Koleksi Tudung Raya 2018 dari Tracync ft Swarovski

Hai korang,

Sekejap je dan nak masuk Ramadhan, then Syawal. Mesti ramai orang yang dah mula mencari busana untuk Hari Raya nanti, tak kisahlan untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Kalau korang peminat setia tudung bawal macam saya, teruskan membaca :)

Pada 13 April 2018 yang lepas, jenama tudung terkenal Tracync telah melancarkan koleksi raya yang bertemakan "A Tale of Spring". Koleksi ini menampilkan 24 rekaan tudung bawal yang bertahtakan kristal daripada Swarovski.


Tracync Scarves

Tracync Scarves diwujudkan sejak dari tahun 2014 oleh seorang pereka muda, Tracy Yong yang memang berpengalaman dalam mereka dan menjual hijab dengan menggunakan batu kristal Swarovski Elements yang asli.

Jenama ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah telah menempah nama hingga ke Timur Tengah terutamanya negara Arab kerana keunikan rekaan dan kesopanan koleksi tudung Tracync.


Untuk menghasilkan rekaan tangan yang unik, moden dan semestinya cantik, Tracy menggunakan teknik jahitan kemas untuk jahitan di setiap tudung dari jenama ini. Lebih unik lagi, setiap rekaan yang dikeluarkan oleh Tracync merupakan 100% buatan tangan.

24 rekaan tudung sempena dengan Lebaran 2018 diambil daripada konsep geometri dalam musim bunga. Kalau korang perasan, antara rekaan Tracy dalam jenama iini adalah diinspirasikan oleh Sari India, Lily-of-the-Nile (bunga Agapanthus) dan motif banggunan di negara Arab.







Saya suka dengan pemilihan warna dalam koleksi ini yang menaikkan seri elemen batu kristal daripada Swarovski. Pemilihan warna pastel juga boleh memeriahkan perayaan Hari Raya Aidil Fitri bersama dengan keluarga.

Walaupun menggunakan banyak warna asas dan basic, tapi yang penting adalah keunikan, idea buatan tangan dan rekaan yang edidi terhad ini memang lawa-lawa. Raya nanti, dah tahu nak pakai tudung dari siapa.



Selain daripada menjual hijab, Tracync turut menjual koleksi brooch dan pin hijab.

Untuk korang yang berminat untuk dapatkan koleksi Raya 2018 "A Tale of Spring" dari Tracync, boleh singgah je butik mereka atau beli secara dalam talian melalui maklumat dibawah:

 Tracync
The Twiq Label Boutique, Bangi Sentral, Bangi.
Website: www.tracync.com

Facebook: www.facebook.com/tracyncscarves
Instagram: www.instagram.com/official_tracync


Till then,

Post a Comment

17 Comments

Abby Onety said…
Tudung itu cantik banget euy. Abby suka. Tudungnyabterlihat mewah sekalinyah. Di postingan ini Abby baca klo tudung itu menggunakan batu kristal Swarovski Elements yang asli? Wow banget deh... best sangat nih.
Alia Farhan said…
Cantik la..siap ada swarovski lgi ni..peminat2 bawal mesti suka ni
Nadia Johari said…
Pergh tudung dihias dengan swaroski..nampak cantik..tapi nad tak boleh pakai tudung ni, kang anak menggigit kang..hehee
Qeela said…
waa macam menarik koleksi A Tale of Spring ni yea dari Tracync ni..Qeela bukan peminat bawal tapi not bad jugak nice simple design yet siap swarovski tu fuhh berbling-bling laa raya uolls nanti gituu niceee 😁
Ezna Khalili said…
Cantiknya corak2 swarovski tu. Rasanya hasil tangan Tracy sendiri kan?. Warna tudung bawal tu pun macam-macam warna. Boleh suaipadan dengan baju yang sedia ada.
Mek Onie said…
Phewwwwwwwww, dia punya rekaan tu memang eksklusif jugak tu. Siap bertatahkan belian swarovski lagi...mesti material dia memang terbaikkan..lagisatu dia menggunakan konsep geometrikan...
cantiknya tudung2 rekaan dia..tapi bila ada batu swaroski mmg tudung nampak lebih esklusig, menjadikan pemakainya lebih kelihatan outstanding :-)
Mahamahu said…
Bukan kalau tudung ada Swarovski mahal ker hehehe memang cantik dan bergaya tapi kita tak tahulah orang perempuan pandai lah semua ni kita tahu tengok jer wakakkaka..
Hanny Abdullh said…
Sis suka koleksi bawal Tracync ni sebab color2 dia yang lembut-lembut. Sesiapa yang pakai nampak lembut jugak pada pandangan sis. Nanti boleh rekomen kat kakak2 sis, sure depa suka
Cantik meletop design tudung tu, sangat-sangat cantik!suka tengok hiasa batu diatasnya..warna juga sangat up to date
Rawlins GLAM said…
I love the beautiful and elegant styling of the hijab. Now girls and women will have more choices to choice from and to look beautiful.
Zharif Azis said…
memang eksklusif sungguh hijab2 keluaran tracync nie yer. tambah2 koleksinya yg terbaru nie. mmg cun ! siap bertakhtakan swarovski. mampu milik tak tudung nie Zayani ? *tutup mata*
Mermaid said…
Cantiknya tudung bawal jenama Tracync. 24 rekaan tudung sempena dengan Lebaran 2018 ,Ika lihat sangat exclusive. Kalau pakai waktu first day raya sure cantik sangat.
Mimie said…
Tudung nak pakai time raya tak beli lagi nih. Elok sangat baca entry nih. Nanti boleh terjah lah nak belintudung. Nsmpak cantik dan glamour gitu
Bro Framestone said…
Menarik juga design koleksi tudung mereka... Siap bertahtakan kristal daripada Swarovski... Bila sebut pasal Swarovski, teringat dekat OPPO dorang ada keluarkan edisi terhad cover telefon bertahtakan kristal Swarovski.
CIK TOM said…
cantik2nya design tudung raya dari tracync..rasa berkenan pulak nak beli utk raya jugak..
Lia Hasty said…
Bila dengar je Swarovski terus telan air liur. Duk terbayang berapa lah harga tudung ni yer. Kalau berkemampuan memang boleh beli je. Sekali sekala kan untuk raya.

FOLLOWERS