Sunday, December 31, 2017

Makan Steamboat Halal di Pak John Steamboat & BBQ

Selamat sejahtera korang,

Saya memang suka makan steamboat dan BBQ/ grill. Pengaruh kdrama punya pasal. Tapi kat area Selangor dan Kuala Lumpur ni susah sangat nak cari restoran yang Halal, kalau ada pun mesti mahal sangat. Seb bek jumpa Pak John Steamboat & BBQ.

Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-6 kedai makan steamboat dan BBQ Halal yang popular di eCurve, Mutiara Damansara, kini Pak John Steamboat & BBQ mengorak langkah membuka cawangan kedua mereka di IOI City Mall, Putrajaya.


Bestnya, Pak John Steamboat & BBQ dah ada dekat Putrajaya, memang dekat sangat dengan rumah saya. Lagi best, restoran Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di IOI City Mall Putrajaya ini lebih besar dan mampu memuatkan seramai 150 hingga 200 orang pada satu-satu masa.


Memula dulu masa nak makan kat sini saya pun macam tertanya-tanya, Halal ke restoran ni sebab dah nama 'Pak John', rupanya Halal. Deorang saja pakai nama tu sebab lebih mudah, friendly dan lebih mesra. Oh, gitu.

 

Menarik tau makan style buffet steamboat ni sebab boleh mengeratkan hubungan dengan keluarga. Selain tu, dapat juga mengajar orang erti bersabar, ye lah kan kena bersabar tunggu makanan masak steam dengan panggang tu. Ihiks.

Sabar menunggu

Blackpepper chicken, Spicy chicken, Ginger chicken, Sweet soya chicken, Honey chicken.

Dengan pilihan daripada 5 jenis sup yang dihidangkan: Sup udang, sup tom yam, sup miso, sup kari dan sup ayam, korang boleh refill banyak mana yang korang nak dalam masa korang makan tu. Asalkan jangan membazir dahla ok.

Banyaknya pilihan makanan yang ada di Pak John Steamboat & BBQ. Bayangkan, lebih daripada 160 jenis menu buffet yang korang boleh pilih. Daripada daging, ayam, itik, ikan, makanan laut macam siput, kerang, udang dan sotong, sampai kepada dim sum pun ada.





Dim dum dan pau.

Menu biasa steamboat macam ramen dan udon tu memang ada. Dan diserikan juga dengan menu untuk orang Malaysia yang tak boleh hidup tanpa nasi. Side dish makanan bergoreng, sambal fish ball dan ayam sweet sour pun ada.




Khas buat peminat sambal, jangan jadi gila pulak eh datang sini sebab Pak John Steamboat & BBQ menawarkan hampir 20 jenis sambal. Yang pedas ada, manis ada, masam pun ada. Tak suka jugak tak tau la nak cakap.


Lepas makan steamboat dab BBQ kena lah ada pencuci mulut kan? Ha, di Pak John Steamboat & BBQ ada banyak juga piihan dessert deorang. Ada ais krim, waffle dengan pelbagai perisa, ais kacang (ABC), cendol dan buah-buahan.



Harga:

Isnin-Jumaat
Lunch: RM32.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)

Dinner: RM42.90++ (Dewasa), RM17.95++ (Kanak-kanak)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM42.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)

Percuma: Kanak-kanak bawah 5 tahun.

*Harga belum termasuk 6% GST dan 10% service charge.

Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya, Selangor.
Contact untuk tempahan: 012-7050684
Facebook: www.facebook.com/pakjohn.ytf
 Instagram: www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq

Jadi, apa tunggu lagi? Jom ajak family dan kawan-kawan makan kat sini.

Till then,

18 comments:

  1. Dekat rumah saya ada juga Pak John Steamboat tapi tak pernah masuk try, tapi lepas tengok awak publish ni rasa nak cuba lah pulak

    ReplyDelete
  2. Yum,siap ada grill ala" Seoul Garden. Harga pun jauh lebih murah

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa. dah lama tak makan steamboat. teringin pula

    ReplyDelete
  4. bestnya makanan di sni , next time boleh cuba

    ReplyDelete
  5. wa macam best. banyak selections of food

    ReplyDelete
  6. bestnya mcm2 ada nampak berselera jer :) nak kena pergi jugak la..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.. Lamanya tak makan steamboat! Mmg menggiurkan betul!

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak makan steamboat. Last makan tak silap masa zaman u dulu. Pak John ni nampak menyelerakan tambah banyak pilihan pulak tu. Tetiba craving pulak pagi ni nak makan steamboat huhuhu

    ReplyDelete
  9. Best gak..sejak alergic seafood dah jarang nak singgah steamboat..nanti nak ajak gak la anak² skali skala..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap tgk Yani makan. Nanti nak ajak suami try makan kat sini.

    ReplyDelete
  11. Banyaknya pilihan. Dah lama tak makan steamboat ni..kena cari geng..

    ReplyDelete
  12. Murah jugak. Puas hati mkn.menu pon nampak sedap.

    ReplyDelete
  13. wow..sedap2 semuanya. harga pun boleh tahan. kalau pergi ke sana nanti bolehlah cuba pak john steamboat ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. ya Allah... suka sgt mkn stemboat... bole pilih macam2...

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaa...
    Byk review yg best2 tentang pak john ni..
    Hrp2 nnt depa bukak 1 kt png ni

    ReplyDelete
  16. EH rugi tak rsvp, hari tu ingat nak pergi under butterfly tapi lupa nak pm tammy, tak pe la bukan rezeki, next time mesti ada rezeki lain yang terduga duga, thanks sharing I love steambot by pak john ! memang banyak pilihan ;)

    ReplyDelete
  17. Wow ....nampak mcm best kena cuba nni ......TQ for sharing.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^