Friday, December 29, 2017

Explore & Experience Perak: Trip ke Gopeng, Tanjung Tualang & Batu Gajah, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Untuk hari ke tiga, kami dibawa meneroka Gopeng, Tanjung Tualang dan Batu Gajah di Perak. Hari terakhir lagi best dan rare aktiviti dia. Mencabar fizikal, emosi dan minda. Aku bangga sebab berjaya mencabar diri untuk buat.


Jutaan terima kasih kepada MaTic, Lumino TV, MOTAC, Port Ipoh dan Tourism Perak kerana sudi ajak aku untuk join Program Terokai & Alami Negeri Perak (Explore & Experience Perak).

Credit gambar Kak Hanum Bernama


Part 3 Hari 3

Gua Tempurung
Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

Gua Tempurung dikenali sebagai gua yang paling panjang di Semenanjung Malaysia dengan jarak 3KM, dengan laluan sungai sepanjang 1.6KM. Bangga tau negara kita ada ciptaan Allah yang menakjubkan ni.

Pepagi lagi kami dah sampai di Gua Tempurung ni sebab nak masuk kat trek laluan yang paling advance yang makan masa dalam 3-4 jam. Last masuk pukul 11AM. Trek ni special sebab kami dibawa ke Crystal Chamber yang terhasil daripada stalactites dan stalagmites yang jernih/ putih.

Tour advance ni ada setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan bayaran masuk adakan RM22 untuk dewasa, RM11 untuk kanak-kanak. Aku tak sarankan kepada orang yang ada sesak nafas, sakit kaki atau sakit jantung untuk masuk la sebab penat gila.

Dengan blogger cantik, Kak Ella.


 

Top of the world: Bumbung gua dengan ketinggian 12 tingkat. Phew.

Siap ada laluan yang korang kena merangkak, jalan itik, mengesot, meniarap sampai basah badan semua sebab dalam Gua Tempurung tu ada sungai. Ha, ingat dalam gua takda sungai ke?

Walaupun basah-basah, memang puas hati. Satu pengalaman yang aku takkan lupakan dan inshaAllah akan datang lagi. Selama ni ingatkan masuk gua tu bosan jalan kaki macam tu je kan. Amekkau dengan basah, dengan lumpur dalam tu lagi.



Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5)
9th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak

Perak suatu ketika dahulu sangat terkenal dengan perlombongan bijih timah. Industri pelombongan bijih timah sangat popular sampai England jajah kita dan cipta kapal korek pada tahun 1938 tapi kapal ini telah diberhentikan operasinya pada tahun 1982 kerana harga bijih timah yang merudum.

Sebab dah takde proses melombong, maka tinggallah kapal korek macam tu je sampai rosak dan Tanjung Tualang Dredge No.5 (TT5) merupakan satu-satunya kapal korek bijih timah yang ada di Malaysia, dan antara yang beberapa je tinggal lagi di dalam dunia.

Dengan bayaran masuk sebanyak RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dan warga emas, kami dibawa naik ke satu-satunya kapal korek bijih timah di Malaysia ini dengan bantuan staf disitu.


Besar kan Tanjung Tualang Dredge No.5 (TT5) ni.


Setelah memakai topi keselamatan, kami dibawa naik ke atas kapal yang kini telah ditambak didalam tasik. Kali pertama aku tengok dengan mata sendiri macam mana rupa kapal korek bijih timah ni. Banyak sejarah kapal ni yang sangat popular suatu ketika dahulu.

TT5 sebenarnya masih dalam proses membaik pulih. Memang banyak Kerajaan Negeri Perak belanja untuk membaikpulih kapal ni yang sangat teruk masa memula dapat dulu. Banyak tinggalan nota, barang dan notis yang ada kat kapal ni.


Orang dulu kerja manual, pakai tuil je nak jalan dan berhenti.


Hasil lombong akan ditapis disini. Banyak tinggalan batu dan biji buah.



Kellie's Castle
Istana Kellie, 31000 Batu Gajah, Perak.

Aku dulu pernah melawat ke Kellie's Castle ni, tapi pada waktu siang. Masa tu takde la rasa seram mana. Kalau waktu siang, memang cantik kawasan Kellie's Castle ni, ramai pegantin dan photographer buat photoshoot kat sini.

Kellie's Castle dibina oleh orang Scottich, William Kellie Smith sebagai hadiah untuk isteri dan anak dia. Nak dijadikan cerita, masa proses membina, ada wabak selsema masa World War I dan ramai pekerja dia mati.

