Kasut Untuk Orang Sakit Kaki dan Pingang di Sunfeet

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Amacam persiapan raya dah siap semua ke? Lepas dapat kasut raya kesihatan daripada Sunfeet International Rehabilitation Centre, maka lengkaplah #RayaHunting saya tahun ini.

Kenapa saya pilih kasut raya daripada Sunfeet? Sunfeet International Rehabilitation Centre memang terkenal dan berpengalaman dalam membantu mereka yang mengalami masalah kaki dan pakar dalam occupational therapy, rehabilitasi sukan, prosthetics, podiatry, orthotics dan fisioterapi. 

Sesuai sangat dengan saya yang sedang ada masalah sakit pinggang dan lenguh kaki. So korang yang nak cari kasut raya dalam pada sama nak jaga tentang kesihatan kaki dan tulang belakang, boleh cuba usha koleksi kat Sunfeet je.



Sunfeet International Rehabilitation Centre diasaskan oleh Mr. Lee Joo Wee demi memenuhi impian bapanya, Mr. Lee Yi untuk mewujudkan satu pusat orthotics dan prosthetics untuk membantu pesakit yang mengalami masalah musculo-skeletal dan kecacatan fizikal.

Menarik lagi, klinik ini merupakan satu-satunya perniagaan klinik kesihatan yang telah diuruskan oleh 3 generasi keluarga sejak dari tahun 1978 hingga kini.

Diuruskan oleh pakar Orthotics, Dato Dr. Edmund Lee, yang juga merupakan pengasas jenama MyORTHO, jenama khas untuk penjagaan kaki pada tahun 2010. Memang bertuah jumpa dengan specialist yang berpengalaman.


Tapak kasut atau lebih dikenali dengan nama English, "Shoe insoles" sangat penting kerana dapat membantu melindungi kaki kita daripada banyak masalah. Tapi selalu kita ambil remeh hal nak jaga kaki sebab kaki je pun kan.

Tahu tak, kaki merupakan kunci kepada banyak masalah tulang belakang. Kalau sakit kaki, sure akan sakit pinggang, tulang belakang dan banyak masalah lagi. Sebab itu penggunaan tapak insoles sangat penting untuk membantu kehidupan seharian kita.



3 Sebab utama kenapa insoles kasut sangat penting:

1. Mengelakkan masalah gangguan kaki

Insoles yang bagus selalunya diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi yang membantu dalam masalah dan keselesaan kaki. Insoles ini membantu menyerap tekanan yang diberikan oleh badan kepasa kaki. Bukan jenis tapak yang kat pasar malam tu ya.

2. Insoles menjadikan kaki korang lebih fleksible dan selesa

Korang boleh dapatkan insoles yang dibuat khas mengikut tapak kaki korang dari klinik kesihatan kaki, Sunfeet International. Selalunya tapak insoles ini lebih tebal dan lebih fit untuk kaki kita. Bukan tapak kaki je selesa, betis dan pinggang pun kurang lenguh. Tak percaya boleh cuba sendiri.

3. Membantu menyelesaikan masalah kaki yang sedia ada. 

Kebanyakan orang bila dah ada masalah, baru nak pakai insoles. Insoles sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah kaki seperti plantar fasciitis, sakit jari kaki, sakit lutut, metatarsalgia, Achilles heel pain, bunions, neuroma dan banyak lagi. Insoles sangat disarankan untuk elakkan masalah kaki. 


Sempena dengan kedatangan Hari Raya AidilFirti yang akan datang, Sunfeet International Rehabilitation Centre menawarkan jualan Kasut dari German and Custom Made Orthotic Insole dengan diskaun sebanyak 10%! 

Kalau rasa korang tak perlukan tapak kasut khas tu, boleh cuba usha kasut kat sini. Saya jamin feeling tapak kasut kat sini memang lain daripada yang lain. Pertama kali jumpa jenis tapak kasut yang selesa dan support macam ni.



