahkan Robin Catalan dengan TKO (Strikes) pada minit 0:46 pusingan 2.

Robin Catalan vs Dejdamrong Sor Amnuaysirichoke

Bout 3
Featherweight bout: Christian Lee kalahkan Keanu Subba dengan Submission (Armbar) pada minit 1:11 pusingan 3.

Keanu Subba vs Christian Lee

Bout 2
Featherweight bout: Emilio Urrutia kalahkan Edward Kelly dengan Unanimous Decision (UD) selepas 3 pusingan.

Edward Kelly vs Emilio Urrutia

Bout 1
Strawweight bout: Rene Catalan kalahkan Bu Huo You Ga dengan Unanimous Decision (UD) selepas 3 pusingan.

Rene Catalan vs Bu Huo You Ga


Yang melaporkan,

1 comment:

  1. I am a huge fan of mixed martial arts. I would have loved to watch these live but it was not possible with my crazy schedule. Thanks for sharing these beautiful photos.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^