Potensi Pelancongan di Bagan Datuk Bersama Timbalan Perdana Menteri

Selamat sejahtera semua.

Baru-baru ini, saya telah dijemput untuk menghadiri Hari Pelancongan MITA (MITA Tourism Day) anjuran bersama Malaysia Inbound Travel Association (MITA) dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) di Bagan Datuk, Perak.

Dah alang-alang memang berada disana untuk Program Road to Agro Tourism Siri 5. Lagi pula, Majlis diserikan dengan kehadiran orang Bagan Datuk sendiri, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Karnival Hari Pelancongan MITA diadakan bagi mempromosikan produk kraf dan makanan yang berasaskan kelapa dan pelancongan yang popular di Bagan Datuk selain daripada membantu kira-kira 30 usahawan sekitar Bagan Datuk.



 

Antara slot menarik pada MITA Tourism Day tempoh hari adalah slot Sembang Santai bersama Timbalan Perdana Menteri yang membincangkan isu industri berasaskan kelapa dan pelancongan agro di kawasan Bagan Datuk.

Dari sini baru saya tahu yang Dato' Seri memang betul-betul komited dalam usaha nak membangunkan kawasan Bagan Datuk untuk dijadikan satu lokasi pilihan pelancong khususnya pelancongan asing daripada China.



Memetik ucapan daripada YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zahid Hamidi pada slot sembang santai mengenai usaha kerajaan dalam membantu industri pelancongan berasaskan kepala di Bagan Datuk adalah:

1. Memperuntukan sejumlah RM 500,000 kepada badan dan persatuan yang membantu menaikkan sektor pelancongan di Bagan Datuk;
2. Insentif RM100 akan diberikan kepada orang yang berjaya membawa pelancong dari negara ASEAN untuk bercuti di Bagan Datuk (dengan syarat mereka perlu menjadi ahli berdaftar);
3. Idea perasmian hub pelancongan di Pulan Sembilan, Blue Tears dan Sky Mirror.


Produk yang menarik perhatian saya semasa berada di MITA Tourism Day tempoh hari adalah:

1. Dodol Meletu dan Lee Che Kang Bagan Datuk Ori (Jaid Industri: 013-5014044)
2. Kuih Bulan dan Coklat Buatan Tangan (Sri Ayu: 019-5002004)
3. Kraftangan Bagan Datuk (Isa Kraftani: 011-26393723)
4. Tembikar, Labu Sayong (Koperasi Industri Kg. Tanjong Bidara: 019-4223349)





Sempat saya bertanya kepada YAB, pentingnya peranan MTC dalam membuktikan bahawa industri pelancongan agro mampu menjadi tunjang kepada sektor pelancongan di Malaysia. Saya sendiri percaya bahawa Bagan Datuk dan industri agro-pelancongan mampu pergi lebih jauh.

Pentingnya untuk jayakan pelancongan agro yang membantu untuk menjana pendapatan kepada penduduk sekitar selain daripada memperkenalkan produk pelancongan dan keindahan bumi Malaysia kepada orang luar.

Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS