Thursday, November 2, 2017

Fashion & Styling Workshop for Influencer Anjuran Resorts World Genting di SkyAvenue

Hi korang,

Terima kasih kepada Resorts World Genting sebab sudi jemput aku dan suami untuk join workshop fesyen & styling anjuran Sephora, Esprit dan Thomas Sabo. Untuk korang yang kaki shopping tu, Sephora, Esprit dan Thomas Sabo kini sudah berada di SkyAvenue, Genting Highland.

Banyak info menarik yang aku dapat sepanjang workshop ni. Kaki makeup, kaki fesyen kena baca blogpost sampai habis untuk tahu apa yang aku belajar. Siapa tahu makeup dan pakaian saja dah boleh ubah personaliti dan rupa seseorang.

 

Sephora Makeup Workshop 
Sephora, T2A-49&50, Level 2, SkyAvenue

Orang yang kaki makeup mesti tahu Sephora. Rasanya lelaki, suami, boyfriend yang pasangan dia yang kaki makeup pun mesti tahu kedai ni. Sephora adalah sebuah kedai barangan kecantikan yang diasaskan di France oleh Dominique Mandonnaud pada tahun 1970. 

Uniknya Sephora sebab suasana kedai dia yang lebih terbuka dan menjual pelbagai jenis jenama barangan makeup dan kecantikan yang ada. Jadi orang yang nak dapatkan barang makup yang original tak payah la ke luar negara dah.

Barangan yang deorang jual termasuklah set penjagaan kulit, alat solek, wangian, set penjagaan badan dan kulit kepala, dan barangan jenama Sephora sendiri.


Lagi best dan buat kaki makeup gila dan luangkan masa kat Sephora adalah sebab deorang ada sediakan "tester" untuk setiap produk yang deorang jual. Bayangkan boleh cuba barang yang korang nak beli tu sebelum beli. Kan best.

Sephora juga melancarkan "Beauty Studio" yang dimana para pelanggan boleh mendapatkan servis makeup express secara percuma! Masa ni la kita boleh suruh beauty consultant ajarkan macam mana nak makeup. Antara yang hot orang minta di Beauty Studio adalah untuk Contour, Smokey Eyes, Nude Look, Party Eyes dan Blush & Bronze.


Dah alang-alang datan sini, rugi tak mintak touch up dari MUA beauty consultant deorang yang berpengalaman ni kan. Kat bawah aku sertakan gambar sebelum makeup (muka kosong), gambar aku selalu makeup dan gambar selepas touch up. Memang lain.

Thank you Anis Fazura dari Sephora sebab touchup untuk aku :)

Kebanyakan barangan yang dipakai untuk create look ini adalah dari jenama Tarte.


Esprit Styling Workshop
Esprit, Lot T2B-16, Level 3, SkyAvenue

Esprit merupakan satu jenama pakaian antarabangsa yang dikenali ramai sebab style dan kualiti dia sejak dari tahun 1968 lagi. Diasaskan di San Francisco oleh Susie dan Doug Tompkins, Esprit menawarkan pilihan pakai dari knitwears, cardigan, sweatshirts, hoodies, dresses, skirts, t-shirts, seluar, jeanskhas untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.

Semua pakaian untuk 4 orang model blogger kat atas ni dari Esprit.

Dua gambar di kiri dan tengah adalah dengan menggunakan shirt yang sama.

Menariknya di fashion workshop ni adalah deorang ajar macam mana nak pakai satu pakaian tu dengan lebih menarik dan cara macam mana nak gabungkan 2-3 helai pakaian untuk hasil yang lebih stylo.
Koleksi pakaian Esprit memang ada banyak yang cantik-cantik, sangat sesuai untuk semua orang terutamanya untuk orang yang kaki fesyen sebab design semua up-tp-date. Memang banyak juga baju untuk lelaki dari tshirt, hoodies, dan jaket.

Lelaki pun boleh berfesyen dengan menggunakan hoodie dan jaket.

Thomas Sabo Styling Workshop
Thomas Sabo, Lot T2B-35, Level 3, SkyAvenue

Thomas Sabo merupakan satu jenama aksesories yang berasal dari Lauf, German yang telah diasaskan pada tahum 1984. Thomas Sabo menghasilkan pelbagai barang kemas dan aksesori yang premium dan mengikuti standard peredaran masa.

Jenama ini menghasilkan koleksi barang aksesori mengikut musim contoh musim luruh, musim bunga atau musim valentine dan sebagainya dan dijual dengan harga yang mampu milik. Aku tengok gelang dia comel cute je walaupun simple.




Di styling workshop ni, deorang ajarkan macam mana nak mix and match kan aksesori yang ada. Contoh tu, nak campurkan gelang tangan, kalau banyak sangat kang jadi tak lawa, jadi jenis yang macam mana yang boleh campur.

Selain tu, ada juga deorang ajarkan macam mana nak pakai aksesori cincin untuk cincin. Barangan ni tak semestinya untuk wanta saja tau, untuk lelaki pun boleh.

Lelaki pun ada aksesori yang cantik dan style.

Aksesori untuk wanita memang comel dan lawa-lawa belaka.

Jangan lupa singgah ke Sephora, Esprit dan Thomas Sabo kalau korang ke kompleks membeli belah SkyAvenue di Resorts World Genting, Genting Highland. Jangan risau harga semua not bad.

 Till then,

14 comments:

  1. Bahagianya hidup kalau setiap hari boleh hadir event gini - makeup, fashion show and barang kemas. Haha. Angan-angan je tu. But best - I love Sephora and Esprit - Thomas Sabo tak mampu lagi

    ReplyDelete
  2. Best giler you dapat pergi la. Mesti dah belajar banyak tips tu.

    ReplyDelete
  3. Surely looks like a happening event. Loved the Espirit ensembles the most!

    ReplyDelete
  4. Lawa your makeover. Glad to meet you that day. I learn a lot about make up and styling too on that day.

    ReplyDelete
  5. Semuanya Ada..sgt menarik sebab blah minta diorg ajarkan solekan ringkas..sangat bagus until
    Saya yang langsung x tau tentang mekap

    ReplyDelete
  6. Love that jewelry! Especially that tree belly chain, I think I need that in my life!

    ReplyDelete
  7. I wish I could be there in that Fashion Workshop. I love to learn about Styling and Fashion. And that jewelries are really beautiful, great workshop!

    ReplyDelete
  8. It's great to involve the bloggers directly in this lifestyle event. What an experience for them to be models of the day. They surely looked sharp.

    ReplyDelete
  9. what an amazing experience.. I am so sad to have missed out on these....

    ReplyDelete
  10. Cantikya after makeover... a really good experience!!

    Racheal

    ReplyDelete
  11. Wah... makin meriah la kedai shopping di Genting. Sukanya-sukanya! Bagus siap ada ajar mekap lagi.

    ReplyDelete
  12. You look so much different after the touch up, nice fashion styling workshop from Genting :)

    ReplyDelete
  13. Make up terus nmpk glam. haha. BESTNYA TOUCH UP DIA!! Tpi honestly kan, dua dua nmpk cantik :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^