Beat The Heat Dengan Daftar Coway Run 2018

Hi dan salam sejahtera korang,

Berita menarik untuk peminat sukan larian, Coway Run kembali lagi untuk tahun kedua. Coway Run 2018 akan diadakan pada 7 Oktober 2018 berlokasi di MAEPS, Serdang

Untuk pertama kalinya, Coway Run akan diadakan dengan tema "Beat the Heat" yang dimana mereka akan berlari dalam laluan yang telah direka khas untuk menyejukkan dan menyelesakan korang dengan pancuran air supaya korang tak rasa panas semasa berlari.

Kat mana lagi nak berlari di Malaysia, tapi laluan larian siap ada pancuran air dan tak panas kan? Barulah mudah nak habiskan larian sebab laluan lari tu sejuk dan selesa. Rare tak?


Menariknya Coway Run 2018, tahun ini peserta boleh memilih untuk menyertai larian sejauh 5KM bersama dengan keluarga dan rakan-rakan atau untuk bertanding bagi merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan dengan jarak 10KM.

Lagi best, tahun ini, bagi ibu bapa yang bawa anak kecil mereka untuk sertai larian ini, Coway juga menyediakan laluan halangan menarik khas untuk kanak-kanak 5 tahun keatas.



Tarikh pendaftaran online: 11 Jun - 21 September 2018 
Nota: Larian Kanak-kanak tiada pendaftaran. 


Kategori 5KM dan 10KM yang dipertandingkan di Coway Run 2018 adalah:

1. Lelaki Terbuka (16-39 tahun)
2. Lelaki Vateran (40 tahun keatas)
3. Lelaki Terbuka Antarabangsa (16 tahun dan keatas)
4. Wanita Terbuka (16-39 tahun)
5. Wanita Vateran (40 tahun dan keatas)
6. Wanita Terbuka Antarabangsa (16 tahun dan keatas).


Harga tiket Coway Run 2018

Tahu tak apa lagi seronok? Dengan setiap tiket larian Coway Run 2018, RM10 akan didermakan kepada badan kebajikan yang diuruskan oleh Coway iaitu: Happy Water Project yang dimana mereka menyediakan bekalan air bersih dikawasan yang terpilih.


Jom, siapa nak berlari bersama dengan selebriti model fitness Jordon Yeoh jangan lupa daftar Coway Run 2018. Saya pun ada juga tau!


Untuk maklumat lanjut, layari:
www.cowayrun.com.my

Daftar Coway Run 2018 di: www.cowayrun.eventbrite.sg


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS