AirAsia Sponsor Pasukan E-Sport Dota 2 Team Mineski

Hai semua,

Berita mengejutkan untuk peminat kelab e-sukan Mineski Dota, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah mengambil keputusan untuk memberi tajaan kontrak selama satu tahun dengan pasukan pro Dota 2 itu.

Ini merupakan kerjasama e-sukan yang pertama yang ditaja oleh AirAsia sekaligus menjadi antara berita yang sangat mengejutkan bagi peminat e-sukan di Malaysia.


Ahli pasukan Mineski Pro Team terdiri daripada 5 ahli iaitu:

1. Chai "Mushi" Yee Fung (Kapten)
2. Kam "Nana" Boon Seng
3. Daryl Koh "iceiceice" Pei Xiang
4. Thai Anucha "Jabz" Jirawong
5. Michael "ninjaboogie" Ross Jr.

Mineski Pro Team baru-baru ini berada di dalam kedudukan ke 5 dalam  Dota Pro Circuit, dengan 810 mata kelayakan ke The International 2018.


Antara ahli Mineski Pro Team yang paling saya tak sangka adalah iceiceice. Pemain Dota 2 yang berasal dari Singapura ini sudah manceburi permainan ini secara professional daru tahun 2011 lagi. Lama tak nampak beliau dalam arena e-sukan setelah berehat sebentar haritu.


AirAsia sebelum ini telah mewujudkan kelab komuniti permainan dalam talian AirAsia Allstars Esports Club khas untuk ahli keluarga di AirAsia yang diketuai oleh Allan Phang, Allstars Engagement dan Internal Branding from Group People dan Culture department.

Tentang AirAsia Allstars Esports Club: www.facebook.com/AirAsiaAllstarsEsportsClub

Selamat berjaya kepada Mineski Pro Team!

Till then,

Post a Comment

1 Comments

FOLLOWERS