Saturday, October 21, 2017

Apa yang Best di Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Hai dan selamat sejahtera korang,

Masa kecik-kecik dulu, abah aku kalau tengok TV mesti nak tengok channel Nat Geo sebab nak tengok dan tahu tentang sejarah zaman dulu terutamanya pasal haiwan. Sejak dari dulu aku memang suka pasal binatang terutamanya Dinosaurs. 

Pameran Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur merupakan satu initiatif MaTiC dengan kerjasama dengan Creative Alliance dan Dinosaurs Touring, yang telah dibuka kepada orang awam sejak 14 Ogos 2017 yang lalu.

Pameran Dinosaurs ni telah menarik minat ramai orang terutamanya yang minat pasal Dinosaurs termasuklah pelancong dalam dan luar negara, artis tanah air seperti Scha Alyahya, Rebecca Nur Al-Islam, Hanez Suraya, Dato’ Fazley Yaakob, Nabil Ahmad dan ramai lagi.


 

Harga tiket untuk pameran Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur boleh dibeli secara walk-in atau dalam talian di website mereka dengan harga:

RM50 untuk dewasa
RM30 untuk kanak-kanak (3-12 tahun)
*Baca sampai habis untuk dapatkan harga promo*

 

Pameran ini menampilkan lebih daripada 40 saiz sebenar, yang real animatronic dinosaurs. Bayangkan bukan saja korang boleh tengok dinosaurs tu macam tu je, tapi die bergerak dan boleh main kelip mata juga tau.


Selain daripada pameran tengok dinosaurs, ada juga kawasan aktiviti terutamanya untuk kanak-kanak seperti kawasan ketuk telur dinosaurs, kawasan galian fossil, aktiviti gabungkan tulang dinosaurs, sejarah, kawasan permainan untuk kanak-kanak dah permainan menarik.

Kemudahan asas seperti tandas, surau dan kedai makan dan minuman pun ada. 

 
Game ni boleh bawak balik replika tulang dinosaur.



Siapa yang datang ke pameran Dinosaurs Alive boleh menyaksikan banyak replika dinosaurs yang direka yang mempunyai saiz yang hampir sama dengan yang real. Korang boleh berselfie dengan dinosaurs yang paling besar kat sini, T-Rex atau nama penuh dia Tyrannosaurus rex.

T-Rex ni besar dia 9m tinggi dan 25m panjang.

Velociraptor yang terkenal dengan sifat suka makan daging dan ganas.

Baryonyx merupakan dinosaur karnivor yang suka makan ikan

Ingat semua dinosaurs kat sini ganas-ganas ke. Ada je yang baik macam atau kurang ganas punya macam Apatosaurus, Triceratops, Ankylosaurus dan Euoplocephalus. Walaupun deorang ni jenis makan tumbuhan, tapi badan deorang memang ada ciri-ciri survival.

Chasmosaurus ni rupa dia lebih kurang dengan rhinoceros.

Triceratops merupakan dinosaur herbivor yang hidup dalam kumpulan. 

Guanlong merupakan spesis dinosaur kecil Theropod. Merupakan haiwan karnivor yang pernah wujud di China pada masa akhir zaman Jurassic, dalam lebih kurang 160 million tahun yang lalu.

 
Replika tulang Triceratops. Boleh membesar sampai 9 meter, dan ada tanduk yang besar.


Khas untuk korang, Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur tengah buat promo. Harga tiket murah sangat. RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Promo sampai 30 November 2017 sahaja. Cepat pergi sebelum promo habis.

 

Bestkan belajar ilmu baru ni. Menarik tau belajar pasal spesis dinosaur sebab tak pernah nampak. Alang-alang nak dekat dengan cuti sekolah nanti apa kata bawak family, anak sedara, kawan-kawan datang sini. Aku dengan suami dah, korang bila lagi?

Waktu operasi: 
Setiap hari jam 10AM- 10PM. 

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur 
Malaysia Tourism Centre (MaTiC Lanai) 
 Jalan Ampang, Kuala Lumpur 
Website: dinosaursalive.asia  

Till then,

13 comments:

  1. this looks like so much fun! Hope I could visit it someday too

    ReplyDelete
  2. This provides a great opportunity for the kids to learn about pre historical creatures.

    ReplyDelete
  3. eh, ada ke tempat ni... nak bawa anak2 pergi la weekend ni
    thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Wow this is great for kids to know more about dinos! If this is only in the Ph, my daughter loves dinosaurs! :)

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat pergi, says nk me rasa duduk dalam kulit telur dinasour tu

    ReplyDelete
  6. Feel like I should visit this place for photography sake..hahahha

    ReplyDelete
  7. What a great place to take my kids. They love dinosaurs! I will check it out!

    ReplyDelete
  8. Wow, my nephew will like this place, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  9. I was really interested in Dinosaurs Alive and was captivated by your photos. And then I got scared off by the ticket price!

    ReplyDelete
  10. I was there and I enjoyed myself definitely... it sure was so much fun there....

    ReplyDelete
  11. Coolnya tempat ini to visit!! Get to see Dinosaurs in real size!! I pun nak visit la!

    ReplyDelete
  12. My nephew and niece are coming this weekend and was planning where to bring them. Thank you for your sharing, otherwise i wouldnt know there's such Dinasour show in kl. :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^