Wednesday, February 28, 2018

Bersih & Segar Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Hello beautiful!

Kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita memang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Kalau Allah bagi kita ada keupayaan nampak, rasanya nanti nak makan pun kita tak lalu.

Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan dan diri agar sentiasa bersih. Tisu basah adalah antara pilihan saya kalau nak travel atau nak keluar.

AIKEN, memperkenalkan Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Saya sendiri dah cuba pakai tisu lembap ini dan so far puas hati dengan kualiti dia. Selain darupada mampu untuk menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dan ia juga memberikan haruman dan melembapkan kulit.


Memang saja jenis kalau nak pergi mana-mana akan bawa tisu tak kisah tisu kering atas basah. Bila kita tinggal dalam keadaan udara dan cuaca yang panas, kadang-kadang kulit senang sangat nak kering. Itu sebab pakai tisu ini dan lap di bahagian kering tu.

Lebih menarik, Tisu Lembap Antibakteria Aiken bukan sahaja sesuai untuk digunakan pada tangan, malah pada muka, dan pada apa-apa jenis permukaan yang korang nak lap. Selalu pakai untuk lap meja makan, barulah yakin bersih.



Ikut pengalaman saya, tisu antibakteria ini sangat berguna bila kita sibuk dengan rutin harian. Contohnya: Mengelap trolley barangan; ataupun selepas memilih barangan runcit seperti daging dan sayuran boleh mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya.


Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA (Oren)
  • Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. 
  • Menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. 
  • Telah diuji secara dermatologi, selamat digunakan oleh seisi keluarga dan 100% bebas alkohol.

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA (Hijau/ Biru)
  • Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan dan mampu menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran dan kelembapan.
  • Diperbuat dari fabrik lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan.
  • Menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. 
  • 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.


Harga Tisu Lembap Antibakteria Aiken
RM6.50(Semenanjung)
RM6.80(Sabah & Sarawak). 

Satu paket produk Tisu Lembap Antibakteria Aiken mengandungi 20 helai boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


Till then,

2 comments:

  1. tisu lembap atau kering mmg kena ada dalam bag setiap masa nii..

    ReplyDelete
  2. Yup...kewajipan mesti ada dalam handbag leya..hihi..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^