Thursday, November 16, 2017

Majlis MOU Agroworld Channel Sdn. Bhd. dan Chef Puan Sri Nisa Bakri

 Assalamuaikum dan salam sejahtera korang,

Kepada korang yang pertama kali dengar nama Puan Seri Nisa Bakri, beliau merupakan seorang chef yang terkenal dalam dunia masakan bukan sahaja di Malaysia, malah di Dubai, Spain, United Kindom dan Amerika Syarikat. 

Isteri kepada mantan timbalan ketua polis negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin juga pernah menulis buku masakan "I AM NOT A CHEF" dan pernah muncul di beberapa episod di rancangan TV Nona dalam sudut masakan.




Majlis tandatangan persefahaman (MOU) antara Agroworld Channel Sdn Bhd dan Chef Nisa Bakri ini diadakan khas untuk pengeluaran produk makanan "Smoke Lamb" atau kambing salai yang akan dipasarkan di dalam dan luar negara dalam Mac 2018 nanti.

Selalu kita dengar daging salai je kan? Ha, ini yang rare sebab deorang rancang nak pasarkan kambing salai.  Kagum aku dengan Puan Sri Nisa Bakri sebab ada idea macam tu. Kreatif betul

Kambing salai dalam plastik vakum untuk dipasarkan ke luar negara.

Di dalam sedang media MOU di Serasi Cafe (kafe milik Chef Nisa Bakri), beliau juga ada memberitahu tentang perkembangan terkini beliau. 

Antara perkembangan terkiri Nisa Bakri adalah:

1. Terpilih sebagai pelajar diploma kelolaan NAWEM di University of Jaen, Spain.
2. Diberi peluang untuk masak di restoran terkenal milik Chef Antonia di Spain.
3. Dijemput untuk menjalankan rancangan masakan di Dubai sebanyak 8 episod.


Siapa sangka, wanita yang berwajah lemah lembut ini merupakan seorang ahli masak yang berjaya. Dahla pandai masak, dapat lagi mengharumkan nama negara dengan masakan Melayu sampai ke peringkat antarabangsa. 

Puan Sri Nisa Bakri sangat berbangga sebab dapat bawa nama Malaysia. Katanya, demand masakan Melayu di luar negara sangat tinggi sebab mereka suka dengan rasa rempah masakan Melayu. Jarang ada masakan Melayu kat luar negara sebab yang banyak macam masakan Cina dan Thai.

Lagi menarik, beliau ada cakap nak pakai baju kebaya atau baju kurung masa rakam rancangan masakan di Dubai nanti. Wahh, rasa terinspirasi aku.


Korang yang teringin nak rasa kesedapan masakan Chef Nisa Bakri atau nak dapatkan produk keluaran beliau seperti Asam Pedas Nisa Bakri, Nasi Wangi, Kari Udang dan aneka kerisik, boleh singgah ke kafe milik Nisa Bakri, Serasi by Nisa Bakri.

Serasi by Nisa Bakri
Level 1, Lot 03 (103),
Menara TH Uptown,
No.3, Jalan SS21/39, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor.

Contact: 03-7732 5054
Facebook: www.facebook.com/SerasibyNisaBakri



Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^