Wednesday, May 30, 2018

Berbuka Puasa Blogger Bersama Pacific West

Hai dan salah sejahtera korang,

Terima kasih saya ucapkan kepada Pacific West dan PC Studio kerana sudi menjemput suami dan saya untuk berbuka puasa tempoh hari. Best event ni sebab PR mereka semua friendly dan memang hargai blogger.

Baru-baru ini, Pacific West dengan kerjasama Kafe PC Studio telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama dengan rakan blogger dengan tema "A Get-Together Dinner with Pacific West". Kerjasama ini diadakan sebab alang-alang PC Studio ada melancarkan menu Ramadhan mereka.



Jenama produk makanan laut, Pacific West baru- baru ini telah memenangi Anugerah Best Innovative Seafood Product di Asia Halal Brand Awards 2017. Susah tau nak menang anugerah ini sebab diadili oleh JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan Entrepreneur Insight.


Pada malam berbuka puasa bersama dengan Pacific West, kami telah dijamu dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan oleh pihak kafe, dengan menggunakan produk dari jenama Pacific West seperti ikan, udang dan sotong.
 
Ada total 5 menu menggunakan produk Pacific West yang telah diperkenalkan. Memang saya sebagai peminat makanan laut yang jenis tempura suka dengan menu dan produk mereka. Sebab sedap dan puas hati punya pasal, balik tu saya pergi cari jenama ni kat pasar raya.

Makanan Ringan untuk alas perut sementara tunggu main dish:

1. Tempura Fish Cocktails Egg Mayo Bites,
2. Salt & Pepper Squid with Shredded Cucumber,
3. Tempura Prawn Salad Cup.



Pembuka Selera: Tomato Bruschetta

Dia bakarkan roti baguette tu sekali dengan tomato ceri kat atas dia. Lepas keluar oven, chef tu letak sos balsamic vinaigrette untuk naikkan lagi rasa masam-pedas dia.


Salad: Som Tam Salad with Tempura Calamari Rings.

Som tam sedap betul walaupun makan ratah gitu je. Salad betik hijau tradisi Thai ini dihidangkan sekali dengan sotong tempura. Sotong ni dia pakai jenis sotong katak, jadi besar-besar betul.


Soup: Mushroom Soup


Main Course: Oven Baked Fish Fillet with Flavoured Rice. 


Paling suka dengan menu ni. Pandai chef dia olah menu letak keju kat atas dia. Makan Fish Fillet sahaja pun dah kenyang. Tips saya makan, saya akan rasa ikan tu dulu barulah makan dengan nasi. Masa ni lah nak rasa sedap dan fresh ikan tu macam mana.

Tak sangka ikan sejuk beku jenama Pacific West sedap. Terasa isi ikan dia yang banyak tu, kan setengah jenama terasa tepung je lebih. Lepas tu, senang sangat cara nak masak dia, tak payah tunggu cair. KEluar peti ais, terus goreng.



Tentang Pacific West

Sejak dari kewujudan mereka di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah terkenal sebagai satu jenama makanan laut yang menawarkan produk makanan laut yang segar, mudah dan berkualiti. Ramai pengguna dan ahli keluarga mereka yang suka dengan produk ini.

Produk Pacific West boleh didapati di mana-mana pasaraya besar dan pasar raya sendirian berhad diseluruh Malaysia seperti di Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi.


Untuk maklumat tentang Pacific West,
Website: www.pacificwestfoods.com
Facebook: www.facebook.com/pasificwest.my

PC Studio Cafe
G-01, Ground floor, Block A, Damansara Intan,
No.1 Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 03-74967444
Website: pcstudiocafe.com


Till then,

19 comments:

  1. sedap kan makanan dia, kak lily sampai tak habis-habis nak makan sebab portionya besar, finger food pun sedap gak tau

    ReplyDelete
  2. Bestnya Pacific West appreciates bloggers and fetes you guys to such a scrumptious dinner! If only more corporate companies are as appreciative nd generous!

    ReplyDelete
  3. mmg suka dgn produk pacific west...syok dpt bebruka dgn menu hidangan dr pacific west..tgk menu2 tu yummyyy...suka tempura prawn & calamari

    ReplyDelete
  4. dah lama kan dipasaran.saya suka tempura dari pasific west food ni..Bulan puasa ni,beli je dalam kotak ni.Makanan untuk sahur atau berbuka pun senang nak disediakan.

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok menu dia. Ada rezeki nanti kalau sempat boleh berbuka disini. Suka tengok muka zayani comel sangat hihi

    ReplyDelete
  6. Memang suka frozen food Pacific West ni, kalau akak beli memang selalu simpan stok lepas tu masak waktu sahur, xyah makan berat2 kan

    ReplyDelete
  7. wah! haritu cuba produk ni boleh tahan sedapnya1 tahan lama juga cuma kadang dekat mydin macam takde harap nanti dapat diperluaskan

    ReplyDelete
  8. Penah join event memasak Pacific West..suka product diorang memang sedap..banyak memudahkan pacific West ni..akak suka fish fillet dia yang siap ada cheese tu..sedap betul..calamari dia pun best..best la Zayani berbuka kat sini..

    ReplyDelete
  9. I like their fish and chip.. It's great to berbuka puasa with pacific west.. selamat hari raya soon..

    ReplyDelete
  10. I always love Pacific West products especially the dory fish and tempura. Never know they have organised buka puasa seem nice the food.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat makan diraikan dengan Pacific West kita tak sempat nak join hehehe makanan pun sedap-sedap kita suka produk mereka bagus...

    ReplyDelete
  12. TB tak pernah lagi try makan frozen food Pacific West ni sebab TB jarang beli frozen food, selalunya hubby yang rajin beli.. mungkin nanti boleh pesan dekat hubby mintak belikan brand yang ni.. mana tahu kena dnegan selera kita.. heee

    ReplyDelete
  13. Simple yet mengenyangkan dan berkhasiat. Suka dengan produk pacific west nie. Memudahkan org yg busy utk menyediakan mknn yg mengenyangkan dan cepat utk dimasak

    ReplyDelete
  14. Menu di food Pacific West terlihat best di foto2 dan reviewx nih. Senangnya bisa buka bareng disini bersama teman teman blogger. Hhmmm yummy dech....

    ReplyDelete
  15. Wowww, emi pun ada dapat jemputan ni tapi tak dapat datang sebab ada hal haritu. Btw pacific west memang jenama kegemaran emi utk produk frozen macam ni.

    ReplyDelete
  16. Wahh hutungnya dapat invitation dr pasfic west.
    Sis pernah gak beli produk diorg ni..ok lah..not bad gak lah makanan diorg

    ReplyDelete
  17. Betul..pacific west mmg sedap...
    Saya pun suka baked fish dia tu
    Sedap gilos

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^