Monday, March 26, 2018

5 Lokasi WOW Untuk Pencinta Alam Semulajadi di Perak

Assalamualaikum dan hai korang,

Kadang-kadang penat mata dan minda bila bekerja tengok kertas je. Saya dan suami punya style, kami suka bercuti di lokasi hijau yang jauh daripada bandar macam dalam hutan dan dilaut. Walaupun duduk je, tapi kejap dah habis stress tu.

Pada entry kali ini, saya tulis khas untuk korang yang suka dan cinta dengan kehijauan dan ketenangan flora dan fauna di Perak. Senang kata, kalau nak cari post nak rehatkan mata dan minda, mesti datang sini!



1. Taman Rekreasi Gunung Lang
Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.
Contact: 05-208 3333

Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya 5 kilometer dari bandaraya Ipoh, merupakan salah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di Lembah Kinta, Perak dan dijadikan sebagai taman rekreasi pada tahun 1999 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Tak ramai orang luar tahu temtang kewujudan dan keunikan Taman Rekreasi Gunung Lang yang selalu menjadi tumpuan orang dikawasan sekitarnya. Lebih menarik, taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik bauatan dari bekas lombong bijih timah.




Untuk ke taman tu, korang perlau menaiki bot untuk ke taman pulau sebelah sana. Tak jauh pun, naik bot dalam 5 minit dah sampai. Sepanjang dalam bot tu, korang boleh menikmati permandangan dan kehijauan suasana di situ.

Kalau tengok laluan air tu, boleh nampak ikan besar-besar dalam tu. Taman rekreasi popular dengan habitat ikan spesis air tawar seperti kelah, lampam, kap, talipia, dan juga keli. Ikan besar macam saya pun ada!


Sangat sesuai untuk pencinta flora dan fauna, kehijauan pulau yang terjaga ini penuh dengan pelbagai spesis bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).

Terdapat juga macam mini zoo untuk haiwan seperti rusa, burung pelbagai spesis dan butung unta yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh. Kat sini, siap disediakan rumah tradisional Perak dan wakaf untuk korang berehat lepas penat berjalan.


Harga tiket bot: RM3.00 (Dewasa), RM1.50 (Kanak-kanak)

Waktu operasi: 
Isnin-Khamis: 8.30AM-6PM
Jumaat: 8.30AM-6PM (Tutup pada 12PM-2.45PM)
Sabtu, Ahad & Cuti umum: 8.30AM-6PM


2. Refarm Leisure Farm

 Lot 6059, Jalan Temoh, Kampar, Perak.
Contact: 012-5026115
 Website: www.refarm.com.my

Refarm adalah tanah ladang rekreasi sebesar 26 ekar yang terletak di Kampar, Perak. Kalau korang datang sini memang akan rasa sejuk mata memandang je sebab lokasi ini dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan.

Uniknya konsep Refarm adalah, mereka akan kitar semula sebanyak mana yang boleh dan tiada pembasiran. Contohnya: Mereka menghasilkan baja organik, yang dimana deorang kitar semula najis haiwan dan sisa tumbuhan dan diproses menjadi baja.

Kolam ikan, besar juga kolam ni.

Ada tempat untuk belajar menoreh getah.


Lagi best, pengunjung yang datang ke Refarm Kampar bukan sahaja dapat menikmati permandangan hijau di sini, malah dapat juga singgah ke mini zoo dan taman herba mini untuk belajar tentang alam semula jadi.

Untuk menjadikan tarikan orang bekerluarga, di sini ada juga kolam mandi awam. Air tu memang fresh datang daripada bukit, sejuk dan nyaman tau!

Antara aktiviti wajib buat kalau datang sini adalah: Jungle trekking, menyauk ikan, menunggang basikal, bot pedal, belajar tanam sayur dan buah secara organik, teroka cara pembiakan lebah dan bagi makan haiwan ternakan disini.



Harga tiket: RM10 (Dewasa), RM5 (Kanak-kanak)

Waktu operasi: Setiap hari (9AM-6PM)


3. Gua Tempurung
  Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak.
Contact: 012-529 2426

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan jarak 3KM, dengan laluan sungai sepanjang 1.6KM. Bangga tau negara kita ada ciptaan Allah yang menakjubkan ni.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.





