Friday, August 24, 2018

Bangi Avenue Convention Center Jadi Pilhan Perkahwinan Dalam Taman

Hello dan salam sejahtera korang,

Bangga pula saya nak cakap yang di Malaysia, kini sudah ada satu pusat konvension yang terbesar dan lengkap dengan banyak kemudahan dan tarikan disekeliling pusat ini.

Bangi Avenue Convention Center (BACC) yang terletak di arah selatan Lembah Klang dan berkeluasan hampir 89 ribu kaki persegi kini semakin terkenal dengan tarikan terbaru mereka iaitu perkahwinan dalam taman atau garden wedding.

Lokasi BACC yang dikelilingi kehijauan tumbuhan memang sangat sesuai untuk dibuat majlis perkahwinan dalam taman dan juga sesi bergambar. Banyak port lelawa nak bergambar atau OOTD kat sini. Ambil pakai kamera telefon pun dah lawa.



Tahniah pasukan Bangi Avenue Convention Center sebab berjaya melancarkan lokasi ini untuk majlis-majlis kecil dan besar. Terkejut saya bila tahu BACC ada pakej yang berbaloi, kemudahan yang awesome, lokasi yang strategik dan kawasan sekeliling yang mendamaikan mata.

Jadi kalau korang berminat nak buat majlis disini, boleh pilih pakej mengikut kemampuan korang.


Antara sebab kenapa saya syorkan untuk adakan majlis di BACC adalah sebab kemudahan yang bagus. Di mana korang nak cari pusat konvension dengan tapak parking yang boleh muat 1000 kereta pada satu-satu masa.

Tambah lagi, BACC siap ada hotel bertaraf antarabangsa, Avenue Garden Hotel yang menawarkan 178 bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan. Lepas tu, dekat pula dengan tarikan utama di Bangi, iaitu Bangi Wonderland.


Dewan Besar

Dewan di BACC merupakan antara dewan yang paling besar di Malaysia dengan keluasan sebesar 27,000 kaki persegi yang boleh memuatkan lebih daripada 2200 orang dalam meja bulat dan 3300 orang dengan tempat duduk teater.

Kalau besar sangat grand ballroom dia, jangan risau, dewan ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Korang boleh je nak tempah dewan yang kecil sikit.



Pakej Perkahwinan

Mudahnya nak berkahwin dengan BACC. Ada duit, bayar je. Pakej yang ditawarkan BACC merupakan pakej lengkap dtermasuk sewa dewan, makan-minum, jurugambar, pakaian pegantin, pelamin, jurusolek dan kemudahan dalam dewan.

Sebab parking dia banyak kat sini, tak adalah orang yang datang tu bising kalau tak jumpa parking kan. Ada juga add on booth desserts dan bergambar jadi nak tambah booth extra pun tiada masalah. 

Harga pakej perkahwinan bermula dari RM58/ seorang.


 

 

Tetapan & Hiasan Meja

Kalau buat majlis di BACC,tak payah risau tentang setup meja. Walaupun macam banyak je sampai 2200 orang dalam satu-satu masa untuk meja bulat-duduk, tapi sebab team BACC pandai setup, jadi ruang antara meja tu tak terlalu sempit.

Lepas tu, cantik pula setting setiap meja tu. Tak terlalu padat dan tak terlalu simple. Nampak eksklusif je. Kalau buat majlis kahwin kat sini, mesti ramai orang cemburu sebab setup meja pun sweet dan lawa!




Menu Makanan

Jangan risau sebab menu makanan di BACC semuanya dijamin Halal. Mereka punya katering semuanya orang Islam punya sebab mereka tahu orang Malaysia ni sensitif bab makanan Halal ni.

Ada pilihan untuk pilih menu hidangan makanan ala buffet atau hidang atau meja macam ni. Selalu kalau orang Melayu punya majlis memang buffet lah, jarang nak hidang terus sebab jemputan ramai. Yang mana satu pun, semua makanan kat sini sedap.

Tapi nak letak nota kat sini, untuk majlis perkahwinan ballroom orang Cina, mereka ada sediakan sekali dengan pakej percuma alkohol, tapi untuk majlis perkahwinan bukan Islam sahaja. Jangan risau juga sebab pinggan dan cawan untuk majlis ni tak sama ya.

Jangan lupa ambil sekali dengan pencuci mulut mereka. Rare dan sedap!

BACC's Five Combination of Lobster & Appetizer


Chilled Aloe Vera with Sea Birdnest


Garden Wedding/ Perkahwinan Dalam Taman

BACC antara lokasi pilihan yang hot orang nak buat majlis perkahwinan dalam taman. Tengok sendiri gambar dibawah yang saya ambil haritu. Cantiknya alahai. Memang masa nak buat BACC mereka dah plan untuk buat lokasi ni.

Siapa taknak buat majlis berbelakangkan hijau dan pancuran air kan.



Port Bergambar

Kan tadi saya ada mention pasal kehijauan BACC. Kawasan sekeliling BACC yang luas dipenuhi dengan kehijauan pokok pelbagai jenis. Jalan je memana, mesti akan jumpa port pokok yang cantik untuk bergambar. Ada satu jalan nak ke parking, lawa betul ambil OOTD kat situ.

