Tuesday, December 5, 2017

Snoopy & The Peanuts: Tour the World with Snoopy di Resorts World Genting

Hai korang,

Sempena dengan cuti sekolah akhir tahun dan Hari Natal serta tahun baru 2018 yang akan datang, Resorts World Genting telah membawakan kartun Snoopy di dalam Tour the World with Snoopy di sekitar SkyAvenue dan First World Rainforest Genting Highland.

Bagi korang yang tak beberapa familiar dnegan Snoopy, iainya merupakan satu karakter di dalam komik "Peanuts" hasil karya Charles M. Schulz yang terkenal dari zaman aku belum lahir lagi. Snoopy merupakan haiwan peliharaan Charlie Brown.

Tour the World with Snoopy di Resorts World Genting
Tarikh: 1 November 2017- 1 Januari 2018

30 Minutes Christmas Parade:
25 November 2017 - 31 Desember 2017
(Tingkat 1, SkyAvenue: 11.00 AM, 3PM, 8PM) & (Tingkat 3, SkyAvenue 1PM, 6PM)


Untuk informasi korang, karakter Snoopy dipilih untuk tema Tour the World with Snoopy adalah kerana sempena dengan tahun anjing mengikut kalendar Cina pada tahun 2018.

Kalau korang singgah di SkyAvenue dan First World Rainforest, korang boleh hunt 52 figura patung Snoopy disekitar kawasan tu. Merata-rata ada. Ada yang dekat dengan dekorasi Krismas. Memang menarik perhatian yang budak mahupun bukan budak.

Apa yang lagi menarik, sempena dengan tema Tour the World with Snoopy, Snoopy ini telah dipakaikan dalam pakaian popular mengikut negara seperti baju tradisional dan baju sukan popular macam baju harimau belang untuk Malaysia. Menarik bukan?


Snoopy Tahiti yang popular dengan kepulauan yang cantik.

 
Snoopy Palau, Hawaii, Bulgaria dan Nambia dalam pakaian tradisi masyarakat sana.



Snoopy yang korang bakal jumpa di kawasan SkyAvenue lebih menarik sebab lebih kepada pakaian sukan atau jenis sukan yang popular di negara tu. Nak jumpa dengan figura popular Malaysia? Tips dia cari di SkyAvenue.


Snoopy Korea mewakili Taekwondo dan Snoopy Jamaica mewakili Usain Bolt dari sana.


Snoopy Thailand boxing, Brazil bola sepak, New Zealand rugbi dan Pakistan kriket

Mesti meriah sambutan Hari Natal yang pertama diadakan di SkyAvenue. Buat pulak ada pokok Kristmas yang besar ni dengan Snoopy kat sekeliling dia. Lawa. Orang Islam tak sambut, tapi suka tengok kemeriahan Kristmas.

 

 

 


Selain itu, korang juga boleh membeli cenderahati Tour the World with Snoopy sebagai kenag-kenangan di booth di kawasan SkySymphony di tingkat 1, SkyAvenue. Aku sendiri dah dapatkan lanyard comel Snoopy, buku nota dan woven bag.


Till then,

9 comments:

  1. Snoppy!! MY younger sister favourite cartoon character.

    ReplyDelete
  2. So many snoopies! Baby Bing gonna go gaga over this

    ReplyDelete
  3. Cadangnya nak travel ke sana la time cuti Xmas kelak. Tak pernah lagi sampai ke sana nie.

    ReplyDelete
  4. OMG! Me and my kids are love Snoopy. This is so fun place, I love the Christmas Decor with Snoopy.

    ReplyDelete
  5. Oh Snoopy is truly an icon! Even kids nowadays like him :) And us millennials :)

    ReplyDelete
  6. The Snoopys in costumes are so cute. Which is my favourite? I can't decide. Maybe Taekwando!

    ReplyDelete
  7. Yeah! I've really enjoy myself much in this tour! The Snoopy all are super cute and it was so fun taking photos with them =)

    ReplyDelete
  8. snoopy so cute la..you look like having so much fun in the tour!!

    ReplyDelete
  9. Such cute snoopy all over the places... Let's go meet snoopy..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^