Menarik masuk dalam ni, walaupun kami dibawa ke laluan kering, tapi banyak informasi dan ilmu baru yang saya dapat. Bayangkan, nak dapatkan 1cm stalagmit mengambil masa hampir 100 tahun, boleh korang bayangkan gua ni dah berapa tahun?

Nanti dalam Gua Tempurung, korang boleh nampak beberapa jenis batu yang menyerupai benda-benda sekeliling contohnya macam haiwan. Ada nampak gajah, orang, barang-barang dan hantu pun ada. Memang nampak macam real je.


Berada di syiling atas gua. Tempat ni orang panggil "On top of the World".


Harga tiket: Bermula dari RM8-RM30 mengikut jenis tour yang korang ambil.

Waktu operasi: Setiap hari (9AM-4PM)


4. Kilang Arang Kayu Kuala Sepetang
Contact: 012-5739563

Korang tahu tak, orang dulu-dulu kalau kita cakap je Kuala Sepetang, Perak terus deorang akan cakap pasal arang. Di sini, ada banyak kilang yang menghasilkan arang daripada kayu bakau yang memerlukan tenaga kerja orang yang mahir. 

Kalau korang nak datang untuk tengok macam mana proses pembuatan arang kat sini, lebih baik datang masa awal pagi. Masa pagi tu, akan ada bot kecil yang akan hantar kayu bakau. Boleh nampak macam mana deorang keringkan kayu dan cara nak "masak" kayu menjadi arang.



Punyalah susah proses nak buat kayu arang sampai ada 3 peringkat dan mengambil masa lebih kurang 1 bulan daripada memula dapat kayu sampailah jadi kayu arang.

Peringkat 1: Peringkat pengeringan dan kayu dimasukkan ke dalam iglu dan dimasak secara air perlahan selama 10 hari.
Peringkat 2: Dimasak selama 10 hari lagi dengan api yang agak kuat daripada peringkat 1.
Peringkat 3: Api ditutup dan kayu dibiarkan selama 10 hari untuk proses penyejukkan. Proses ni paling susah sebab kayu  perlu dikawal untuk memastikan arang di dalam tu tidak menjadi abu.


Yang kubah macam rumah tu kita panggil iglu. Iglu ini diperbuat daripada 6,000 batu bata yang disusun dan pada dalam satu masa, iglu boleh memuatkan lebih kurang 1500 batang kayu bakau. Kayu ini akan dimasak menggunakan kayu getah sebagai pencetus api dia kat luar.

Punyalah susah proses nak buat dia. Patutlah arang kayu yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia dan mendapat sambutan tinggi di Jepun, Arab dan Korea.Whoaaa.




5. Night Safari di Zoo Taiping
Jalan Taman Tasik Taiping, 3400 Taiping, Perak.
Contact: 05-8086577

Sebenarnya, ini merupakan pengalaman pertama kali saya ke Night Safari. Kalau datang ke Zoo Taiping dah banyak kali, tapi baru kali ini ada peluang untuk masuk kedalam pada waktu malam. Best zoo ini sebab merupakan antara zoo yang terbanyak jenis spesis di Malaysia.

Jenis yang datang bersama keluarga yang suka kan haiwan atau yang ada anak kecil mesti suka datang ke zoo.




Antara haiwan nokturnal (haiwan aktif pada waktu malam) yang korang boleh jumpa di Night Safari Zoo Taiping adalah: Burung hantu jenis carik kafan, ketembuk ketampi dan bubu, kongkang, kancil, burung magpie biru, kucing serval, musang jebat dab pulut, memerang kecil, landak raya.

Ada juga haiwan yang aktif pada waktu siang dan malam seperti pelanduk, buaya jelutong dan tembaga, kucing batu, binturong, landak nibong, kambing gurun, rusa ubi, babi, singa afrika, harimau, beruang, kijang, ular, haiwan Savana Afrika dan banyak lagi.


Kalau korang datang pada waktu makan haiwan ni, boleh la tengok macam mana deorang makan. Masa makan tu, comel betul binatang ni. Banyak jenis yang buat manja friendly gitu. Macam Memerang Kecil ni, siap duduk dekat dengan cermin lagi.

Tak pernah terfikir untuk tengok zirafah pada jarak dekat macam ni, apatah lagi boleh bagi makan. Betullah orang cakap, zirafah lidang panjang gila. Masa bagi makan, lidah dia melingkar kat tangan macam geli je. Seb bek dia tak ngap dengan tangan sekali.




