Wednesday, November 29, 2017

Explore & Experience Perak: Tanjung Malim & Ulu Slim, Perak

 Hai dan Assalamualaikum korang,

Sempena dengan tahun melawat Perak, aku berkesempatan untuk pergi ke trip 3 hari 2 malam ke Perak. Itinerary trip ni bagi aku agak rare sebab lebih kepada trip alam semula jadi dan trip untuk lihat keindahan negeri kelahiran aku, Perak.

Perjalanan dari Kuala Lumpur menaiki bas express ke Tanjung Malim tak lama mana. Dalam sejam dah sampai. Selesa aku naik bas daripada Retaj Travel & Tours. Nah contact no (019 6546471) bas aku naik haritu, kot nak sewa bas yang selesa ni.



Part 1, Hari 1
 
Melawat Kampung Kubu, Tanjung Malim

Lokasi Kampung Kubu ni betul-betul depan Balai Lintang, Tangjung Malim. Jangan salah cari Kampung Kubu yang dekat Melaka pulak eh.

Kampung Kubu merupakan kampung yang pertama ada kat Perak. Kat sini banyak khazanah dan sejarah yang tersimpan. Belakang papan tanda 'Kampung Kubu' ni ada macam papan informasi yang menceritakan tantang sejarah kampung ini secara lebih mendalam.

Selain tu, ada juga rumah contoh dari zaman 1870-an kat situ yang masih lagi didiami sampai sekarang. Unik tau rumah papan kampung ni, sampai sekarang masih teguh berdidi.



Gambar tapak masjid lama Kg. Kubu kat bawah boleh kata tempat wajib korang teroka kalau datang kawasan Kampung Kubu. Tapak ini merupakan tanda masjid yang pertama dibina disini. Dulu masjid pun tak besar mana, besar rumah aje. 

Then lepas dah ramai orang tinggal kat kampung ni, deorang pun buat masjid yang lebih besar dan selesa, tapi masih mengekalkan bekas tapak masjid lama sebagai tanda sentimental dan menghormati kawasan tu.

 

Tanjung Malim Street Art Mural

Ingatkan kat Pulau Pinang je ada street mural, rupanya kat Pekan Tanjung Malim pun banyak mural yang menampilkan pelbagai genre mural arts. Daripada karakter animasi seperti Tok Abah, Hulk, Bumblebee sampailah mural kewarganegaraan pun ada.

Walaupun mural ni dah ada dari tahun 2016 lagi, aku dapat nampak macam mana deorang maintain nak jaga kebersihan dan keserian warna cat mural ni. Bukan senang wei nak jaga mural yang berada di belakang kedai ni.

 

Makan Cendol di Abdul Rahim Cendol
2-30, Jalan Besar, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak

Tengah-tengah panas, kalau dapat cendol memang bahagia nya rasa. Ni alang-alang nak alas perut sebab perjalanan dari KL dah lepas pergi cari street mural tadi. Excited ambil gambar sampai dahaga sangat.

Aku recommend korang untuk cuba rojak dia. Kuah kacang dia memang the best! Patut la orang sini pun suggest Abdul Rahim Cendol masa kiteorang tanya kat mana nak makan cendol yang syok.

Cendol biasa: RM 1.70
ABC Special: RM 3.00
Rojak Biasa: RM3.70
Mee Goreng: RM3.70



 Makan Tengahari di Restoran Garden Seafood
Jalan Wangsa Jaya 7 &8, Taman Wangsa Utama, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Restoran Garden Seafood memang dikenali dengan label "The best Chinese Halal seafood in Tanjung Malim". Bertuah la masa kami datang tu, tak ramai sangat orang. Kalau tidak, memang kena beratur sampai ke luar la menunggu.

 

Nak juga rasa apa la yang best sangat kat sini sampai dapat gelaran restoran masakan seafood cina Halal yang paling sedat kat Tanjung Malim. Boleh tahan sedap jugak makan kat sini. Yang aku paling suka ikan dia sebab rasa yang rare.

Oh, lagi satu, kalau dah alang-alang kat sini, tak sah la kalau korang tak cuba jus buah dia. Jus dia memang ori-pure punya. Tak menyesal la cuba jus sedap.


Check-in di Espek Risda, Ulu Slim
Ecotourisme Espek, Ulu Slim, Slim River, Perak

Kabin ni sewa dia untuk 1 hari memang sangat murah. RM120, untuk 6 katil. Kalau datang dengan kawan-kawan, RM120/6 pax = seorang hanya RM20 je! Kalau nak yang moden sikit, boleh la sewa rumah, RM200 sehari.

Konsep kat sini semua eco-friendly. Memang nak masuk ke dalam ni macam jauh benor, tapi percaya lah, bila korang duduk sini, tengok keindahan alam, memang sangat refreshing dan tenang je. Sebelah kabin ada sungai, dahla dengar bunyi sungai, boleh terjun terus pulak tu.


