Saturday, March 17, 2018

Demam Bola Sepak Piala Dunia 2018 di Resorts World Genting

Hai korang.

Piala Dunia 2018 (World Cup 2018) dah nak datang, Resorts World Genting ada banyak aktiviti menarik dari 14 Mei - 17 Julai 2018 untuk korang yang fans bola sepak. Paling best sekali, korang berpeluang untuk berjumpa dengan trio lagenda bola sepak secara live di depan mata.

Menerusi pelancaran "Genting Football Fever 2018", Naib Pengerusi Promosi dan Hiburan Resorts World Genting, Mr. Kevin Tann berkata, "Semasa World Cup, semuanya pasal kemeriahan tentang siapa yang akan menang. Jadi dengan Genting Football Fever, kami juga mahu pelanggan kami untuk memenangi sesuatu.".



Kalau korang nak join Genting Football Fever 2018 di Resorts World Genting, boleh singgah di Arena Courtyard untuk sertai Interactive Football Village, permainan interaktif tentang bola sepak daripada 17 Mei hingga 17 Julai 2018.

Ingat tak tadi saya cakap tentang lagenda bola tu, salah seorangnya adalah Michael Owen, dan lagi dua tu biarlah korang tak tahu siapa, tapi nah saya bagi hint siapa pemain bole lagenda tu. Lagu dia tu bekas penyerang untuk kelab Liverpool, Real Madrid, Manchester United dan team England.

Kalau teringin nak jumpa salah seorang daripada deorang ni, boleh datang ke Resorts World Genting pada 14-16 Jun 2018 sempena dengan pembukaan Piala Dunia 2018.

Dapat video call dengan Michael Owen.


Berita Baik Untuk Pemegang Rewards Card Resorts World Genting

Sempena dengan kedatangan Piala Dunia 2018 di Russia nanti, Resorts World Genting akan memberikan korang peluang untuk ke pembukaan Piala Dunia 2018 di Moscow nanti. Sebanyak 10 Pakej Percutian ke Russia akan diberikan kepada pemenang bertuah.

Bukan itu saja, malah satu pemegang kad GRC yang bertuah bakal membawa pulang sebuah kereta Toyota C-HR 1.8. Dapat kereta pun dah cukup best ni.

Caranya mudah saja, pemegang kad GRC  hanya perlu membelanjakan minima RM500 dalam satu resit di mana-mana outlet terpilih di SkyAvenue dari 1 Mac hingga 30 April 2018 untuk melayakkan korang untuk letakkan nama di dalam kotak cabutan bertuah.

 

Pakej Percutian Genting Football Fever 2018 ke Rusia termasuklah:

- Tiket ekonomi pergi-balik (Kuala Lumpur- Moscow) pada 11 Jun 2018
- Hotel untuk 4 malam
- Pengangkutan dari dan ke lapangan terbang
- Pengangkutan pergi-balik ke stadium
- City tour setengah hari bersama dengan makan tengah hari
- Makan malam selamat datang
- Pemandu pelancong sepanjang berada di sana.
- 1 tiket FIFA Club untuk ke acara Pembukaan Piala Dunia 2018.


Genting Football Fever 2018

Untuk maklumat lanjut:
Contact: 03-61011118
Website: www.rwgenting.com


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^