Sunday, October 1, 2017

Festival Kesihatan Terbesar di Malaysia: AIA Vitality Wellness Festival 2017


Hi dan salam sejahtera korang,

Haritu aku berkesempatan untuk join festival gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh AIA Vitality iaitu AIA Vitality Wellness Festival - Vital City. Acara ini merupakan satu acara tertutup yang dimana deorang hanya invite pelanggan setia deorang je.

AIA Vitality Wellness Festival diadakan untuk menyambut ulang tahun pertama AIA Vitality dalam menyemarakkan lagi gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagi best, David Beckham yang merupakan bekas pemain bola sepak dan AIA Global Ambassador pun ada!

AIA Vitality Wellness Festival
Tarikh: 22 September 2017 (Jumaat) 
Lokasi: KL Convenction Centre.
Masa: 2PM-9PM


Ok, jadi macam mana VitalCity ini berfungsi dan apa yang best?

VitalCity merupakan nama kepada acara yang deorang set-up. Ada kawasan aktiviti untuk mengetahui tentang tahap kesihatan korang, cara untuk meningkatkan kesihatan sampailah ke cara untuk mendapatkan ganjaran daripada AIA Vitality.

Konsep dia, korang kene join sebanyak mana aktiviti seronok dan mencabar yang ada. Sistem dia ada macam kutip point pakai wrist-band yang deorang bagi. Point dalam gelang tangan tu boleh kumpul daripada aktiviti yang korang join dan gunakan untuk tebus ganjaran yang ada.

 
5 point untuk melengkapkan cabaran di booth Strairs Climbing.


Baca board kat atas tu faham tak macam mana VitalCity ni berfungsi. Penting untuk korang dapatkan sebanyak mana point untuk tebus hadiah ganjaran. Korang pun boleh baratur balik dan main balik aktiviti yang korang dah buat tu sebanyak mana yang mampu.

Siapa tahu, main game ala-ala Pac-Man di booth Vital Rush pun ada. Game ni mudah je. Korang kena cari 3 item yang disorokkan, bawa keluar tanpa ditangkap oleh natang tu.


Untuk aktiviti di booth Rock Climbing, sistem point dia lain sikit. Ada 2 tahap kesusahan yang korang boleh pilih. 7 point untuk Advance (kiri) dan 5 point untuk Beginner (kanan). Yang beginner tu lebih mudah sebab batu dia lebih rata, takde bengkok-bengkok.

 

Booth Jacob's Ladder paling rare bagi aku sebab tak pernah aku nampak orang buat aktiviti ni sebelum ni. Pernah la nampak benda ni kat gimnasium tapi tak sangka Jacob's Ladder pun boleh dijadikan aktiviti best.



Selain daripada aktiviti, ada juga tempat untuk oranag ramai menderma darah di booth Blood Donation. Nak derma darah bukan senang. Korang kena betul-betul sihat baru boleh derma darah. Ramai juga aku tengok haritu orang nak kejar point derma darah ni.


Nah kalau yang ada alat Boxing ni kat rumah tapi tak tahu cara yang betul nak pakai dia terutamanya kepada yang newbie, boleh belajar banyak cara dengan aktiviti di booth Boxing. Ada point jugak tau.


Selain daripada aktiviti untuk mencari point, ada juga aktiviti untuk orang lain sertai secara santai seperti demo masakan sihat, senaman zumba, body combat dan banyak lagi yang ada di pentas utama. Datang pakai baju sukan dan bila mula je, join je kat kawasan Central Park.

Tak payah malu atau segan sebab memang ramai akan ikut. Paling suka dengan instrustor dia sebab sangat energetic dan pandai menarik perhatian orang dengan pilihan lagu dia.


Untuk korang yang mencari tawaran pakaian sukan jenama Reebok, boleh dapatkan kat sini sebab ada diskaun best. Reebok pun merupakan jenama pakaian sukan yang dipercayai ramai sebab kualiti dan harga dia yang berbaloi.

Yang nak cari barangan aksesories sukan lain seperti fitness tracker, heart rate monitor dan barangan jenama Garmin dan Fitbit pun ada kat sini.


Kalau korang pun teringin nak join AIA Vitality Wellness Festival pada tahun depan, jangan lupa layari laman web AIA Vitality untuk cara macam mana nak join dah jadi orang yang lebih sihat :)



Till then,

1 comment:

  1. The event looks really fun! I like that they even go as far as setting up indoor place to exercise

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^