Saturday, March 24, 2018

MAPS Ipoh: Taman Tema Animasi Pertama di Asia

 Assalamualaikum dan hai korang,

Haritu pulak viral pasal Movie Animation Park Studio (MAPS). Bila baca, macam best je. Walaupun saya orang Utara, tapi belum berkesempatan utnuk datang ke MAPS di Ipoh Perak ni.

Bangga bila tahu yang MAPS merupakan Taman Tema Animasi yang pertama di Asia. Taman tema ini mengandungi lebih kurang  25 tarikan interaktif, 15 hiburan menunggang (rides) dan 6 kawasan taman tema mini.

Nama pun dan Taman Tema Animasi, kat dalam ni ada kawasan tema kecil seperti animasi popular Upin & Ipin, Boboiboy, Megamind dan The Smurfs.


Dari luar, korang boleh beli tiket di kaunter pembelian. Tips: Selalu semak lawan web atau media sosial MAPS untuk sebarang maklumat terkini tentang diskaun tiket atau promo terkini. Haritu dengar harga tiket murah gila masa bulan Mac 2018. 

Makanan dan minuman dari luar sama sekali tidak dibenarkan. Kat dalam tu ada kafeteria, harga pun takde mahal sangat. Kalau ibu bapa yang bawa anak kecil, boleh juga sewa stroller dari kaunter kat luar tadi tu. Ada beberapa jenis stroller.

Konsep di MAPS macam pulau. Korang beli tiket kat tanah besar, dan selepas melepasi jambatan ni, baru sampai di pulau taman tema animasi.


Dah masuk dalam ni, rasa lain terus. Tak rasa macam kat Malaysia dah. Taman tema well-design sebab memang patutnya lah taman tema kena masuk dengan tema yang deorang pakai.

Banyak banggunan yang menjadi hiasan je, tapi lawa juga nak ambil gambar acah-acah macam korang kat luar negara, tapi rupanya kat MAPS Ipoh je. Kebanyakan banggunan menggunakan tema daripada rancangan animasi barat.



Kedai cenderahati merata-rata dalam ni. Nak ambil dan beli gambar keluarga, beli t-shirt, botol air, fridge magnet atau keychain ke, masuk je kedai mana-mana. Semua ada. Kalau mencari barangan cenderahati bertema, cari lokasi kawasan tema dia je, mesti ada jual.

Sebab dalam ni semua lokasi lawa, bawak lah kamera yang banyak memory. Kalau saya datang dengan keluarga memang banyak masa habis sebab nak ambil gambar kenangan dengan lukisan dan design banggunan dia.



Sebab kami satu rombongan tak makan tengah hari lagi, maka kami singgah di Starship Restaurant di dalam MAPS untuk menikmati juadah makan tengah hari. Serious cakap harga dia standard macam makan kat luar, takda mark-up harga pun.

Saya sendiri makan  Captain Fish & Chip, yang dijual dengan harga RM22.50 secara ala-carte. Lagi berbaloi beli secara set dengan 1 air soft drink dan ais krim. Servis pantas dan paling penting, makanan dia sedap.



Lepas dah makan, ingat nak tunggu makanan hadam dulu, baru cuba naik ride yang adventure dan lasak. Maka saya ambil keputusan untuk perlu tengok teater di The Smurfs Theater. Teater kat dalam MAPS ada jadual, pandai-pandailah korang rancang ikut masa tau.

Tema teater ni lebih kurang sama macam jalan cerita dalam filem dia, tapi lebih banyak animasi dan mesra penonton. Ada sesi interaktif dengan penonton, ada efek animasi sikit. Boleh tahan best juga, saya pun jenis yang suka cerita ni.


Dalam Wormholes Technologies ada beberapa tarikan yang akan bermain dengan ilusi warna, ruang dan mata korang. Kita perlu berjalan dalam jalan yang disediakan dan hanya perlu nikmati ilusi yang ada. Menarik juga, pening kepala nak hadam ilusi dia.



Sayang sikit sebab masa saya pergi tu tak ada beberapa tarikan yang ditutup untuk dibaik pulih. Yang macam taman tema di kawasan Dream Zone kebanyakannya tutup sebab ada kerja baik pulih.

Tapi jangan risau sebab ada tarikan aktiviti adventure yang lain yang korang boleh cuba. Saya sempat cuba 4 aktiviti best. Ada beberapa yang saya siap ulang beberapa kali sebab best.

Hyperspin: Buaian terbang.

Asteroid Attack: Ride ni akan pusing 360 darjah. Jangan naik masa perut penuh tau.

The Adventures Bumper Blast: Main bumber car memang yang pertama dalam list.

Centre Stage ni kira macam lokasi utama deorang akan berkumpul kalau ada apa-apa special event. Orang lalu lalang kawasan sini pun deorang akan bagi tahu tentang aktiviti menarik macam teater atau persembahan live yang dah nak mula.



Tengok persembahan di Stunt Legends Arena antara aktiviti wajid yang perlu korang tengok. Hanya ada satu kali persembahan sahaja dalam sehari, so masa datang tu nanti jangan lupa tanya waktu tayangan untuk persembahan secara live.

Tadaaa, muka saya pun masuk channel Stunt Legends.


Konsep dia macam buat pertandingan antara 2 kumpulan. Ada satu kumpulan merah dan satu lagi hijau. Deorang yang professional ni akan melakonkan aksi stunt yang mesti korang pun akan rasa macam "Wow".

Jujur cakap, sepanjang aksi tu, sekali pun saya tak tengok kiri-kanan-belakang dah sebab fokus tengok persembahan deorang yang betul-betuk menarik. MAPS merupakan satu-satunya taman tema yang buat aktiviti stunt macam ni di Malaysia.




Kebanyakan orang yang ahli aksi lasak tu orang Malaysia. Ada berapa kerat orang luar je, tapi bangga lah sebab ada jugak taman tema kat Malaysia ni yang hargai bakat orang kita. Best tengok aksi lagak ngeri deorang ni, taraf antarabangsa.

Jadi kalau rasa nak tonton aksi stunt orang Malaysia, di Malaysia, boleh datang je ke MAPS Ipoh sebab semua benda ada di sini. Siap ada masa akhir persembahan untuk korang ambil gambar bersama dengan personaliti yang terlibat dengan aksi tu.



Sebelum balik tu,nak juga buat benda yang boleh turunkan ke-excited-an saya. Dah daripada naik benda yang lasak dan adventure sampai kepada tengok akti lagak nyeri kereta, kena lah rehatkan minda dengan aktivit yang chill gitu.

Kanak-kanak bawah 12 tahun yang tak cukup tinggi nak naik ride yang lasak tu, boleh datang di Fantasy Forest sebab kebanyakan tarikan yang ada disini memang khas untuk budak-budak. 

Ada juga ride yang macam bawak mereta di atas landasan tinggi khas untuk budak-budak. Yang dewasa pun boleh juga naik. Nama dia Zugo’s Crystal Quest. Tapi saya tak sempat naik tarikan ni sebab sibuk masuk dalam Upside Down Pyramid nak tengok benda unik zaman Egypt.


Dalam Upside Down Pyramid semacam galeri sempanan barangan daripada zaman Egypt dulu. Dalam ni pun ada aktiviti interaktif yang akan menguji minda dan logik akal korang. Menarik juga aktiviti tu, sampai habis nak balik tak dapat settlekan task dia. Haha.


Kan dah cakap banyak post cantik-cantik nak ambil gambar. Lepas tu nampak macam real pula tu.



 Harga tiket:
RM 144 (Dewasa), RM 114 (Kanak-kanak/ warga emas) 
Promo hari Selasa: RM50 sekali masuk.

Waktu operasi:
Isnin- Jumaat: 10AM- 6PM
Sabtu, Ahad dan Cuti awam: 10AM- 10PM

Movie Animation Park Studio (MAPS)
Persiaran Meru Raya 3, Bandar Baru Meru Raya 3,
30020 Ipoh, Perak.
Email: info@mapsperak.com
Facebook: www.facebook.com/mapsperak


Nota: Trip 4 hari 3 malam ke Perak sempena dengan Perak WonderFood FAM Trip pada 6-9 Mac 2018 yang lepas adalah trip yang ditaja oleh Gaya Travel dan Tourism Perak.

Till then,

20 comments:

  1. Menarik promo hari selasa tu..include PH and school holiday ke ek? Nak bawak my kids pergi la nnt..seronok tengok byk tempat menarik..

    ReplyDelete
  2. menarik tempat ni, tapi belum pernah sampai. InsyaAllah kalau ada peluang nak juga rasai pengalaman macam sis rasa. thanks share info. :)

    ReplyDelete
  3. Wah seronoknya. Semakin maju Ipoh. Nanti kena buat rancangan untuk ke Ipoh pula.

