Wednesday, January 3, 2018

Menarik di Desaru: Muzium Nelayan Tanjung Balau

Hai korang,

Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Muzium Nelayan Tanjung Balau yang terletak di Tanjung Balau, Desaru, Johor. 

Muzium Nelayan Tanjung Balau merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang menggambarkan suasana kehidupan nelayan traditional di Malaysia pada zaman 50-an hingga sekarang. Banyak benda boleh korang teroka kat sini.

Muzium ni bukan macam typical muzium lain sebab selain daripada galeri utama yang mempamerkan kisah peradaban nelayan, muzium ini turut mempunyai Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut dan Galeri Kapal Karam Desaru.




Korang tahu tak, Tanjung Balau pada mulanya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dikenali dengan nama Kampung Tengah yang mengandungi rumah-rumah yang tidak tersusus sepanjang persisiran pantai.

Pada awal tahun 50-an, aktiviti komunis telah menyebabkan ramai penduduk berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Oleh sebab itu, Tanjung Balau menjadi lengang dan yang tinggal hanyalah rumah-rumah usang, bekas tappak pertanian dan tanah perkuburan.


Rekaan perkampungan nelayan ini menggambarkan suasana kawasan Tanjung Balau dalam era 50-an, dimana semua kemudahan asas bergantung terus pada alam semula jadi. Masa tu siapa yang nak makan pun kena cari ikan sendiri.

 

 

Rumah orang nelayan dulu-dulu semua daripada kayu. Kayu siap buat sendiri lagi. Zaman dulu tak ada batu atau simen lagi, jadi memang rumah buat sendiri daripada kayu yang dicari. Deorang gotong-royong nak buat rumah ni.



Alatan dapur rumah nelayan tradisional

Walaupun saya rasa macam banyak saya tahu pasal nelayan, seperti alatan mencari ikan tu semua, tapi sebenarnya banyak lagi barangan warisan yang orang dulu-dulu pakai. Untuk orang yang lahir pada zaman moden macam aku, bertuah la dapat ilmu baru ni.

Ingatkan tangkap ikan ni setakat memancing, menjala macam tu je, rupanya banyak lagi barangan dan ilmu yang kita kena ada. Kena pandai tengok arah laut, pasang-surut dia, port dan alatan semua lah. Susah jugak eh.

 


Cepu kayu pula digunakan oleh nelayan tradisional sebagai bekas tempat simpan makanan masa turun ke laut. Caranya adalah, deorang letakkan daun pisan sebagai alas, dan masukkan nasi, lauk ataupun kuih-muih sebagai bekal kat tengah laut.

Cepu kayu: Bekas makanan

Ini pula nama dia 'Bangau'. Bangau ni merupakan ukiran kayu yang diletakkan secara melintang di hujung perahu layar nelayan di Pantai Timur Malaysia. Setiap bentuk dia ni sebenarnya ada maksud yang tersendiri mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu.

'Bangau': Kepala perahu

Saya paling suka di Galeri Keselamatan Laut. Kat sini ada banyak info tentang komunikasi dan keselamatan di laut. Deorang tunjuklah alatan keselamatan dan informasi semua. Kat sini juga korang boleh dapatkan informasi lengkap tentang satu-satu alatan yang selalu dipakai untuk ke laut.

 

Pada musim yang tertentu, muzium ini juga turut mengadakan pameran bermusim sebanyak tiga kali setahun dengan pelbagai tema dan artifak khusus untuk tarikan pelancong. Contohnya macam pameram Geologi.

Galeri ini akan membawa korang balik ke zaman lampau dengan koleksi fosil, replika T-rex (budak-budak mesti suka), batuan, mineral dan pelbagai informasi penting tentang geologi seperti macam mana gempa bumi boleh berlaku.



Menarik tau dapat lihat batu-batu dan mineral yang mentah sebelum diproses macam ni. Baru tahu rupa batu delima, zamrub, biduri, emas dan banyak lagi. Tah macam mana la orang boleh ambil dari batu besar tu letak buat cincin.


Amacam? Korang kalau berada kat kawasan Desaru sambil-sambil mandi laut tu apa salahnya singgah kejap kat Muzium Nelayan Tanjung Balau yang ada kat sebelah tu je. 

