Kenali Anatomi Manusia & Haiwan di Edu-Park UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.

Kali ni saya nak bawa korang untuk edu-tourism dan belajar tentang kehidupan dan anatomi haiwan dan manusia di fakulti perubatan di salah sebuah universiti yang terkemuka di Malaysia. 

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan satu ala-ala taman tema, yang berkonsepkan edu-tourism, iaitu berjalan sambil belajar. Lebih menarik lagi, pelajar mereka sendiri yang menjadi fasilitator kat sini.

Edu-tourism di UPM menawarkan 8 tarikan yang menarik untuk korang datang. Antaranya adalah: Putra Dairy, Deer Farm, Equine Centre, Human Anatomy Museum, Conservatory Park, Animal Anatomy Museum dan Galeri Serdang.



Animal Anatomy Museum
Lokasi: Fakulti Perubatan Vaterinar UPM

Harga tiket:
RM6.00

Bayangkan dengan harga tiket RM6 je, korang dah boleh belajar banyak benda tentang haiwan. Kat sini binatang yang korang tak pernah nampak atau tulang haiwan yang rare pun ada. Korang boleh bayangkan tak, ular yang panjang pun ada tulang?

Tak pernah terfikir untuk tengok haiwan versi diawet dan dikaji macam ni,  setakat ni di Malaysia, UPM je yang ada muzium macam ni. In case korang ada apa-apa soalan tentang haiwan pun korang boleh tanya orang yang berkenaan. Sejarah haiwan pun deorang power.

Macam mana lah deorang kutip dan awet King Cobra punya badan dan kulit.

Comelnya tulang kucing jenis Felis catus. Kucing yang besar juga ni.

Pertama kali tengok potongan vertical cross section of goat/ kambing.


Teka ni tulang apa. Siap nampak kulit ular kat bawah tu lagi.



Human Anatomy Museum
Lokasi: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Harga tiket: 
RM 24.00 (Dewasa), RM12.00 (Kanak-kanak)

Dalam masa lebih kurang 1 jam, korang akan dibawa untuk belajar tentang anatomi badan manusia. Teringat zaman saya belajar jurusan perubatan masa tahun pertama dulu. Macam ni lah belajar tengok tentang anatomi badan.

Datang sini, korang diberikan pilihan untuk pilih 1 daripada 5 aktiviti yang ditawarkan. Nanti kat sana korang tahu lah aktiviti yang mana yang best nak cuba. Ada belajar pasal otak, pasal jantung dan ada yang pasal tulang.



Paling menarik sekali, belajar dan tahu dengan lebih lanjut tentang otak. Otak kan salah satu organ badan kita yang paling menarik dan rumit. Jadi, bila dah tahu serba sedikit ni, boleh lah kita cuba untuk memperbaiki dan tingkatkan keupayaan otak lagi.

Siapa sangka, orang yang hidup yang ada masalah dengan otak seperti Parkinson's boleh berjaya. Tengok macam Muhammad Ali, ahli tinju berjaya tu.

Parkinson's merupakan sejenis penyakit tidak berjangkit yang menjejaskan sistem motor dalam sistem saraf pusat. Daya kawalan otot seseorang itu akan merosot dengan teruk sampai penghidapnya tidak mampu mengawal diri sendiri.



Bahagian yang paling menarik perhatian saya adalah pada bahagian tentang kehamilan dan janin. Menarik tau bila korang tahu tentang proses daripada sekecil-kecil sel sampailah kelahiran tu. Besar keajabian yang Allah buat.

Siapa yang tak kuat, jangan tengok sebelah balang kaca ni sebab ada 'mayat' janin yang keguguran yang telah diawet yang diberikan kepada UPM untuk tujuan pembelajaran. Hal sensitif macam ni tak boleh ambil gambar ya.