Kalau korang perasan logo Zoo Taiping, deorang pakai haiwan Seladang sebagai maskot logo. Seladang ni rupa dia lebih kurang macam lembu sebab dalam kategori haiwan bovin, tapi warna badan dan tanduk dia lain sikit.

Tak sangka badak air ni nampak je macam lemah, tapi kuat. Badak air merupakan haiwan jenis herbivour, tapi gigi dia tu boleh hancurkan tulang manusia macam tu je. Saya dapat peluang untuk bagi badan ni makan buah haritu. Fav dia betik dan pisang.


Harga tiket: RM21.20 (Dewasa), RM10.60
*Harga termasuk perkhidmatan trem pada waktu malam*
Waktu lawatan Night Safari Zoo Taiping: Setiap hari (8PM-11PM)


Walaupun selalu datang ke Perak, sebenarnya banyak lagi tempat yang kita tak sempat singgah dan tak tahu pun kewujudan dia. Perak memang kaya dengan khazanah semulajadi dia, dan bolehy menjadi pilihan utama orang yang suka dengan alam semulajadi untuk kesini.

Terima kasih kepada Gaya Travel dengan kerjasanma Tourism Perak kerana sudi menjemput saya untuk sertai trip 4 hari 3 malam di Perak sempena dengan trip Perak WonderFood FAM Trip pada 6-9 Mac yang lepas.


Till then,

13 comments:

  1. Dalam 5 tempat ni ada 2 tempat yang Marsha belum singgah lagi iaitu refarm & gua tempurung. Gua tempurung rupanya ada jalan kering ingat kena masuk yang dalam air tu

    ReplyDelete
  2. Wah bestnyer weh. Aku memang minat kalau benda-benda semulajadi ni.

    Dah lama tak pergi zoo Taiping. Last pergi masa sekolah menengah dulu. Mesti best

    ReplyDelete
  3. No 1 dan 5 je yang dah sampai. Yang lain boleh masuk dalam list to do in Perak.

    Night safari tu memang best. Anak ana bukan main suka. Walau malam still boleh nampak haiwan2 dlm cage tu.

    ReplyDelete
  4. Pernah gi Zoo je. Yang lain xpernah dengar pun. Maybe my next visit to Perak leh singgah. Thanks for the sharing

    ReplyDelete
  5. Dok perak tp cik en bru gi gunang lang je. Ahahha.. kena round2 jugak la cuti nnti

    ReplyDelete
  6. bestnya trip yang penuh kehijauan nie. Dan yang paling ebst dapat berinteraksi sendiri bersama haiwan2. sesekali jauhkan diri dari hiruk pikuk hutan konkrit dengan melawat tempat2 seperti ini. Best !

    ReplyDelete
  7. Banyak tempat menarik rupanya kat Perak ni kan..akak pun x lepas lagi area sini..pernah la pergi Taiping..masuk zoo pun siang je..kalau ada kesempatan nak melawat la kat sini

    ReplyDelete
  8. Menarik perkongsian ni. Cantik juga tempatnya. HIjau jer, sejuk mata memandang, mana taknya hilang stress kerja. bagus cadangan ni. Mungkin saya akan cuba suatu hari nanti. Kat Malaysia banyak tempat hijau. Nampak tak keistimewaan negara kita.

    ReplyDelete
  9. okay kat sini tak sampai lagi semua. hehe nampak menarik juga kalau nak singgah. i love nature too. insyallah kalau ada waktu free boleh datang sini

    ReplyDelete
  10. Banyaknya tempat menarik di Perak. Lama tak singgah Perak. Lepas nih boleh start planning pergi Perak.

    ReplyDelete
  11. Bestnya..banyak giler tempat menarik kat perak..asal la ciktom tak tahu..pdhal mertua duk perak..hubby xde plk crite tmpt best camni..blk sana padan duk bota je 😅

    ReplyDelete
  12. Airah orang perak tapi ada dua tempat lagi tak pergi hahaha balik perak nak plan la berjalan ke semua tempat ni.dah lama tak jejak kaki dekat gua tempurung tuu

    ReplyDelete
  13. Wahhh teringin ke night safari! Seronok! Tapi tulah nanti tunggu anak ku besar skit. Sekarang mereka belum faham lagi. Nanti dah seronok tahu pasal haiwan. Barulah best bawa ke night safari. Hehe

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^