Saturday, December 9, 2017

Buffet Citarasa Negeri Pahang Serendah RM24 di Resorts World Genting

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Sempena dengan tahun melawat Pahang 2017 & 2018, Resorts World Genting telah menganjurkan kempen masakan tradisi yang popular dari negeri Pahang dengan bertemakan "Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!".

Alang-alang Resorts World Genting pun memang terletak di Pahang, makanya kempen ni memang sangat sesuai terupatama di tempat yang ada ramai orang datang. Boleh buat promosi kepada orang luar tentang selera negeri Pahang.



Peminat makanan negeri Pahang atau korang yang pencinta makanan bolehlah melawat Coffee Terrace, Genting Grand Hotel di Resorts World Genting dari 8 hingga 17 Disember 2017 untuk menikmati hidangan buffet ini.

Ada banyak sangat makanan yang dihidangkan semasa kempen "Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!", selain daripada menu biasa yang terdapat kat sini. Jadi alang-alang bercuti tu, boleh sekali bercuti ke Pahang :D



Uniknya style Kambing Bakar negeri Pahang sebab deorang makan kambing tu dengan air asam. Selalunya kan kita makan dengan ikan bakar, tapi ini makan dengan kambing. Satu pengalaman yang menarik untuk korang cuba.

Kambing Bakar

 
Sup Tulang Rusuk

 
Sup Kambing Berempah

Lauk Pauk Pahang

Menu lauk pauk untuk buffet ini akan bertukar mengikut hari. Antara hidangan lauk yang hot kat buffet ini seperti Daging Singgang, Gulai Lemak Siput, Gulai Asam Rong, Udang Sambal Petai, Udang Lemak Cendawan Tiram dan Hati Ayam Kacang Panjang Sambal.

 
 Udang Sambal Petai

 
Labu Masak Lemak Kunung

 
Hati Ayam Kacang Panjang Sambal

 
 Gulai Tempoyak Ikan Patin

 
Opor

 
Sate Ayam & Sate Daging


Laksa Pahang

Laksa Pahang rupa dia macam laksa johor sebab pakai santan, tapi laksa pahang dia punya ikan dan bahan-bahan sampingan dia lebih banyak. Lagi satu, dia tak pakai spageti, tapi pakai laksa beras tu. Not bad, kena dengan selera aku.



 

Tak sah kalau masakan negeri Pahang tak ada sambal. Sambal yang paling popular adalah Sambal Hitam. Memang complicated rupanya nak buat sambal ni sebab memerlukan banyak masa dan tenaga nak buat dia. Memang sedap.

 

Aneka Kerabu


Pencuci Mulut

Di negeri Pahang memang terkenal dengan banyak makanan diraja termasuklah pencici mulut yang di bawah. Zaman dulu-dulu, hanya kerabat diraja je mampu nak makan pencuci mulut ni sebabkan kos nak buat dia mahal.

Sata merupakan makanan tradisi yang asalnya dari Terengganu yang mengandungi ikan bercili yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar diatas api. Dia lebih kurang macam otak-otak tapi bahan yang dipakai adalah santan, ikan sardin, halia, bawang merah, cili dan lada.

Sata

Antara makanan diraja yang popular di Pahang adalah Puding Raja. Puding Raja merupakan makanan khas yang asalnya dari Pekan, Pahang. Antara bahan yang digunakan untuk membuat Puding Raja adalah: pisang, prune, cherry dan kacang gajus.

Jala bewarna emas itu pula diperbuat daripada telur kuning itik dan gula yang memakan proses yang agak rumit. Berbaloi dapat makan, memang sedap dan manis.

 
Puding Raja

Kuih Lompat Tikam, yang rupa dia macam kuih seri muka dan Bubur Sum-sum ini merupakan kuih tradisional Pahang yang diperbuat daripada daun pandan dibahagian bawah dan santan dibahagian atas. Selalunya dimakan bersama dengan gula melaka.

 

Menariknya lagi, bukan setakat korang dapat makan masakan Pahang, tetapi juga dapat makan dalam suasana Pahang sebab ada banyak dekorasi barangan dan suasana yang selalu ada kat negeri Pahang.

Daripada dekorasi rumah, kepada peralatan dan aksesori zaman kegemilangan Pahang dulu, semua ada. Orang yang berasal dari Pahang, mesti suka. Sesuai sangat bawak mak, ayah, nenek dan atok korang datang sini untuk mengimbau kenangan.

 

14 artifak daripada Muzium Negeri Pahang telah dibawa untuk dipertontonkan kepada orang awam. Artifak itu termasuklah acuan kuih dan barangan dapur.


 


"Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!"
Tarikh: 8-17 Disember 2017

Harga:
 Buffet Makan Tengah Hari (12PM-2.30PM)
RM48 nett (Dewasa), RM24 nett (Kanak-kanak)

Buffet Makan Malam (5PM-9.30PM)
RM82 nett (Dewasa), RM41 nett (Kanak-kanak)

Lokasi:
Coffee Terrace, Genting Grand Hotel,
Resorts World Genting.


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^