Buffet Christmas & New Year di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel

Salam sejahtera korang,

Perayaan Hari Natal dah semakin hampir dan semestinya ramai orang sedang mencari kat mana nak makan buffet Krismas yang best dengan harga yang berpatutan. Aku recommend untuk cuba di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel.

Buffet Krismas 2017 di Big Apple Restaurant akan diadakan pada 24 Desember 2017 sempena dengan malam Krismas, minum pada petang Krismas pada 25 Disember 2017 dan malam tahun baru pada 31 Disember 2017.

Lebih menarik lagi, pada Krismas kali ini, Pocotee & Friends pun akan turut serta  dengan pelanggan Big Apple Restaurant. Selain itu, ada juga highlight rekaan figura Krismas seperti madeleine dessert tower dari L'ange Petit Patisserie.



Point penting: Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel memang hanya menghidangkan seleksi menu makanan yang Halal yang disediakan oleh chef yang berpengalaman. Minuman yang aku pegang di gambar di atas adalah dipanggil Star Gaze.

Apa yang paling aku suka tentang buffet Krismas 2017 di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel adalah variety makanan dia. Menu yang dihidangkan pun memang rare selain daripada masih mengekalkan menu tradisi Krismas.


Slow Roast NZ Sirloin

Highlight Turkey

Pertama kali jugak aku merasa makan turkey atau dalam bahasa Melayu dia, ayam belanda. Rasa dia lebih kurang macam ayam biasa cuma isi rasa lebih padat dan keras sikit. Lebih kurang makan ayam kampung, tapi manis sikit.

Macam-macam jenis hidangan turkey yang dihidangkan di buffet Krismas Big Apple Restaurant. Wajib korang cuba adalah Roasted Whole Turkey with Stuffing yang dihiasi dengan aneka sayur tanah: lobak merah, lobak putih, ubi keledek bersama dengan sos Giblet dan jelly cranberry.

Roasted Whole Turkey with Stuffing


 Whole Roast Turkey Display Platter

Roasted Whole Turkey with Homemade Mashed Potato

Jangan risau kalau korang jenis nasi-person. Walaupun buffet Krismas, tapi nasi dan pasta masih dihidangkan. Punyalah banyak menu, sampai dekat 200 hidangan. Kalau lapar jugak tak tahu la kan. Daripada western kepada desserts semua memang meleleh air liur.


Antara menu Buffet Krismas 2017 di Big Apple Restaurant: 
  • Poach Barramundi fish fillet in lemon cream veloute
  • Stir-fried prawns with celery
  • English Buttered Western Vegetables
  • Traditional Roast Herb Vegetables
  • Honey Mustard Roast Chicken Drumstick Au Jus
  • BBQ Green Shell New Zealand Mussels with sautee Brunoise vegetables
  • Classic Lasagna Au Forno-Chicken
  • Spaghetti Aglio-Olio
  • Pilaf Rice 



Fresh seafood seperti: tiram, scallop, Giant Clamps, Green Lip, kerang buloh, udang, Salmon Shashimi, tuna, marinated baby octopus, smoked salmon with capers dan banyak lagi pun ada. Memang berbaloi sangat dengan harga dia. Puas hati makan.



Orang putih, tak sah kalau takde salad sebab deorang bukan jenis buat lauk kangkung belacan macam kita. Antara menu salad yang aku recommend: capresepomodoro, nicoise salad, peppers Shredded chicken with pineapple dan curry dressing American coleslaw with raisin.


 Kalau Krismas takda banyak desserts dan makanan manis ni bukan Krismas la. Hidangan wajib ni selain daripada ayam belanda. Antara desserts wajib x-mas adalah: 

  • Aneka biskut (Gingerbread Man, Snowman)
  • Traditional Xmas Puddings with vanilla sauce
  • Chocolate Eclair-Mountain
  • Baked Boston Cheese Cake
  • Cream Caramel Custard
  • Vanilla and chestnut yule log
  • Christmas pudding with anglaise
  • Pecan pie
  • Christmas spiced cake
  • Fruit flan
  • Tiramisu
  • Pannetone 




Antara desserts yang menjadi pilihan aku selain daripada banyak gila pilihan makanan manis macam kek, pastry coklat dan biskut, pisang goreng cheese coklat dia pun terbaik gak. Tips pisang ni nak sedap kena pakai pisang manis. 2-3 kali jugak aku repeat ni.

Pisang Goreng Cheese Coklat

Inilah mocktail non-alcohol tu, Star Gaze namanya. Star Gaze bukanlah minuman ber-alkohol, tetapi merupakan minuman campuran jus nenas, peach monin, jus limau, Sprite dan cherry  syrup.

Star Gaze Mocktail


Harga Buffet Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel

    Christmas Eve Buffet Dinner (24 December 2017):
 RM138 Dewasa, RM48 Kanak-kanak, RM69 Warga emas.

    Christmas Day Hi-Tea Brunch (25 December 2017):
RM95 Dewasa, RM38 Kanak-kanak, RM58 Warga emas.

    New Year Eve Buffet Dinner (31 December 2017):
RM148 Dewasa, RM58 Kanak-kanak, RM74 Warga emas.


Big Apple Restaurant
 Berjaya Times Square Hotel, 1, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
Contact: 03 2117 8000 (ext. 8133)
Website: www.berjayahotel.com

Till then,

Post a Comment

1 Comments

Cici said…
tempting nya menu lagi lagi dessert tu <3

FOLLOWERS