Korang yang jenis suka aktiviti tu, mesti best datang sini. Bawak anak-anak pun best, tak bawa macam saya pun dah syok. Seronok bila dapat buat aktiviti untuk menguji otak kita. Aktiviti macam ni boleh melatih otak untuk memberikan ilusi yang lebih baik.

Contoh aktiviti yabg saya cuba ni, kena lukis ikut laluan tu dengan melihat ke cermin dalam kotak tu. Memang pening sikit sebab mata kita dan tukarkan gambaran yang kita tengok. Sebab tu kadang-kadang bila kita tengok cermin macam pening sikit.


Aktiviti ni pulak macam buat replika otak dengan menggunakan tanah liat. Nampak mudah, tapi perlukan daya kreativiti yang tinggi. Setiap bahagian otak tu ada fungsi dia tersendiri. Masa ini lah fasilitator tu akan terangkan kat kita apa fungsi dia.


Edu-Park Division, Putra Science Park
Universiti Putra Malaysia Serdang, 43400 Seri Kembangan, Selangor
Contact: 03 98471413/ 14/ 19
Website: www.edupark.upm.edu.my
Facebook: www.facebook.com/EduParkUPM


Trip saya ke Edu-Park UPM kali ini telah ditaja oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC),  sempena dengan penganjuran Program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Khas Kuala Lumpur- Putrajaya.

Till then,

Post a Comment

11 Comments

Ruby said…
Ni waktu anak ruby 4 tahun pun suka. Sebab sekolah dah belajar sains. Advance kan? Ruby suka anatomi masa tingkatan 3. Anak-anak sekarang lebih cepar. Bagus ada tempat macam ni. Ruby bleh visit. Dah kering idea nak bawa kemana Adam dan Alif sebab takmo keluar jauh-jauh dari KL.
Wawa Ashihara said…
Ohh..UPM pon ada mengenai edu park manusia & haiwan ea? Sebab tau pasal pertanian, tanaman tu je.. Baguslah upm ni sebab kos dia smua mengenai alam sekitar, khidupan kitaran manusia & haiwan dan lain2.. Org luar nk msuk boleh ke? Ia dibuka utk umum ea?
Absolute Yana said…
I am guessing it's a horse skeleton? Betul ke? Hehehhe and that's the first time i am seeing a cat's skeleton...mind blowing...explains why they are so flexible...
Suria Amanda said…
Menariknya..bagus kalau bawak anak-anak ke sini kan..at least berguna untuk pembelajaran diorang..tempat ni mmg di buka untuk orang ramai eh..
Zharif Azis said…
Nampak menarik muzium nie tp dalam masa yang sama agak cringe sikit melihat tulang-temulang itu. Dekat UPM je rupanya, boleh lh singgah. Xde lah juh sgt. Baru tahu org luar boleh dtg berkunjung ke muzium yg terdapat dalam UPM. Ingatkan utk student je.
Huda Halid said…
wah menarik yer ada pameran macam ni. kanak2 boleh masuk ke? bagus juga kalau boleh bawa anak2 boleh diorang belajar ilmu sains. kita sendiri teruja, anak2 mesti teruja
JMR said…
Tertarik dengan janin keguguran yang diawet..nak tengok dengan mata sendiri sebab tak pernah tgk lagi..nampaknya kena ke sana la ni..
Best dapat pengalaman tentang sains dan kita dapat namyak belajar tentang ilmu kemaknusiaan
Jia Shin Lee said…
This is really interesting as a child my dream was to become a vet, although my dream didn't come true but I still love animals and this surely catches my attention. Can't wait to pay Animal Anatomy Museum a visit!
Lia Hasty said…
Menarik Edu Park UPM ni. Memang daoat belajar banyak benda menarik pasal binatang & organ manusia. Boleh tambah pengetahuan ni.


www.liahasty.com
Betty's Journey said…
I am UPM student but too bad I never visit Anatomy museum before. That time only learn human process. I wish can go back and visit the museum and also UPM. A good knowledge process to known more about anatomi human.

FOLLOWERS