Friday, June 29, 2018

AirAsia Taja World Electronic Sports Games (WESG)

Hai dan salam sejahtera korang,

29 Jun 2018 lepas, baru saja syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia umumkan yang deorang akan menaja kejohanan World Electronic Sports Games (WESG). Memang AirAsia dah lama tunjukkan yang deorang komited dalam bidang e-sukan.

Kerjasama dengan Agri Mind Sdn Bhd yang termasuk penerbangan dan hadiah wang tunai adalah sesuai dengan komitmen AirAsia untuk menyokong bakat anak muda dan mengukuhkan usaha mereka dalam inisiatif digital seperti e-sukan.


Tentang World Electronic Sports Games (WESG):

WESG merupakan satu kejohanan e-sukan antarabangsa yang diwujudkan pada tahun 2016 oleh Alisports - cabang syarikat Alibaba Group. WESG kini merupakan satu kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul yang terbesar.

Menariknya WESG, merepa ikut style standard Olimpik yang dimana menekankan taraf antarabangsa dan menggalakkan peminat mereka untuk menyertai kejohanan ini. Pemain kejohanan ini dipilih berdasarkan dari pemilihan di peringkat tempatan dan kawasan negara.


Sebagai penaja utama, AirAsia akan terlibat dalam platform digital dan acara WESG di sebuah lokasi di Asean yang akan ditetapkan nanti. Pendaftaran kejohanan ini dibuka kepada umum bermula pada 29 Jun hingga 31 Julai 2018 secara dalam talian.

Sebanyak 10 negara akan terlibat dan mengadakan pertandingan masing-masing secara dalam talian dan diikuti dengan pertandingan peringkat kebangsaan (LAN tournament) pada 1 Ogos hingga 30 September 2018.

Pusingan akhir Asean pula dijangka akan diadakan pada bulan November 2018, manakala pusingan akhir antarabangsa bagi merebut hadiah terkumpul tunai sebanyak USD5,500,000 dijangka berlangsung pada Mac 2019


Untuk mendaftar, boleh layari pautan: 

Untuk sebarang promosi dan maklumat tentang AirAsia, layari:
Facebook: www.facebook.com/AirAsia
Twitter: www.twitter.com/AirAsia

Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^