Monday, September 10, 2018

Dating Dengan Suami di Arcade Playtime! SkyAvenue

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Macam kebanyakan korang yang kenal suami dan saya, kami berdua memang hantu games. Segala jenis mak nenek punya game kami main. Paling suka dengan Dota 2, Play Station dan arcade punya game paling suka!

Tahu kenapa kami berdua gila dengan game kat arcade? Sebabnya kami suami isteri jenis yang suka compete dengan sesama sendiri. Bayangkan main game yang macam Bejeweled pun kami boleh lawan siapa dapat score paling tinggi.



Dapat pulak kesempatan untuk merasa arcade Playtime! Video Games Park di Resorts World Genting yang baru bukak di tingkat 4, SkyAvenue. Rugi datang Genting Highland tapi tak cuba tarikan baru deorang yang best ni.

Sebelum ni saya selalu main kat Vision City Video Games Park yang dekat dengan Genting Grand Hotel. Memang gila main kat situ, semua jenis permainan arcade ada. Bukan senang nak jumpa arcade macam ni kat Malaysia.


Macam arcade Vision City, korang perlukan cash card untuk main pada sebarang mesin arcade kat sini. Minima reload RM5.80 termasuk GST. Kalau pertama kali beli kad tu, kena beli dengan reload minima RM23.20 dengan 20 kredit dalam tu.

Kami haritu habis dalam RM50 kat sini untuk 2 orang. Ok lah tu kot rasanya.

Sekali reload kena pakai dalam masa 72 jam. Lepas tu, kalau tak habis maka burn lah kredit kat dalam tu. So kalau topup, pergi kira dulu kredit game mana yang korang nak main.


Antara tarikan terbaru dan menarik yang ada di Playtime! Video Games Park di Resorts World Gentingyang terbaru ini adalah satu permainan Virtual Reality (VR), Spacetime Squad. Spacetime Squad ni game korang kena lawan dengan alien untuk selamatkan kawasan korang.

Tak macam game VR lain yang korang akan takut jatuh, game VR kat sini, dia ada safety dia. Korang akan duduk macam dalam 'kandang' yang dalam VR tu jadi macam lift. Jadi hanya perlu pusing-pusing dan tembak alien tu je.


Nampak macho betul saya lawan ngan alien tu. Saya mampu sampai hingga ke tahap ke 3, manakala suami tumpas di tahap 1. Haha. Patutlah saya rasa macam lama semacam je masa main, padahal dia kejap je. Bangga kejap.


Antara lain permainan kegemaran kami berdua adalah permainan macam kat bawah ni. Mungkin jenis pemain game komputer dan PS, suka pulak permainan yang serupa tembak-tembak gini. Selalu main game Dark Escape 4D, game tembak zombie.

4D tu, jangan main-main. Game ni dia siap measure korang punya heart rate, kalau tinggi sangat takut pengsan pulak kan sebab banyak babak terkejut.



Jurassic Park Raw Thrills lebih rileks sikit. Main tembak-tembak jugak, cuma yang tak suka main game scary macam hantu xombie tu, dia mesti suka yang dinosaur.



Basketball ni game fav suami. Dia suka sangatlah dengan benda ni. Saya kureng sikit sebab kan rendah, lenguh tangan nak tryhards nak masukkan bole dalam jaring. Tapi boleh tahan power jugajk score kami bila bergabung.


Paling saya suka dengan game Hocket table ni. Tapi sayang sebab yang ada kat Playtime! sini yang versi mini. Kalau mini macam ni tak boleh ganas-ganas, kang dengan meja tercampak. Maybe nanti deorang akan letakkan yang besar punya. Looking forward to that.


Selalu kalau kami main Bejeweled ni sebab nak habiskan kredit je. Pakai 1 kredit je untuk 1 round. Best juga game ni sebab menguji minda and sangat sesuai lah untuk kami yang suka compete sesama sendiri sebab boleh pilih option untuk challenge orang.



Sebab saya awesome dan hebat, penat-penat lepas main game, dan suami kalah 3 game (tembak zombie dia mati dulu, Spacetime Squad dan Bejeweled score dia sikit), maka dia kena belanja saya gula-gula kapas. Boleh beli kat Jungle Gym di tingkat yang sama.