Dah kalau amik gambar biasa macam ni pun dah lawa, bayangkan kalau ambil gambar kahwin korang, atau photoshoot sesaja, mesti lagi lawa. Tip: Jangan pakai baju warna hijau pulak ye.



BACC terletak dilokasi yang strategik, 30 minit dari Kuala Lumpur, Putrajaya & Puchong, 20 minit dari KLIA, 10 minit dari Lebuhraya LEKAS (Exit: Semenyih), dan 5 minit dari Lebuhraya Utara-Selatan (Exit: Bukit Mahkota/ Seri Putra).

Jadi korang yang dekat dengan kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang, Sepang, KLIA, Putrajaya, Serdang, Cheras, Puchong dan kawasan sekeliling tu, kalau ada majlis besar yang nak dianjurkan, boleh cuba usha Bangi Avenue Convention Center (BACC).


Bangi Avenue Convention Center (BACC)
43000 Kajang, Selangor
Contact: 03-8929 9999
Website: avenuegardenhotel.com.my/meetings


Till then,

20 comments:

  1. dekat sangat dengan rumah ni..mcm nk try pg je

    https://www.ohlawa.com/tips/rawatan-alternatif-masalah-jangkitan-kuman-dalam-darah/

    ReplyDelete
  2. cantik decoration pelamin , hiasan tempat perkahwinan dan doorgift ...bestlah

    https://besttipsforblog2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Memang cantik la sebab hijau sana sini sinun. Best tu buat garden wedding tapi kalau hujan kena buat back up plan la kan?. Suka suasana hijau kat sini. Nampak tenang ajer...

    ReplyDelete
  4. Boleh ni. Bkn cik en yg kawen boleh kongsi info ni pd yg lain

    ReplyDelete
  5. Cantiknya dekorasinya.. tambah menarik dengan setting yg meletup camtu!! AM suka tgk view kawasan sekeliling.. memang lawa benar.. majlis boleh dibuat di dalam dan di luar.. konsep yg menarik dan unik.. terimakasih atas perkongsian informasi ya!!

    ReplyDelete
  6. Perrgghhh 1k kereta boleh parking. Mmg besar la BACC ni.. sesuai sgt klau yang nak buat indoor atau outdoor.. lokasi pun cantik kann

    ReplyDelete
  7. Masalah utama masa majlis kahwin ialah tempat letak kereta, baguslah ada parking yang banyak macam ni. senang kerja

    ReplyDelete
  8. Wowww wedding dalam taman. Emi suka konsep macam ni. Lokasi pun nampak cantikkk

    ReplyDelete
  9. Baru tahu BACC ada serba lengkap macam ni .Hotel, parking, dewan dan macam2 lagi .Memang menarik lah kan . Kalau untuk penyediaan perkahwinn Dan lokasi baik memang pilih BACC je .

    ReplyDelete
  10. Dengan kapasiti muatan jemputan yang boleh dimuatkan dalam satu2 masa, nampak gaya boleh buat majlis kahwin untuk 2 pasang pengantin sekali

    ReplyDelete
  11. Wah cantiknya BACC. Sesuai sgt kalau nak buat garden wedding kan. Kalau nak buat indoor pun. Dewan dia nampak cantik je

    ReplyDelete
  12. Menariknya ! Sekarang semua nk tawarkan servis perkahwinan dlm taman sbb mmg tgh in betul. Wow bestlah pakej yg ditawarkan siap dpt free alcohol utk majlis non muslim. Okay nk warwarkan pd sahabat handai mengenai pakej ini

    ReplyDelete
  13. untuk golongan yang berduit, memng seronok kalau buat perkahwinan di tempat macam ni. lawa, makanan sedap, dan tetamu pun selesa

    ReplyDelete
  14. Wah menariknya ni. Kalau aoutdoor perkahwinan dekat hotel ni sure gempak punya. Menarik betul. Harga pun mampu milik sewa kan?

    ReplyDelete
  15. Baru je Ibu balik dari kerja kahwin, orang sekarang memang selesa buat majlis kahwin di luar sebab senang kan. tak perlu kemas

    ReplyDelete
  16. Berita baik untuk orang orang bangi yang rata rata kakitangan kerajaan ni. Mesti lepas ni boleh sewa je pusat konvensyen ni

    ReplyDelete
  17. Bagusnya ada konsep sebegini. One day kalau cik en nak macamni boleh pergi ke sini dan kalau ada kawan kawan yang tanya juga boleh juga suggest kat sini na.. makanan dia nampak sedap sangat. Pakej pun berbaloi. Ramai yg nak konsep wedding ala taman ni. Cume tempat saja terhad

    ReplyDelete
  18. Ini semacam.pesta taman kayak Lasaran garden klo di Makassar-Indonesia. Konsep seperti ini tak banyak dijumpai padahal ini sangat indah

    ReplyDelete
  19. wah cantiknya tempat ni. tak jauh sangat pun dekat bangi jekan. kolam air pancut dia pun besar tu. memang nice giler

    ReplyDelete
  20. Memang cantik dah Luas tempat nya..klu baker ok xda masalah😊 visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^