Friday, July 27, 2018

Potboy Groceries O2O Cashless Shopping

 Hai korang,

Saya tahu mesti kebanyakan pembaca blog saya ni kaki shopping. Daripada kaki shopping barang rumah, peribadi, pakaian, dan banyak lagi. Saya sendiri pun kaki shopping juga. Tapi lepas dah kawen ni, barangan yang saya suka beli mesti lah barangan rumah.

6-8 Julai 2018 yang lepas, berlangsungnya satu shopping fair di Jaya ONE, Petaling Jaya. Shopping fair ini dianjurkan oleh Potboy Groceries. Popular juga Potboy ni dalam kalangan orang yang selalu online shopping barangan keperluan dapur.

Potboy Groceries: online-to-offline (O2O) groceries sale, merupakan satu-satunya dan pertama kali dibuat di Malaysia. Bangga pula dapat ikut fair kali pertama ni.


Potboy Groceries O2O Cashless Shopping

Menariknya fair ini adalah, yang datang shopping pada hari tersebut, tak perlu membawa duit sebab semua transaksi dibuat menggunakan telefon korang. Senang, beli masa tu, tapi kalau tak bawa duit, bayar je online. Best tau!

Kalau katakan ada barangan yang korang nak beli tu tiada, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.potboy.com di lokasi, dan mula membeli barang. Tahu kenapa kena beli barang masa tu? Sebab korang boleh dapat penghantaran secara percuma!

 


Saya pun sebenarnya baru tahu pasal membeli belah di Potboy Groceries. Lepas usha website deorang, baru tahu kenapa ramai orang recommend kat saya untuk beli je barang kat sini. Pertama: barangan yang dijual memang murah, lepas tu selalu ada sales.

Di fair Potboy O2O Offline Cashless Shopping haritu, ada dalam 40 jenama popular termasuk Coca-cola, Nestle, F and N, Hershey's, Homesoy, Brand's, Jasmine, MamyPoko, dan banyak lagi jenama keperluan rumah yang menawarkan potongan diskaun sehingga 75%.



Selain daripada promosi jualan yang murah gila, korang juga boleh ambil kesempatan untuk merasa beberapa produk baru sebelum korang beli. Contoh macam Homesoy ada keluarkan perasa baru, boleh rasa dulu sebelum beli.

Paling best, peminat Cola- Cola boleh membeli minuman Cola- Cola dengan stevia (pemanis semulajadi) dengan RM1 sahaja. Ramai sangat orang borong air kat sini. 



(Wo)Men Vs Food Challenge-Hottest Noodle in Town

Antara aktiviti menarik pada hari terakhir Potboy Groceries O2O groceries sale adalah pertandingan memakan mee yang paling pedas. Mee pedas itu adalah Meggi Pedas Giler.

Pertandingan makan yang menawarkan hadiah tunai sebanyak RM1111 ini telah disertai lebih daripada 20 orang. Ramai orang Malaysia suka makan rupanya, tambah pula makan percuma dan kalau menang dapat pula duit kan.



 

Sebab pertandingan tu sengit, maka ada 3 tahap. Tahap 1 dipilih daripada 10 orang yang dapat habiskan 1 mangkuk Meggi Pedas Giler secara terpantas.Ada juga kumpulan blogge yang ikut pertandingan tu, tapi takda siapa dapat ke pusingan seterusnya.

Pusingan kedua, peserta kena habiskan sebanyak 10 mangkuk mengikut lagu. Tak silap lagi tu dalam 4-5 minit macam tu. Pusingan terakhir ada 4 orang saja, yang perlu makan 1 mangkuk Meggi Pedas Giler. Siapa habis dulu, dia lah Juara. 

Tabik ah kat deorang makan sampai berhingus mata berair. Menang next level punya tahan pedas.

 

Sebab kami berdua tak masuk dalam pertandingan tu, teringin juga nak merasa Meggi Pedas Giler. Sebelum ni saya memang nak cuba, tapi takut pula kalau pedas sangat, lepas tu dah lupa nak cuba. Dah rasa ni, serious sedap rupanya rasa dia.

Boleh la satu mangkuk tu buat kongsi 2 orang kami laki bini. Sebab dia mangkuk besar, jadi porsi dia banyak. Macam mana lah tadi deorang boleh makan banyak mangkuk sampai licin, ni yang satu pun kongsi tak larat habiskan.

 

 

Lastly, terima kasih kepada pengasas Foodilifecious.com sebab sudi menjemput kami berdua untuk sertai pertandingan makan tu, walaupun kami tak masuk, tapi best tengok reaksi orang lain makan. Kalau saya masuk, boleh habis cair eyeliner.

Terima kasih juga kepada Potboy Groceries kerana belanja saya barangan rumah. Boleh tahan penuh peti ais saya dengan air kotak dan air tin. Itu tak masuk dengan barangan yang kami berdua shopping lagi. Dah murah kan, rugi tak beli.

 

 

Kalau korang pun nak shopping barang murah, check out:
Wsbsite: potboy.com.my


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^