    ReplyDelete
  4. Nak pergi.. nampak so amazingly nice.... Terasa nak plan trip ke perak sekarang jugak.. so nice..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah besar juga erk tempat ni , macam best ja. Teringin nak pergi tapi entah la bila dapat pergi.

    ReplyDelete
  6. Bila lah dapat pergi MAPS ni dah lama mengidam tapi kita nak pergi time semua taman dah siap kat sini hehehehe nak bawa family ker sini tapi macam tak sesuai untuk orang tua lak...

    ReplyDelete
  7. Fuyyo! Memang nampak meriah gila taman tema ni! Sedihnya belum pernah sampai lagi. Mampu tengok je dulu gambar2 kemeriahan MAPS dari kawan-kawan. Huhu...

    ReplyDelete
  8. Menarik! Kawan pun dah ada pergi. Sangat teruja nak pergi jugak nanti.
    Nampak besar betul tempatnya but nampak sunyi juga buat masa ni. Mungkin masa holiday akan pack kan. Okla ada 1 kat Malaysia, tak payah susah-susah pergi luar negara. So kalau nak pergi kena pergi hari selasa. Murah ckit. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Memang menarik tempat ini. Kalau Adam dan Alif pergi mau taknak balik KL. Kena buat planning cantik klu pergi sini. Baru puas hati dan anak2 gembira.

    ReplyDelete
  10. Bestnya dah sampai movie animation park studio ni. Cantik lah tempat ni. Teringin jugak nak pergi bawa anak-anak. Tapi harga tiket tu mahal jugak yer.. Huhu..

    ReplyDelete
  11. Alaaaaaa....bestnya..first time akak tau pasal taman tema animasi ni..nampak sangat ketinggalan kan...nak kena pergi ni..nak ajak adik and family...tiket pun boleh tahan tu ha

    ReplyDelete
  12. Airah dah dua kali juga la masuk sini hahaha nak tunggu full bukak semua permainan je

    ReplyDelete
  13. wah menarik aksi stunt kereta, nanti setel komitmen next year nak join trip pula hehe. bagus lah dah ada taman tema animasi pertama di asia.bila pulak nak ada kat KL, Perak macam jauh pula tak pasti sama ada dapat sambutan atau tidak. thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Dah lama janji nak bawa anak2 ke sini tapi tak berkesampaian lagi. Harap satu hari dapt singgah kat sini. Support taman tema kanak2 yang menjadikan kartun malaysia sebagai inspirasi

    ReplyDelete
  15. Eh nampak best lah tempat nih. Ada smurf juga. Bukan kata anak anak saja yang mak pun teruja tengok

    ReplyDelete
  16. Bestnya tgk tempat dia yg luas kalau bwk budak2 memang sukalah tu

    ReplyDelete
  17. Oh my this is so fun for the kids! I wish I could bring my nephew and niece here but it is a little far for me- but nonetheless the layout here looks amazing. Will definitely try to bring the little ones once they are a bit bigger.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum zayani, Phewww... lokasi yang nak pergi tapi takkan main game2 yang buat kepala terbalik atau pusing-pusing tu, serammmmmmm! Haha..lagi-lagi yang Asteroid attack tu. Sumpah taknak naik dah. Tapi onie respek bagi sesiapa yang berani naik benda tu. Terbaik. InshaAllah one day akan ke sana. hehe...Tq zayani, sudi tinggal jejak di komen onie, mohon maaf kerana lambat membalas kunjungan ini ya. <3

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum zayani, Phewww... lokasi yang nak pergi tapi takkan main game2 yang buat kepala terbalik atau pusing-pusing tu, serammmmmmm! Haha..lagi-lagi yang Asteroid attack tu. Sumpah taknak naik dah. Tapi onie respek bagi sesiapa yang berani naik benda tu. Terbaik. InshaAllah one day akan ke sana. hehe...Tq zayani, sudi tinggal jejak di komen onie, mohon maaf kerana lambat membalas kunjungan ini ya. <3

    ReplyDelete
  20. wahhh menariknya zayani! Ika tak sabar nk pi ni. Teringin nak naik semua benda. Belum pernah jejak kaki lagi ni.Alaaa tiket agak mahai la! lain le kalau orang sponsored. Boleh le pi secepat yang mungkin hehhe.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^