Friday, October 13, 2017

Review Filem: Flatliners (2017)

Hai korang,

Filem Flatliners pernah ada di panggung pada tahun 1990 dulu dan di remake pada tahun 2017. Aku pun pertama kali layan movie ni. Secara keseluruhannya bagi aku filem ni not bad walaupun dapat rating rendah dalam IMDb.

Lebih menarik lagi, Michael Douglas merupakan producer filem Flatliners yang original, kini kembali untuk menghasilkan remake bersama dengan Laurence Mark. 

Filem genre Horror, Sci-fi ini menampilkan pelakon yang baru dan yang sedang meningkat naik seperti Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, Kiersey Clemons, dan Kiefer Sutherland.


SINOPSIS FILEM

Filem Flatliners tak lain pun jalan cerita dengan yang original pada tahun 1990 dulu. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar perubatan yang mengendalikan eksperiment untuk merasai pengalaman untuk mati.

Setiap daripada deorang yang hampir mati dengan cara menghentikan degupan jantung akan dikembalikan dengan bagi jantung deorang berdegup balik. Tapi deorang tak tahu yang eksperiment ni ada kesan negatif selain daripada positif dia.

Siapa je yang buat eksperiment tu akan dihantui oleh bayangan dan halusinasi tentang masa silam, terutamanya tentang dosa kesalahan besar yang pernah deorang buat dulu.

 




REVIEW FILEM

Bagi aku filem ni boleh tahan jugak jalan cerita dia. Aku suka dengan konsep jalan cerita yang lain daripada lain ni sebab dia nak tunjukkan apa orang lain rasa dengan kehidupan selepas mati atau orang Islam panggil alam barzah.

Movie ni tak meleret dan terlalu straight forward. Tak ada proper introduction tup tup terus dah climax even lepas tu dia cerita la sikit apa jadi sebenarnya. Aku masih recommend korang untuk tengok movie ni sebab bagi aku best.

Genre movie ni Horror, walaupun cerita ni rating dia P13. Part hantu tak banyak pun tapi bila masuk je scene tu memang terasa real dia sebab dia nak tunjuk macam mana dosa/ past kita boleh menghantui kita.

Selain tu, aku suka juga dengan aspek nilai murni yang dia terapkan untuk menjadikan cerita ni happy ending. Untuk keluar daripada kene hunt dengan benda menakutkan tu, deorang kena bertanggungjawab atas kesalahan masa silam dan berdepan dengan perkara tu.

Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 4.9/10



Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^