Saturday, May 12, 2018

Koleksi Tudung Raya 2018 dari Tracync ft Swarovski

Hai korang,

Sekejap je dan nak masuk Ramadhan, then Syawal. Mesti ramai orang yang dah mula mencari busana untuk Hari Raya nanti, tak kisahlan untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Kalau korang peminat setia tudung bawal macam saya, teruskan membaca :)

Pada 13 April 2018 yang lepas, jenama tudung terkenal Tracync telah melancarkan koleksi raya yang bertemakan "A Tale of Spring". Koleksi ini menampilkan 24 rekaan tudung bawal yang bertahtakan kristal daripada Swarovski.


Tracync Scarves

Tracync Scarves diwujudkan sejak dari tahun 2014 oleh seorang pereka muda, Tracy Yong yang memang berpengalaman dalam mereka dan menjual hijab dengan menggunakan batu kristal Swarovski Elements yang asli.

Jenama ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah telah menempah nama hingga ke Timur Tengah terutamanya negara Arab kerana keunikan rekaan dan kesopanan koleksi tudung Tracync.


Untuk menghasilkan rekaan tangan yang unik, moden dan semestinya cantik, Tracy menggunakan teknik jahitan kemas untuk jahitan di setiap tudung dari jenama ini. Lebih unik lagi, setiap rekaan yang dikeluarkan oleh Tracync merupakan 100% buatan tangan.

24 rekaan tudung sempena dengan Lebaran 2018 diambil daripada konsep geometri dalam musim bunga. Kalau korang perasan, antara rekaan Tracy dalam jenama iini adalah diinspirasikan oleh Sari India, Lily-of-the-Nile (bunga Agapanthus) dan motif banggunan di negara Arab.







Saya suka dengan pemilihan warna dalam koleksi ini yang menaikkan seri elemen batu kristal daripada Swarovski. Pemilihan warna pastel juga boleh memeriahkan perayaan Hari Raya Aidil Fitri bersama dengan keluarga.

Walaupun menggunakan banyak warna asas dan basic, tapi yang penting adalah keunikan, idea buatan tangan dan rekaan yang edidi terhad ini memang lawa-lawa. Raya nanti, dah tahu nak pakai tudung dari siapa.



Selain daripada menjual hijab, Tracync turut menjual koleksi brooch dan pin hijab.

Untuk korang yang berminat untuk dapatkan koleksi Raya 2018 "A Tale of Spring" dari Tracync, boleh singgah je butik mereka atau beli secara dalam talian melalui maklumat dibawah:

 Tracync
The Twiq Label Boutique, Bangi Sentral, Bangi.
Website: www.tracync.com

Facebook: www.facebook.com/tracyncscarves
Instagram: www.instagram.com/official_tracync


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^