Thursday, April 5, 2018

Festival Citarasa Makanan Laut Resepi Dari Sri Lanka

Assalamualaikum dan hai korang,

Masakan menu Sri Lanka terkenal dengan tradisi dan sejarah dia yang tersendiri. Kedudukan Sri Lanka yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan mempengaruhi citarasa dan asal usul makanan tradisi mereka.

Makanan Sri Lanka dipengaruhi dengan resepi makanan dari India, Indonesia dan Dutch yang terkenal dengan penggunaan bahan tertentu untuk menghasilkan makanan yang rasa dia kuat dengan penggunaan rempah.

Buffet festival citarasa makanan laut resepi khas Sri Lanka, "Taste of Sri Lanka" bermula pada 2 April hingga 30 April 2018 di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel.

 


Salah satu makanan biasa orang di Sri Lanka adalah makanan berasaskan ketam. Menu Ketam Sri Lanka terkenal dengan kesedapan, keaslian dan kelas dia yang tersendiri. Menu Ketam Sri Lanka akan menjadi menu highlight sepanjang April 2018 disini.

 

Menu pertama saya rasa adalah Lasagna Ketam. Pada mulanya saya taj tahu yang lasagna ini berintikan ketam sebab nak makan lasagna dulu, tapi bila dah ambil dan rasa, terus terasa ketam tu. Jatuh hati dengan menu ini sebab chef dia tak kedekut ketam.



Untuk korang yang tak boleh hidup tanpa nasi, boleh cuba seleksi menu buffet yang dimasak oleh chef jemputan dan pakar masakan Sri Lanka, Chef Mohan. Antara menu yang korang wajib cuba adalah Fishm Ambul Thiyal with Gravy, Prawns Mellum dan Chicken Kalupol Curry.

Yang Prawns Mellum udang seriously sedap, Texture dia macam sotong celup tepung, tapi rasa dia macam udang tepung kari masam sikit. Susah nak terangkan rasa dia macam mana, sebab sedap sampai tak terucap dek kata.



Antara menu hot yang ramai orang puji sebab sedap adalah Brinjal Moju ↑. Pada mulanya memang tak nampak rupa dia macam terung langsung. Tapi, sedap. Tak rasa macam terung sangat. Terung tu dia rebus sampai lembek dan dimasak dengan kuah sambal masam.

Satu lagi highlight best di buffet ini adalah seleksi Deep Blue Seafood pada kotak ais. Makanan laut mentah ini korang boleh makan macam tu je, atau rebus dengan air panas. Nak lagu kreatif, boleh minta chef campurkan dengan kuah kari ketam.

Seleksi Deep Blue Seafood: Salmon salai, tuna, udang, mussels, isi ketam, King Crab Claw.



Kari Ketam Resepi Khas Sri Lanka

Untuk korang yang rasa macam nak sesuatu yang extra dan lain daripada yang lain, Kari Ketam Sri Lanka adalah masakan yang wajib korang makan disini. Best sebab boleh makan ketam tanpa had sampai kembung perut. Saya dan suami tak makan nasi dah sebab makan ketam ni je.

Specialnya masakan ini, sebab ketam dia besar-besar, macam lobster. Puas hati nak kopek dan makan. Lepas tu ketam tu direbus dengan air supaya dapat isi yang lembut sebelum di campur dengan kuah kari asli Sri Lanka.


Nampak sedap kan? Memang sedap pun. Masih terasa kemanisan ketam tu.


Kalau katakan korang rasa bosan sebab semua menu makanan laut terutamaya ketam je, jangan risau sebab makanan lain seperti ayam panggang dan ikan pun ada juga. Menu buffet yang biasa dihidangkan oleh Big Apple Restaurant pun ada.


Kalau dah merasa masakan dari Sri Lanka, tak sah pula kalau tak merasa pelbagai juadah manisan. Seperti kaum India, mereka juga ada banyak manisan yang selalunya diberikan kepada orang sebagai tanda menyambut dan menghargai seseorang tu.

Antara manisan yang korang patut cuba adalah:
Gulab jamun, payasam, laddu, carrot hawa, kesari dan buffalo milk yogurt with palm sugar.





Lagi best, special semasa Festival Makanan Laut Sri Lanka, pengunjung boleh merasa air teh Sri Lanka daripada syarikat jenama teh popular Sri Lanka sendiri, Teh Dilmah. Saya dah rasa, teh Dilmah memang rare dan unik, unblended Ceylon Tea.