Istana Kellie tak sempat siap bila Smith pun meninggal pada tahun 1926 di Portugal kerana Pheumonia. Isteri, Agnes pulang ke Scotland bila anak lelakinya Anthony terkorban dalam World War I, manakala anak perempuannya Helen pula menghilangkan diri secara tiba-tiba.


Rooftop Kellie's Castle

Boleh bayangkan, kalau siap memang cantik Kellie's Castle ni. Bangunan ini ada 14 bilik termasuk bilik linen, bilik bacaan, fotografi, simpanan arak dan juga bilik bawah tanah yang dengan dilengkapi terowong rahsia berserta kemudahan lif yang pertama dibina seumpamanya di Tanah Melayu.

Antara kawasan keras sekeliling rumah yang kami dibawa adalah di bilik Helen (tangisan budak perempuan), koridor (roh William Kellie Smith dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor), bilik linen (kelibat pengawal tanpa kaki).

Lawatan pada waktu malam baru je dilancarkan. Jujur cakap, memang agak seram jugak lah, dengan tak ada lampunya. Lampu kena bawak sendiri ya, itu pun kalau korang nak bawak sebab dalam rumah tu memang tak ada lampu langsung. Kalau korang bernasib baik, dapat la jumpa makhluk lain.


Bilik linen


Amacam baca travelogue aku ke Perak ni? Mesti korang pun macam aku sebab excited baru tahu banyak je tempat dan lokasi menarik kat Malaysia ni, cuma kita tak tahu je. Jadi, jom plan cuti tahun 2018 ke Perak!

Jom baca trip Explore & Experience Perak untuk hari pertama dan kedua kat link dibawah:

Part 2 Hari 1:
nurulzayani.blogspot.my/2017/11/trip-ke-tanjung-malim-ulu-slim-perak.html

Part 3 Hari 2:
nurulzayani.blogspot.my/2017/12/trip-ke-langkap-simpang-pulai-ipoh-perak.html


Till then,

17 comments:

  1. Terbaik sis..dulu² suka gak aktiviti lasak gini..dah kawen terus senyap , tgu anak besar ckit nanti join balik..kalau larat la..huhuhu

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya. teringin sangat mencuba teroka kellies castle waktu malam. satu lagi nak try water rafting kat gopeng. ramai kata best!

    ReplyDelete
  3. Kellie castle tu selalu lalu setiap kali lalu hantar adik balik UTP, tapi takut nak pergi seram hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Walau pun asal Perak belum berkesempatan ke tempat tempat ini... maybe satu hari nanti la eap nak g Kellies Caatle tu..

    ReplyDelete
  5. Weh seramnya masuk Kellie's Castle malam-malam. Dengar orang cerita macam macam jadi. Seram

    ReplyDelete
  6. Kellie's Castle waktu malam. First time tgk. Bukan saja first time tgk Nurul pergi Kellie's. Ini first time tengok Kellie's dengan suasana waktu malam.

    ReplyDelete
  7. looks like a nice trip. will consider in next cuti cuti Malaysia

    ReplyDelete
  8. Zayani masuk dalam air tu x seram ke..akak plak tgok dengan seram..tp best la dpt banyak.pengalaman especially masuk gua tu...

    ReplyDelete
  9. pengalaman indah dapat explore tempat bersejarah macam dekat sahaja tempat tu sepeti di atas.

    ReplyDelete
  10. Best kan masuk gua tempurung. Kellie castle popular dengan tarikannya tersendiri

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. Teringin pergi Kellie's Castle nampak menarik tempat tu... kalau siang cantik pemandangan dekat situ, malam macam seram pulak he he he

    ReplyDelete
  12. Perak banyak juga tempat-tempat menarik. Pernah lalu je semua tempat ni. Tak pernah lagi nak masuk & explore. 1 day kena pergi ni.

    ReplyDelete
  13. wah.. betsnya dapat pi trip ni.. TB yang memang asal perak pun tak pernah sampai tempat ni yani uik.. tak sangka banyak tempat meanrik di Perak yang TB tak sempat nak pi.. Kellies Castle salah satunya.. bukan jauh pun.. tapi TB lum pernah jejak kaki kat situ..

    ReplyDelete
  14. alamaaaaak Kellie Castle waktu malam ?? alamaaaak memang dok brani leee..

    ReplyDelete
  15. Wahhh bestnya dia..asyik travel je skrg ni ya..:)

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat join aktiviti lasak hee. Haritu pergi perak macam nak singgah Kellie castle tapi sebab bawa baby tak jadi la huhu

    ReplyDelete
  17. Wow, pergi kelly castle waktu malam. Serammmm

    Btw, saya pernah ke Gua Tmepurung. Memang mencabar dan experience yang sangat best

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^