Tuesday, March 27, 2018

5 Lokasi Wajib Melawat Kalau Datang ke Perak

Assalamualaikum dan salan sejahtera.

Negeri Perak memang terkenal dengan pelbagai khazanah unik merangkumi sejarah, kehijauan, flora dan fauna dia dan kisah menarik yang terjadi di negeri ini pada zaman sebelum Merdeka dulu. Kisah tentang Perak sebenarnya penting untuk kita tahu sebagai anak Malaysia.

Makanya kalau dah datang ke Perak, paling wajib adalah melawat tempat bersejarah untuk belajar tentang keunikan dan kenapa Perak ini menarik. Masa ini lah korang boleh tahu macam mana Perak dapat nama dia dan kenapa pihak British nak sangat dengan negeri ini.

Nah, 5 Lokasi Wajib Melawat Kalau Datang ke Perak:



1. Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak.
Contact: 05-8072057

Muzium Perak yang dibina pada tahun 1883 merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia dan tak pernah diubah suai banggunan dia sejak dari dulu lagi.

Seni bina bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan masyarakat ‘moor’ di India dan digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah. Direka oleh arkitek dari England dan diusahakan oleh Sir Hugh Low.



Muzium Perak yang kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi rare berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis binturong dan pulasan, tengkorak dan  rangka binatang serta tembikar  tanah yang kini hampir pupus atau sukar ditemui.



Selain daripada pameran tentang haiwan yang popular di kawasan Perak, terdapat juga pameran berbilang bangsa dan kaum seperti pemeran perkahwinan, alat dan tarian tradisional. Paling rare, ada juga pameran tentang orang asli disini.





Harga tiket: RM5 (Dewasa), RM2 (Kanak-kanak)

Waktu lawatan: Setiap hari jam 9AM-6PM


2. Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5)
 9th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak.
Contact: 014-904 3255

Perak suatu ketika dahulu sangat terkenal dengan perlombongan bijih timah. Industri pelombongan bijih timah sangat popular sampai England jajah kita dan cipta kapal korek pada tahun 1938 tapi kapal ini telah diberhentikan operasinya pada tahun 1982 kerana harga bijih timah yang merudum.

Sebab dah takde proses melombong, maka tinggallah kapal korek macam tu je sampai rosak dan Tanjung Tualang Dredge No.5 (TT5) merupakan satu-satunya kapal korek bijih timah yang ada di Malaysia, dan antara yang beberapa je tinggal lagi di dalam dunia.




Banda ini digunakan sebagai alat komunikasi antara anak kapal, dengan cara ketuk kan.

Alat ini digunakan sebagai untuk mengawal tekanan tinggi dan rendah kepada enjin motor.


Harga tiket: RM10 (Dewasa), Kanak-kanak (RM5)

Waktu lawatan: Setiap hari bermula 9.30AM-4.30PM.


3. Muzium Matang
Kampung Hujung Matang, 34750 Matang, Perak.
Contact: 05-8477970

Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim) atau dulunya dikenali dengan nama  Kompleks Sejarah Negeri Perak telah dibina oleh Ngah Ibrahim, anak kepada Cek Long Jaffar (orang Melayu pertama yang membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama). 

Muzium ini mempamerkan kronologi sejarah yang berlaku di dalam banggunan yang pernah menjadi kediaman Ngah Ibrahim, pusat pentadbiran Larut, British dan Jepun. 

Dinding kota di bahagian luar menara kawalan dibina menggunakan batu-bata yang mempunyai campuran kerangan. Di dalam kawasan berhampiran muzium juga terdapar makam Allahyarham Ngah Ibrahim yang dibawa pulan dari Singapura pada 9 September 2006.


Kesan serpihan bom Jepun pada tembok rumah Ngah Ibharim


Muzium ini menyimpan koleksi barangan perang Dunia kedua, yang dimana menyebabkan bahagian Selatan kawasan rumah itu hancur terkena bom dari pihak tentera Jepun. Memang kalau datang sini, boleh nampak kesan rosak sebab bom tu.

Sengaja deorang tak baiki untuk kekalkan original dia. Di sini juga, ada banyak koleksi barangan askar Jepun dan orang British yang digunakan semasa perang dulu. Alatan perang askar Melayu seperti tombak, keris, pedang dan perisai pun ada kat sini.


Uniknya Muzium ini sebab merupakan satu-satunya muzium yang menyimpan perisai rotan milik Ngah Ibrahim. Terdiri daripada perisai dan dua bilah senjata tangan untuk tujuan perlindungan diri. Bahan untuk membuat perisai diperbuat daripada rotan.



Waktu lawatan: Setiap hari pada jam 9AM-5PM


4. Muzium Telegraf Taiping
105, Jalan Stesen, Taman Jambu, 34000 Taiping, Perak.
Contact: 05-8052136

Terletak bersebelahan dengan Galeri Perbandaran Taiping, Muzium Telegraf Taiping dijangka akan dibuka kepada orang awam pada pertengahan tahun 2018. Kerja baik pulih muzium ini telah bermula sejak September 2016.

Muzium ini antara muzium unik yang menyimpan sejarah kod unik Morse yang dicipta dengan menggunakan gelombang magnetik oleh Leonard Gale, Alfred Vail dan Samuel Morse dan kemudiannya mencipta satu arus yang menghantar isyarat elektrik.



Muzium Telegraf Taiping menyimban banyak kenangan dan alatan komunikasi yang digunakan sebelum zaman internet berkelajuan tinggi. Bangga saya lihat bagaimana teknologi ini berkembang daripada mesin taip kepada internet sekarang.

Zaman dulu kalau menulis pakai mesin taip je. Banyak juga jenis mesin tapi yang ada di muzium ini. Unik bila dapat lihat dan cuba alatan ini didepan mata.



Kabel jenis fibre yang pernah digunakan dibawah laut.


Waktu operasi: Setiap hari pada jam 9AM-6PM


5. Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak.
Contact: 05-2550007

Funtasy House Trick Art merupakan satu lokasi baru di Ipoh, Perak yang korang wajid datang. Dilengkapi dengan lebih daripada 20 seni helah bergambar yang dilukis oleh pelukis tempatan, lokasi ini merupakan satu lokasi yang bagus untuk datang bersama denganb keluarga dan kawan-kawan.

Menggunakan tema Funtasy = Fun + Fantasy, kalau datang kat sini memang memerlukan daya kreativiti yang tinggi supaya gambar yang korang ambil tu nampak realistik dan cantik. Unik dan menarik juga port bergambar dia, sebab ada beberapa seksyen.






Harga tiket: RM15 (Dewasa), RM10 (Kanak-kanak)

Waktu operasi: 
Isnin- Jumaat: 9AM-6PM
Sabtu, Ahad dan Cuti umum: 9AM-8PM


Nota: Trip saya 4 hari 3 malam ke Perak telah ditaja oleh Gaya Travel dengan kerjasama Tourism Perak  sempena dengan Perak WonderFood FAM Trip pada 6-9 Mac yang lepas.

Till then,

3 comments:

  1. Perak lah negeri yang akak jarang terjah. Sebab dulu ianya tiada tarikan. Sekarang Perak makin maju.

    ReplyDelete
  2. selalu balik perak..tp xpernah pergi..mcm menarik bawa anak2 kenal sejarah
    sudi2 la jenguk blog saya yg baru nih
    https://rosapegitravel.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Baru tahu yang Perak ada banyak muzium :D

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^