Wednesday, October 25, 2017

Review Filem: Thor: Ragnarok (2017)

Hi korang,

Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi komik superhero Amerika, Marvel Comics. Thor: Ragnarok merupakan sekuel dari filem Thor tahun 2011 dan 2013. Filem terbitan Marvel Studio ini telah ditunggu-tunggu sejak dari tahun depan lagi. 

Ramai nak tahu apa jadi dengan adik-beradik Thor dan Loki sejak deorang tinggalkan bumi lepas tolong masa Bumi perang dalam filem Avengers yang lepas. Lagi best sebab ada penampilan daripada hero kegemaran ramai, Hulk.

Thor: Ragnarok menampilkan pelakon utama  Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, dan Anthony Hopkins.

 

SINOPSIS FILEM

Filem kali ini menceritakan tentang Thor yang bermimpi pasal Ragnarok. Ragnarok ni macam kiamat la untuk deorang, kehancuran. Jadi untuk usaha Thor nak elakkan ragnarok, dia pun buat macam-macam. Tetiba ayah dia, yang King tu meninggal.

Jadi planet dia tak ada pemerintah, tetiba pulak ada kakak dia, nama Hela muncul. Hela ni jahat la sebab jenis nak bunuh orang and nak perang je keje dia. Jadi si Thor ni usaha macam-macam nak kalahkan Hela ni.

Hela ni memang kuat, sampai Thor punya hammer tu pun dia boleh pecahkan. Hulk pun tak boleh angkat hammer dia tu ni sampai pecah macma kaca Hela tu buat. Tapi at leat Hela tu kalah jugak. Nak tahu macma mana dia kalah, kena la layan filem ni sendiri.




REVIEW FILEM

Yang menarik filem ni, kalau korang tak pernah tengok filem dia yang sebelum ni pun tak ada masalah nak faham jalan cerita dia. Lagi satu, banyak elemen best yang aku suka dalam filem aksi ni seperti nilai kekeluargaan dia.

Siapa sangka dalam filem aksi macam ni pun ada nilai kekeluargaan kan. Lepas tu ada juga nilai setiakawan dan semangat untuk membangunkan diri dengan keluar dari kelompok selesa macam sorang awek Valkery tu.

Ada juga part sedih yang masa Thor punya hammer tu dipecahkan, dan macam mana dia nak cari balik semangat dia kekuatan dia selepas ayah dia meninggal dan lepas takda hammer tu.

Filem ni bagi aku memang filem aksi, tapi banyak scene yang kelakar sampai sakit perut aku. Then, aku perasan editing dia macam lebih moden dari filem Marvel yang lain sebab permaian warna neon dia dan muzik dia yang lebih rancak. Best layan soundtrack filem ni.

Bintang: ★★★★½
Rating IMDb: 8.2/10


1 comment:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^