Friday, May 18, 2018

MBH Medispa Lancar Promo Facial Raya

Hai beautiful!

Pada 3 Mei 2018 yang lepas, MBH Medispa telah melancarkan 4 jenis promo facial khas sempena dengan kedatangan Aidil Fitri nanti. Jangan ingat kalau muka tak ada apa-apa masalah maksudnya dah okay, kadang-kadang kita tak nampak dalam dia.

Korang dijemput untuk dapatkan analisa kulit di MBH Medispa untuk mengetahui jenis kulit korang dan masalah yang korang alami. Kan bagus mencegah daripada merawat kan? Kot muka takda masalah tu nak lagi glowing ke.

MBH Medispa menawarkan pakej promo sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal kepada pelanggan mereka pada tahun ini bermula dari 12 Mei hingga 13 Jun 2018.


4 jenis rawatan khas ini telah dipilih khas mengikut jenis keperluan pelanggan mereka yang sedia ada. Bagus ni buat promo berdasarkan kehendak pelanggan. Ada juga rawatan baru yang diperkenalkan sempena dengan promosi MBH Facial Raya.

Pakej 1: Skin Growth Factor (SGF)

Khas untuk masalah: 
- Jeragat dan pigmentation,
- Kedutan halus dan kasar disekitar wajah
- Liang pori besar dan terbuka,
- Kulit kendur dan berkedut,
- Masalah parut dan tompok hitam.

Pakej 2: Royal Gold Reverse Age Treatment

Khas untuk individu yang berumur 30 tahun dan keatas yang mengalami masalah:
 - Kulit kedut dan garis-garis halus,
- Membuang whitehead dan blackhead,
- Kulit kusan dan berminyak.
- Mengalami masalah kekurangan kolagen yang ketara.


Pakej 3: Youth Skin Plasma (YSP)

Rawatan ini menggunakan darah kita sendiri. Darah yang diproses akan diambil plasma-nya dan dicucukkan dibahagian mana yang nak dirawat. Sangat sesuai untuk masalah jerawat dan parut jerawat berlubang yang teruk.

Terbukti mampu membantu mengurangkan kulit muka berminyak dan parut berlubang. Bilangan rawatan akan disarankan selepas konsultasi.

Pakej 4: Super Crystal Glow

Rawatan ini disarankan untuk korang yang tak ada apa-apa masalah kulit. Sesuai dilakukan secara berkala dengan 3 bulan sekali untuk maintainkan hasil rawatan. Rawatan ini akan membuatkan kulit nampak lebih cerah dan glowing dan sesuai untuk semua jenis golongan jantina.

Hasil kulit individu yang pernah menjalani rawatan MBH Facial Raya.


Selain daripada pelancaran 4 tawaran Facial Raya, MBH Medispa turut melancarkan beberapa produk kosmetik,  yang terdiri daripa produk penjagaan kulit wajah, kosmetik dan produk penjagaan kulit kepala dan rambut.

Antara produk yang turut dilancarkan pada majlis pelancaran tempoh hari adalah:

- Travel kit pack Skincare,
- Invisible Finish Foundation,
- Skin Hydrator,
- Skin Exfoliator,
- Hair Fertilizer Essence,
- Hair Youth Plasma.

Produk diatas adalah hasil keluaran MBH Haircare, MBH Cosmetics dan MBH Dermacare.



Love,

11 comments:

  1. Nanti boleh la ajak mak dan mama pergi buat sebelum raya ��

    ReplyDelete
  2. wah. spa before raya. best nyer. indah nyer.
    lega muka kita.
    aida da lebih 3 bulan tak jejak spa tau.
    me time yg sgt gojes.

    ReplyDelete
  3. wahhhh ada banyak pakej. lama dah ni tak buat facial. nanti bolehlah pergi. muka dan banyak white head naik dah ni. lama sangattt tak pergi facial.

    ReplyDelete
  4. Bestnyer la spa. Kalau ada masa boleh la memanjakan diri sebelum raya. Mestilah nak kelihatan menarik dan kulit nampak sihat di musim perayaan kan?. Kena slot juga masa untuk diri kita sendiri ni.

    ReplyDelete
  5. Hari raya ramai lah anak dara yang cantik dan menawan hehehe boleh lah nanti singgah rumah wakakak. SPA ni orang laki boleh guna tak...

    ReplyDelete
  6. nak jugak cuba yg ini.. I love doing facial at home tapi product2 bukan nya murah pun.. so now more on hunting tempat buat facial... this seems like something new i should give it a try... Tak jaga nanti dah tak firming firming dah... thanks babe for sharing!!

    ReplyDelete
  7. Makin flawless lah Zayani lepas nie. Suami pon makin sayang. Dari dulu nak cuba rawatan di medispa nie. Tp xdtg2. Bila ntah Dr tu nak reschedule. Anyway, teringin cuba yg darah plasma tu. Tapi takut 😣😣

    ReplyDelete
  8. Uishh, awk dah cantik n kulit muka dah licin..lps ni makin bertambah cantik moleklah zayani lepas ni.Jeles lah sis lepas ni tengok zayani..:) Nak buat jugak lah..hehehe

    ReplyDelete
  9. Inilah rahsia kecantikan dan keremajaan ye. Bestnye kalau dapat pegi buat rawatan kan. Rawlins memang dah tahap sangat-sangat perlukan rawatan sebab usia makin meningkat kan. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Suka tengok packagingnya. Segar, simple tapi menarik! Bagus disediakan kit untuk traveller. Lebih mudah untuk memakai dan semestinya berguna untuk dibawa kan. Makin banyak produk di pasaran sekarang, yang penting kualitinya kita yakin dan kesannya juga selamat dan berkesan. :D

    ReplyDelete
  11. I want to try Royal Reserve Age Treatment . When age catch up and is time to prevent wrinkle and fine lines form up.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^