Waktu buffet:
Makan tengah hari Isnin-Jumaat: 12PM-2.30PM
Makan malam setiap hari: 6.30PM-10.30PM
Sabtu & Ahad Hi-Tea: 12.30PM-4.00PM

Harga buffet:
Dewasa (RM98.00), Kanak-kanak (RM41.00)

Big Apple Restaurant
Level 14, Berjaya Times Square Hotel,
1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Contact: 03-21178000


Till then,

24 comments:

  1. Allahu... Buka blog sana citer pasal makan. Blog ni pon pasal makan jugak. Kecur ailio dibuatnya. Sedap nya ketam. Besar-besar pulak tu. Memang puas makan ni. Dah lama tak makan ketam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk musim bulan puasa memang gini kak :D

      Delete
  2. Sis pernah makan makanan sri langka ni kat Taman Tun..memang sedap n boleh di terima tekak.
    Nanti boleh lah cuba kat sini pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam mana yang tak sedap kak. Peminat suka la ni.

      Delete
  3. Serius sedap ketam tu kan?

    Aku pernah makan kot kat hotel lain masakan Sri Langka ni, sampai sekarang teringat.

    Nak makan lagi dan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam tu biasa, tapi bila dia masak ketam dengan kuah hari dia, pergh.

      Delete
  4. Ya allah..kenapa la tengok entry ni time makan macam ni..kuat bunyi perut akak..amboii zayani...bukan main eh..dia tayang ketam plak ni...biasa dia ni...harga buffet dia pun murah la..ketam tuuuu....oh myyyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada promo haritu kak lagi murah. Sedpa pulak tu ketam, boleh makan unlimited.

      Delete
  5. Bestnya sis dpt makan ketam besar mcm tu. My turn will be this Monday. But going to cover their vegetarian food 😅 harga dia boleh tahan berpatutan utk ketam sebesar itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kt sana sedap-sedap, dengan harga worth sangat kan.

      Delete
  6. Terus tetiba rasa lapar sebab nampak ketam besar2 kat sini. Nampak sedap2 hidangan Sri Lanka ni. Dilmah tea ni pernah minum sebab kekadang ada provide kat hotel. Laddu tu kalau cerita Bollywood selalu la ada makanan ni. Dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham ada. Kareena Kapoor panggil Hritik Roshan tu 'Laddu'.

    ReplyDelete
  7. Suka makan ketam tapi sebab susah nak menikmati isi dia tu so selalu lupakan niat. Nampak menarik menu Sri Lanka ni. Teringin nak cuba juga lasagna ketamdan terung tu. Pernah masak ikan ala Ceylon ni. Sedap juga resepinya

    ReplyDelete
  8. Wah.. macam bestnya... Nak makan makanan laut...

    Sekarang pergi dinner makan..

    ReplyDelete
  9. Terus berdondang sayang perutku tengok makanan. Alahai sedapnya.. mommy belum pernah makan makanan sri lanka. Teringin nak cuba juga

    ReplyDelete
  10. Kalau Sri Lanka ni Ala-Ala masakan Indian food la kan. Fuhhh mesti terangkat dengan rasa rempah mereka kan.

    ReplyDelete
  11. This special menu is amazing... Who wouldn't want a whole variety of crabs cooked with different styles... I would definitely love to try them all out.. Hopefully, I can drag along a few friends of mine...

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam wr wb.... enak nih menu SriLangka. Banyak pilhan rasanya. Mihat foto foto di blog ini, eike jadi lapeeerr....

    ReplyDelete
  13. look at that crab and seafood corner.. grab my attention the most.. lolx.. really love to eat seafood and of course the rest of the food looks great and making me drooled to the mac on my hp.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Tak pernah cuba lagi masakan Sri Lanka ni. Teringin nak cuba sebab nampak sedap lagi ketam gemuk tu.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. Dah cuba makanan sri lanka ni. Tp bukan kat sini la. Masa tu kt sheraton imoerial kl. Boleh tahan sedap

    ReplyDelete
  16. I love seafood terutama sekali ketam.. mmg fav sgt..terliur tgk foods tu..byk pilihan dan manarik hidanganya

    ReplyDelete
  17. Omg omg omg... so kejam :D Now you make me hungry again. I have tried Sri Lankan food before and love it. The Lasagna Ketam is very special and unique.

    ReplyDelete
  18. Pernah makan masakan macam ni memang puas hati. Seafood dia juga sangat sedap citarasanya. Kalau buat jamuan memang terbaik lagi2 berama family ramai/ramai

    ReplyDelete
  19. ya ampun. awak tahu tak betapa sukanya mak dengan indian (or srilankan) punya manisan especially gulab jamun! tak makan nasi pun tak apa!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^