Review Filem: Ah Boys to Men 4 (2017)

Hai korang,

Ah Boy to Men 4 (ABTM4) merupakan filem sekuel yang hit di Singapura. Filem ini mengambil jalan cerita tentang kehidupan orang awam yang perlu menghadiri latihan khidmat negara yang dipanggil Singapore's National Service.

Filem bergenre komedi arahan Jack Neo ini adalah dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Bahasa Sing-lish yang dipakai pun mudah nak faham.

Filem ini membariskan pelakon dari Singapura sendiri seperti Tosh Zhang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Maxi Lim, Noah Yap, Jaspers Lai, Charlie Goh, Ryan Lian, Apple Chan, Ben Logan SNG, Kishan J., Hafiz Aziz, Foo Chay Yeow dan Hanrey Low.


SINOPSIS

Filem sekuel ini kembali setelah menamatkan latihan khidmat negara secara sepenuh masa. Lobang, Aloysius, Sergeant Ong dan Ken Chow masing-masing sibuk dengan kehidupan mereka sebagai orang awam.

Apabila mereka dipanggil semula untuk terlibat kembali dalam latihan bersama unit ketenteraan Singapura (SAF Armour Unit), mereka terpaksa bertungkus lumus untuk membahagikan masa antara bekerja dan latihan tu.

Pelbagai situasi dan cabaran mencabar dan melucukan berlaku apabila mereka kembali berlatih bersama semula. Amcaman musuh timbul dan semangat persaudaraan mereka diuji.




REVIEW

Filem ini menarik dengan idea nak tunjukkan apa cabaran yang boleh kita hadapi dalam kem khidmat negara. Macam yang dengan Singapura kan memang wajib, tak macam Malaysia yang hanya orang terpilih saja pergi.

Aku suka dengan elemen keakraban persahabatan atau "brotherhood" yang ditekapkan sepanjang filem ABTM dari yang pertama dulu sampai yang kali ni punya. Satu elemen yang unik, yang merupakan trademark filem ni.

Barisan pelakon menampilkan pelakon dari sekuel yang lepas dan ada sedikit penambahan karakter baru. Walaupun filem Singapura, tapi bukan saja ada pelakon bangsa Cina, ada juga pelakon bangsa Melayu dan India.

Satu benda yang aku rasa macam annoy sikit adalah dalam filem ABTM4 ada terlalu banyak iklah promosi sponsor mereka. Ada yang nampak normal dan biasa, dan ada juga yang nampak macam iklan sangat.

Bintang: ★★★


Selamat menonton,

Post a Comment

3 Comments

Unknown said…
I Love Comedy movie, and this Ah Boys to Men 4 looks so funny movie. Will check and watch this.
Yay this seems the movie i would enjoy to watch. I will look for this and download for this weekend movie marathon :)
Em said…
I really am looking forward to watching this. I watched the earlier movie and it was really enjoyable. I am hoping this ups the ante.

FOLLOWERS