Waktu operasi:
Isnin- Khamis: 10AM- 12AM
Jumaat-Ahad dan cuti umum: 9AM-1AM

 PlayTime! Video Games Park
 Level 4, Sky Avenue, Resorts World Genting

Till then,

20 comments:

  1. Seronoknya airah dgn husband pun minat game tapi game biasa jee tak boleh yang ada komitment ni hahahah

    ReplyDelete
  2. Husband and wife yang mempunyai minat yang sama..akak ngn cik abg akak kontra..kitorang memang tak sama..bagus la korang sebab boleh berkongsi minat yang sama..umur2 macam akak ni memang tak into games kot...

    ReplyDelete
  3. amboi! kalau dah dapat pasangan yang sekepala lagi memahami memanglah syok. haha. macam couple baru bercinta korang ni. sweet!

    ReplyDelete
  4. woww meanrik tempat ni. nanti nak cuba. #done follow blog sis

    ReplyDelete
  5. Hahaha...gagah betul aihhh laki bini sampai ke Genting oihhh main arcade game! Sbnrnya Sally pun suka arcade game...dulu kalau g shopping mall mmg akan amsuk kat pusat mainan tu haa...hahaha

    ReplyDelete
  6. Wah serasi bersama sungguh, sampai dua2 minat main online game ye. Nampak menarik VR game tu. Bella pun baru pertama kali last week. Seronok jugak. Minat jugak main game arcade lawan2 tu sebab dulu housemate siap buat sendiri game server apa ntah. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnya! Handal juga tu main games. Kalau ciktie main dekat phone bolehla..nak release tension best heheh

    ReplyDelete
  8. Rose pun pantang nampak tempat main macam ni kat mall. Mesti nak singgah main. Jiwa mudalah katakan. Hihihi

    ReplyDelete
  9. Seronok nya dating dengan kekasih hati yea. Banyak jugak games dkt Sky Avenue ni eh, tak sabar nak tggu outdoor theme park nya buka pulak.

    ReplyDelete
  10. Kiddie Air Hockey.. lolz.. is one of my favorite too and how I wish to get the adult one.. seeing your hubby sitting there so cute and funny. I can't wait to get to play there...

    Rach

    ReplyDelete
  11. Bestnya husband and wife spent time buat aktiviti games macam ni. Nampak sweet je kan. Banyak betul games yang ada. Memang tak bosan kalau datang sini.

    ReplyDelete
  12. I suka basket ball.Yg vr I tried jugak tapi kannnn since I ni tak pandai main game so a bit wasted la. Memang seronok game kat resort world

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dapat dating dengan hubby. Tambahan pulak dua2 jenis minat yang sama kan. Tapi nampak best la game kat sini. lebih canggih. Mesti ramai orang tambahan sekarang musim cuti sekolah dah bermula

    ReplyDelete
  14. Such a long time I have not visit their Playtime. It seems 6 yrs ago I step I. I use to be crazy about the gun shooting and basketball.

    ReplyDelete
  15. Ni mmg tempat feveret couple kaki game ni hehehhe. Menarik juga macam2 games ada. Harga standard cuma nampak permainan kat sini agak baru

    ReplyDelete
  16. Weyy! Teringinnya nak main games macam nie. Dahlah eyqa nie hantu games tau!

    ReplyDelete
  17. Biar betul Rm50 korang main semua benda nie? Teringin nak main juga, tapi anak dok tarik ajak main dekat tempat lain

    ReplyDelete
  18. Ni kalau aeysha tengok ni sure dia nak gi ni..dia gan jen memang gila main game2 ni.
    Nanti pergi nak terjahlah tempat ni

    ReplyDelete
  19. Best nyer dating dengan hb kat arked, macam zaman sekolah dulu- dulu kan. Now Genting got so many fun and exciting activities.

    ReplyDelete
  20. It's not the kind of game that would have appealed to a veteran of the arcade game wars. Something that belonged more to the smoky backrooms of a retirement home. Computers, arcades, and arcade games were already broadening my vistas.http://trichefortnite.fr

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^