RM20 seorang, korang akan dapat 1 katil single dengan 1 bantal dan selimut, tuala, sabun mandi, bilik berhawa dingin dengan kipas in case korang sejuk, which memang akan sejuk gila malam tu, dan bilik air dengan shower dan tandas.


Aktiviti Water Tubing di Espek Risda

Kat Espek Risda ni sebenarnya ada banyak gila aktiviti yang korang boleh pilih. Ada River Rafting, ATV, Flying Fox, Motorcross, Memancing, Jungle Trekking dan Kayak. Sebabkan dah petang, makanya kiteorang pilih untuk buat Water Tubing.

Nak ke lokasi main sungai pun kiteorang punya adventure, siap naik lori lagi. Masa naik lori la nampak semua keindahan alam kat kawasan Risda ni. Gambar kat bawah boleh nampak tanah kawasan air panas.


 

Tengah jalan masa nak habis Water Tubing tu, korang akan jumpa satu lencongan. Lencongan ni special sebab dia lencongan sungai dan air panas. Bayangkan feeling air panas tu mengalir ke dalam sungai, air dia rasa suam-suam je.

Jalan water tubing takde la sesusah rafting, dia lebih rileks, tapi ada juga part yang advanture yang turun-turun batu tu. Tapi jangan risau lah, inshaAllah takde pape. Best ade lah.


 Makan Malam BBQ dan persembahan Orang Asli

Since aku ambil pakej dengan makan dan minum, memang dapat BBQ malam tu. Aku cadangkan korang ambil je pakej sekali makan ni, sebab memang takde kedai makan kat kawasan Espek Risda ni. Unless korang bawa sendiri barang nak masak/ BBQ, sebab tempat BBQ disediakan.

Pakej Eco 1: RM 360/ pax
Penginapan 2 hari 1 malam, Makan/ Minum, River Rafting, Jungle Trecking, Pengangkutan.

Pakej Eco 2: RM150/ pax
Penginapan 2 hari 1 malam, Makan/ Minum, ATV, Memancing.


Kiteorang bernasib baik sebab amik pakej dengan makan malam ni. Makan malam pulak best sebab kejiranan orang asli ni yang sediakan dan masak. Lagi best, siap berpeluang untuk menyaksikan sendiri persembahan Tarian Sewang dari Orang Asli kat sini.

Tak susah sangat Tarian Sewang ni. Sempat juga kami beramai-ramai menari ikut deorang sekali. Satu pengalaman yang baru untuk aku.


Ok, good night. Entry hari 2, coming soon :)

Alang-alang Trip 3 Hari, 2 Malam ke Perak, aku akan cover mengikut hari. Jemput baca entry selanjutnya, LINK kat bawah.

Part 3 Hari 3:
nurulzayani.blogspot.my/2017/12/trip-ke-gopeng-tanjung-tualang-batu-gajah-perak.html

Till then,

13 comments:

  1. Lama tak Naik bas ikut tour. Selalu bawa kereta sebab baby byk brg nak bawa. Bestnya cuti cuti perak

    ReplyDelete
  2. Seronoknya boleh mandi sungai. Nak rasa suasana tenang nyaman bolehlah datang sini kan.

    ReplyDelete
  3. Tak sangka ade tempat macam nie kat tanjung malim

    ReplyDelete
  4. Looks like you had great time there! I would love to visit Perak, so beautiful and interesting place to visit.

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak menari tarian sewang tu? Mesti best kan siap dengan pakej makan malam. Gaya barat pula menunya. Nanti boleh cuba pakej ni.

    ReplyDelete
  6. bulan lepas 2 kali trip ke Perak... sekali masa pesta #NBOS (teluk intan) dan sekali lagi masa kursus (ulu bernam) ternyata Perak mmg cantik... sy suka Sungainya masih semulajadi dan belum tercemar

    ReplyDelete
  7. saya suka sungai.. air yang sejuk tu. Emm,perak dah masuk wishlist.Tunggu je bila nak seranggg

    ReplyDelete
  8. saya suka sungai.. air yang sejuk tu. Emm,perak dah masuk wishlist.Tunggu je bila nak seranggg

    ReplyDelete
  9. Nice to see that Tanjung Malam also has this many Street art murals already. Didn't know Baku it. Selalunya Jalan main road aje. LOL

    ReplyDelete
  10. Wah i can see is fun to play under the natural beauty over there.... Nak explore jugak!

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete
  11. Bestnye trip gini. Next bleh la bawa pejabat pegi teambuilding sini. Macam best!

    ReplyDelete
  12. The activities there look so fun and adventurous. I want to try river rafting.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^