Sunday, April 22, 2018

Review Buffet Ramadhan Restoran Arina Skyview

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Bulan Ramadhan dah nak datang, mesti ramai orang dah mula cari lokasi untuk berbuka puasa di luar bersama dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya sendiri pun tengah cari lokasi yang menarik dan romantik nak berbuka bersama suami.

Restoran Arina Skyview yang terletak di tingkat 20, Menara Arina di Kuala Lumpur merupakan pilihan pertama kalau nak datang bersama suami. Suka dengan konsep mereka yang tak terlalu ramai orang dan lebih privasi.

Ye lah, nak dating berbuka, tak best kalau ramai sangat orang. Sebab tu saya suka kat Restoran Arina Skyview sebab lokasi ini limited, hanya boleh memuatkan seramai 200 orang sahaja dalam satu-satu masa. Best kan?


Selain daripada hidangan buffet Ramadhan yang dihidangkan dengan konsep "Iftar in the Sky", mereka juga turut menyediakan kemudahan untuk pelanggan mereka. Ada parking kereta (RM3 per entry), surau yang luas dan tandas.

Lebih menarik lagi, sepanjang bulan Ramadhan nanti, Restoran Arina Skyview siap bawakan Imam untuk solat jemaah Maghrib, Isya' dan solat Tarawih di surau mereka. Awesome!

Bukan senang nak jumpa restoran dengan permandangan sekeliling Kuala Lumpur dengan harga buffet yang berpatutan macam ni. Tak percaya? Tengok gambar kami kat bawah, siap ada KLCC kat belakang. Malam-malam memang lawa.


Tahun 2018 merupakan tahun ke dua Restoran Arina Skyview mengadakan buffet Ramadhan, dan pada tahun ini menu masakan disediakan oleh Chef Sabirin Mohd Yusof dan pasukan masakan beliau dengan menu bertemakan masakan Melayu.

Suka dengan kombinasi menu yang simple, tapi semua sedap dan wajib cuba kalau datang berbuka nanti. Terasa keaslian masakan chef yang berpengalaman dalam masakan Melayu.


Selalu kalau datang buffet kebanyakan menghidangkan kambing bakar dengan sos BBQ atau black pepper biasa, tapi di Restoran Arina Skyview, korang boleh merasa Kambing Bakar yang telah diperap dengan herba resepi rahsia yang tak perlukak sos untuk rasa rempah dia.

Alang-alang dah ambil kambing bakar tu, boleh cuba sekali dengan Nasi Arab bersama dengan Ayam Panggang dia sekali. Ayam dan kambing tu, saya jamin, sekali cuba pasti nak lagi.




Restoran Arina Skyview pada buffet Ramadhan tahun 2018 menghidangkan seleksi makanan Melayu. Ye lah, kita Melayu ni campar kat mana pun, akhir sekali cari juga nasi putih dengan lauk.

Antara lauk menu masakan Melayu yang akan dihidangkan pada buffet Ramadhan nanti adalah:

1. Sambal sotong: Rugi datang sini tapi tak makan, sambal sedap, sotong fresh dan pedas just nice.
2. Udang goreng kunyit: Menu simple, tapi cepat habis. Kalau datang, kena cepat ambil.
3. Ayam masak kurma: The best! Menu yang paling saya suka. Kurma cukup rempah, kuah tak terlalu cair dan sedap macam masakan nenek saya.
4. Rendang daging: Jangan cakap lah, makan dengan pulut atau ketupat mesti sedap.
5. Gulai kepala ikan: Gulai dia memang kaw habis, sedap sangat!.
6. Sayur campur: Siapa suka cendawan, kena ambil. Menu simple, tapi sedap juga.




Rugi pula kalau datang makan buffet tapi tak merasa nasi dan seleksi lauk yang dimasak oleh chef yang sangat berpengalaman dalam masakan Melayu.



Antara bahagian hot yang susah nak jumpa kat kebanyakan buffet adalah Stall Aneka Ulaman Kampung. Cakap lah ulam dan kerabu apa yang korang nak dan selalu makan, inshaAllah ada kat sini. Ada Ulam, Pecel Kampung, aneka sambal kampung dan aneka kerabu.

Selalunya kalau pegi mana-mana buffet kerabu dia jenis yang biasa saja kan, tapi di Arina Skyview, korang dapat rasa kerabu rare, Kerabu Mangga Sotong dan Kerabu Perut. Sedap ke tak, korang kena datang rasa sendiri.


Lagi satu yang best disini, bermacam juadah Kuih Melayu dan Nyonya ada disini. Antaranya seperti karipap, seri muka, bakar kemboja, kaswi, caramanis dan puding. Ais krim pun ada tau!

Jangan risau, peminat setia pulut boleh juga makan Bubur Pulut Hitam dan Bubur Lambok. Suka dengan bubur dia yang tak kedekut isi. Makan bubur ni, memang mengunyah sebab ada macam-macam. Tak makan nasi pun kenyang.


Paling saya boleh pengsan, bila dapat Pengat Durian yang dihidangkan bersama dengan pulut. Tahu tak, betapa lama saya mengidam nak makan kuah durian ni. Jujur cakap, sedap, saya siap tambah 3 kali sebab sedap. Tah berapa kali deorang isi balik kuah tu.



Masa preview haritu, terjumpa dengan influencer Faizdickie yang sama recommend korang untuk berbuka kat Restoran Arina Skyview. Sesuai untuk korang yang mahukan lebih privasi dan lokasi yang tak terlalu crowded.


Harga buffet: RM68.00

ARINA SKYVIEW
Tingkat 20, Menara Arina Uniti,
No. 97, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Contact: 03-40108444

Website: www.arinaskyview.com
Facebook: www.facebook.com/arinaskyview


Selain daripada buffet Ramadhan pada bulan Ramadhan, Arina Skyview Panoramic Restaurant  juga menghidangkan makan tengah hari (Harga bermula RM38), Hi-tea (Harga bermula RM28) dan makan makam (Harga bermula dari RM48). 


Till then,

1 comment:

  1. WoW!!! Memang menarik dapat makan dalam suasana yang penuh romantik dan indah..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^