Tengok gambar kat bawah kenapa saya cakap selesa. Bukan senang nak jumpa kasut yang fit dengan tapak kaki yang jenis high arch. Selalu arch kasut tak tinggi yang tak boleh support kaki. Lenguh tau pakai kasut bila tapak kaki yang bahagian arch tu tergantung.

Kasut jenama Ortho Lady daripada scheln German ini feeling dia memang lain. Sesuai sangat hadiahkan kepada orang tersayang, atau diri sendiri kalau korang memang pentingkan penjagaan kaki. Harga kasut bermula dari RM200 hingga RM600.




Sempena dengan kedatangan Hari Raya AidilFirti yang akan datang, Sunfeet International Rehabilitation Centre menawarkan jualan Kasut dari German and Custom Made Orthotic Insole dengan diskaun sebanyak 10%!

 Waktu operasi:
 Buka setiap hari, 7 hari seminggu
Masa: 10AM- 7PM

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939

Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational

Till then,

Post a Comment

12 Comments

5 Little Angels said…
The shoes look comfortable. Planning to get a pair for my Mom who is 70+ and always had legs pain.
Betty's Journey said…
I need this so much as I have backbone problem. I need a shoe that can support my feet and my body. I not sure whether my feet condition is normal or not. It will be good if I can get advice from Sunfeet.
Penjagaan kaki tu penting kan sbb kita jalan kaki setiap hari. Nak bawa mak pergi skali utk cari kasut yg sesuai jugak. Terima kasih atas info ni.
apekinahdotcom said…
Kasut macam ni la yang kinah cari. Lama tau kinah cari. Nasib nurul ada share. Kinah memang kalau berdiri lama je mula sakit pinggang dengan lenguh kaki. Bolehlah nanti pergi ke sini. Terima kasih share info
Sebrinah Yeo said…
I've always been contemplating on going for a check one day. This actually helped make me decide better! Thanks
Abby Onety said…
Ini kasut kesehatan ya? Apakah kasut ini sama dengan sandal rematik? Pastinya kasut ini sangat membantu banget bagi yang bermasalah di bagian kaki. Alhamdulillah skg sdh banyak inovasi dibidang kesehatan.
Lia Hasty said…
Banyak baca feedback positif pasal Sunfeet ni. Teringin nak datang sendiri nak tengok sendiri koleksi kasut ni. Kaki pun nak kena rawat dan dijaga bukan kulit wajah je kan.
De Alif said…
Memang inilah yang saya cari-cari selama ini... satu sebab kaki memang jenis kecil dan susah nak cari saiz, secondly sebab tapak kasut kadangkala menyakitkan kaki apabila dipakai lama... melihat kepada material yang digunakan, saya boleh bayangkan kelembutannya apabila dipakai... it's like you could feel the softness (comfortable) just by looking through the picture...
cre8tone said…
best nya ada kasut macam ni untuk orang sakit kaki dan pinggang...boleh lah pergi try sunfeet ni..nampak best!
Sunshine Kelly said…
This one memang good. I went there to do my foot analysis before and i would suggest everyone should go to check to know and understand about our own feet.
Ruby said…
Akak pun cari solusi utk bantu masalah sakit kaki. Sebab kita nampak sakit tu simple. Ala nanti bleh urut. Sebenarnya kalau kaki dah mula sakit, cramp, sejuk. Semua berkait dengan tulang belakang. Kalau lakukan MRI, mungkin anda ada Slip Disc. Walaupun bukan pramugari. Sakit tu pasti ada sebabnya. So nak jaga kaki dan tulang belakang. Better dapat kan insole Sunfeet dan rehat skit dr aktiviti abnormal. Hehe
nafisa said…
sy sedang mencari kasut yang sesuai.
sy merana sakit tumit sekarang.
hopefully sunfeet ada diskaun ya!

FOLLOWERS