Tuesday, January 2, 2018

28 Tahun Perkhidmatan, Selamat Tinggal McDonald's Ampang Park

Salam tahun baru semua :)

Masa 31 Disember 2017 haritu sempat saya ke McDonald’s di Ampang Park sempena dengan hari terakhir beroperasi setelah hampir 28 tahun beroperasi di sini. McDonald’s cawangan Ampang Park bakap ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan stesen Transit Aliran Massa (MRT).

Sempena dengan penutupan cawangan itu,  McDonald’s juga memperkenalkan cawangan terbaru mereka, yang dekat saja dengan cawangan di Ampang Park yang mengambil masa 5 minit berjalan kaki iaitu McDonald’s The Intermark.




Restoran McDonald’s di Ampang Park iaitu pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang beroperasi sejak Julai 1989, akan ditutup mulai 1 Januari 2018 bagi membolehkan pusat beli-belah itu dimajukan sebagai tapak projek pembangunan stesen Transit Aliran Massa (MRT).

Dah 28 tahun beroperasi, memang banyak kenangan manis sepanjang masa beroperasi. 28 tahun tu, lagi tua daripada umur saya. Ramai orang yang datang, daripada bekas pekerja sampailah kepada pelanggan yang ada kenangan manis kat sini.




Gambar sekitar hari terakhir McDonald's Ampang Park

Pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan busker, lukisan muka dan gubahan belon untuk kanak-kanak sebagai sebahagian daripada sambutan yang menandakan hari terakhir operasi McDonald’s Ampang Park. 





Makan menu yang dimasak pada hari terakhir di McDonald's Ampang Park




Kini korang boleh nikmati pengalaman McDonald’s yang terbaru di McDonald’s The Intermark Jalan Tun Razak yang menawarkan suasana moden dan peningkatan pengalaman pelanggan melalui pelbagai teknologi baharu dan konsep perkhidmatan pelanggan yang inovatif.

Antara teknologi yang terbaru yang korang boleh nikmati adalah:
1. Kiosk layan diri atau ‘self-ordering kiosk’ (SOK).
2. Perkhidmatan dua jenis kaunter (kaunter pesanan dan untuk mengambil pesanan)
3. Transaksi tanpa tunai menggunakan kad kredit atau debit. 
4. Papan menu digital untuk memaparkan menu dan promosi-promosi terkini.
5. Penyediaan WiFi berkelajuan tinggi.
6. Kemudahan stesen pengecasan mudah alih.



Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^