Bawa keluarga terutamanya anak-anak kecil untuk didik deorang sukakan tradisi masyarakat Malayu pada satu ketuka dahulu. Banyak tau info yang boleh kita dapat walaupun macam ni je.

Hari dan Masa Lawatan Muzium Nelayan Tanjung Balau
Isnin- Khamis: 9AM-5PM
Jumaat: 9AM-12.15PM & 2.45PM-6PM
Sabtu & Ahad: 9AM-6PM

Harga tiket masuk Muzium Nelayan Tanjung Balau
Dewasa: RM2
Kanak-kanak: RM1


 Muzium Nelayan Tanjung Balau

Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor
Contact: 07-8843100/ 07-8221601
Facebook: www.facebook.com/muziumnelayan.tanjungbalau

Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), terutamanya kepada Exco Pelancongan Malaysia, En Aminuddin, Puan Ezani dan AJ sebab sudi menjemput saya ke trip Road To Agro Tourism Siri 3/2017.

Till then,

29 comments:

  1. macam best je muzium macam ni, sha pun takberapa tau sangat pasal nelayan walaupun rumah dengan laut dekat je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best awak. Banyak info menarik yg tak tahu boleh dapat kat sini.

      Delete
  2. Ada juga gi Desaru. Rasanya macam lalu je kat muzium ni tak singgah pun.

    ReplyDelete
  3. First time dengar pasal Tanjung Balau ni. Maklum lah tak berapa familiar sgt dengan tmpt2 kt JDT. Tgk muzium ni kan dengan org2 tu teringat cerita Night at The Museum tu...

    ReplyDelete
  4. Bagus ye ada muzium mcm ni. Dpt educate people tentang kehidupan nelayam dr zaman dulu. Banyak benda nak kena tau rupanya. Bukan sekadar hampar pukat dan jala sje.

    ReplyDelete
  5. wah menarik... harga tiket pun murah je...

    ReplyDelete
  6. i missed this place already!
    how i know more about fishermen lifestyle thru this muzium!
    thanks for sharing ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here. Many new info I get from visiting this museum.

      Delete
  7. 3 gambar yang dekat atas tu, mula mula tengok nampak macam real je. Serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai deorang buat scene tu. Tinggal nak pandai amik angle gambar je. haha

      Delete
  8. Cantik2nya lukisan yg ada. Nampak real dan seni lukisnya nampak halus je. Menarik ni boleh try bawak2 anak2 ke muzium nelayan. Boleh diowg belajar dan jd kan iktibar hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi benda yg ada kat sana. Boleh singgah je nanti.

      Delete
  9. wow menarik ni, kalau this year ada lagi road trip, aku nak join hahahaha anak dah okay tidur malam tanpa mak dia lol !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la babe. Dekat dengan pantai, siap ada hotel best kat situ.

      Delete
  10. Banyak gak bahan sejarah dipamerkan ya..kena bawak anak² ni atleast tahu dan kenal tiap jenis artifak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu tempat yg saya recommend untuk bawa anak-anak untuk belajar.

      Delete
  11. /nice place to visit in Desaru! i remember last time i went there theres nothing much. but that was long ago.

    YourFinanceDoctor


    ReplyDelete
  12. Best masuk muzium ni..mengimbau kenangan zaman budak2 bila ada disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman saya dah takde sangat kebanyakan barang tu. Tapi nice info datang sini.

      Delete
  13. Berbaloi pg kalu nak tahu hal ehwal nelayan di muzium kat tamjung Balau ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kak. Bukan je pasal Tanjung Balau, tapi pasal sejarah awal nelayan pun ada.

      Delete
  14. Menarik juga Muzium ni... bestnya kalau dapat explore dekat situ.. Hari tu pergi Johor tak sempat nak singgah Muzium Nelayan Tanjung Balau ni... teruja nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time boleh singgah sis. Banyak benda baru boleh dapat.

      Delete
  15. Wowww syoknya. Muzium ni bagus untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan ibu bapa. Hehehe

    ReplyDelete
  16. Tertarik dengan Cepu Kayu. Cantik dan sangat tradisional. Bagus juga dibuat Muzium Nelayan ni. Banyak informasi yang boleh kita gali.

    ReplyDelete
  17. Nanti nak pergi la dengan husband. Kami suka ziarah muzium ni. Banyak ilmu yang boleh dapat.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^