Download Aplikasi 7-in-1: Cannis App

 Hai dan salam sejahtera korang,

Pada 18 Ogos 2018 haritu, sempat saya ke Setia City Convention Centre untuk menyaksikan pelancaran aplikasi yang bagi saya terbaik dan lengkap, Cannis App. 

Aplikasi Cannis App adalah satu aplikasi 7 dalam 1 yang merangkumi 7 ciri-ciri/ aplikasi hot pada zaman sekarang termasuk: Online live broadcast, e-dagang, permainan dalam talian, video kreatif, media sosial, diskaun membeli-belah dan Cannis payment. 

Cannis App bukan satu aplikasi yang korang boleh jumpa dalam telefon korang. Lepas ni dah mudah sebab tak perlu nak download banyak-banyak aplikasi sebab dalam Cannis dah ada 7 aplikasi hot ni.


Ramai orang datang ke Majlis Pelancaran dan Tanda Tangan Perkongsian Cannis App haritu. Bukan saja pengguna aplikasi dari Malaysia, malah yang dari luar negara pun banyak datang. Pengguna dari Indonesia, China, Singapura, Amerika, Thailand dan banyak lagi pun datang. Meriah betul.


Haritu masa hari pelancaran aplikasi Cannis, sempat juga saya usha antara vendor yang berniaga dalam Cannis App. Kebanyakan item atau barangan yang mereka tawarkan di aplikasi ini rare juga. Bagus aplikasi yang ada buat e-commerce macam ni.

Baru dapat tahu tentang mereka akan bayar kepada influencer di dalam aplikasi Cannis yang dipilih untuk promosi kan barangan mereka semasa sesi live streaming. Jadi win-win situation kepada pengguna dan juga peniaga.




Aplikasi Cannis menyasarkan lebih daripada 20,000 pengguna akan download dan gunakan aplikasi ini dalam masa 24 jam dan sasaran mereka supaya aplikasi ini menjadi satu apps yang paling menjadi pilihan pengguna pada tahun yang akan datang.

Cannis App juga telah berjaya menbuat perjanjian dan perkongsian bersama dengan beberapa syarikat teknologi seperti syarikat internet, permainan online, peranti mudah alih dan analisa data yang terbesar termasuklah Google Partner.

Pertama kali saya tahu tentang aplikasi mudah macam ni. Selain daripada sistem keselamatan dan read speed yang telah dipertingkatkan, aplikasi ini memudahkan korang yang tak suka nak download banyak-banyak apps pada waktu yang sama.


Lebih menarik, Pengerusi Cannis Group adalah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.

Manakala Naib Pengerusi Cannis Group adalah Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin.

Keluarga diraja pun sokong Cannis App takkan kita taknak tahu pasal kelebihan dan betapa best-nya apps ni. Cuba korang download dah cuba, mesti takkan menyesal punya sebab saya pun sekarang suka pakai aplikasi unik ni.

Bersama dengan Datuk Dr. Azman Chin.

Meriah betul hari pelancaran Cannis App. Kena dengan tagline mereka "You think it, We build it", sebab dah berjaya mencipta satu aplikasi yang memudahkan pengguna telefon pintar terutamanya kepada mereka yang suka gunakan media sosial.



Rasa bangga pula sebab dapat menjadi saksi pelancaran aplikasi Cannis App. Banyak tenaga dan masa yang pasukan NIMPMOS Sdn Bhd letakkan dalam mewujudkan aplikasi yang mampu memudahkan dan membantu pengguna mereka.





Antara acara yang paling saya suka semasa majlis pelancaran Cannis App adalah semasa persembahan pasukan gendang dan tarian singa (lion dance). Tak sangka dapat tengok persembahan pasukan kebanggaan Malaysia yang telah memenangi banyak pertandingan.

Satu pilihan persembahan yang sangat menarik sebab selain daripada tunjukkan persembahan tradisi Malaysia-Cina, tapi juga dapat mendekatkan diri dengan pengguna daripada Cina yang menjadi antara pengguna yang terbanyak dalam Cannis App.




Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada NIMPMOS Sdn Bhd dan pasukan mereka sebab berjaya keluarkan idea hebat untuk aplikasi 7 dalam 1, Cannis App.

Jangan lupa download Cannis App di Google Play Store di telefon Android korang. Untuk pengguna di Apple, kena bagi masa sedikit untuk mereka lancarkan aplikasi ini di Apple Playstore.


Cannis App
Website:  www.cannis.app
Instagram:  www.instagram.com/CannisApp
Facebook:  www.facebook.com/CannisApp

Nah link kalau korang nak install sekarang. Hanya perlu ikut arahan di sini: http://api.ickapay.com/download/index.html .



Till then,

Post a Comment

18 Comments

Illya LeYa said…
Aplikasi yang mempunyai 7 fungsi yang sangat menarik. Memang best dan tak perlu nak download banyak aplikasi lagi..Hehe..
JMR said…
dah macam one stop centre untuk apps-apps best kat Malaysia ni. Idea yang menarik. Nak download gak tapi kena tunggu launch di Applestore dulu. Tazzabar!
Rawlins GLAM said…
7 fungsi dalam 1? Memang bagus dan menjimatkan sebab tak perlu nak download banyak aplikasi dalam gadget memasing kan. Congrats on the launch!
Menariknya. perkembangan teknologi apps, e dagang, e payment, mmg mcm cendawan tumbuh selepas hujan. tak terkejar rasa. kejap2 je ade apps terbaru dan semuanya mmg jd platform yang menyenangkan pengguna. 7 fungsi dalam 1 apps mmg wow! tahniah Cannis.
cindyrina said…
Dengar banyak gak pasal apps ni. Belum pegi explore lagi. Totally interested since now I venture into e commerce.
Ibu Syurga said…
Bagus ada kemudahan aps yang bermanfaat macam ni, senang nak buat kerja dan sudah tentu menjimatkan masa kan
Eyqa Hasnan said…
7in1. Menarik! Banyak aplikasi sekarang yang berkembang sama dengan teknologi masa kini
Zharif Azis said…
Bagus apps nie. Compilekan 7 applikasi dalam 1. Tak perlu serabut2 download banyak apps. Dan yg penting boleh generate income. Eh bestnya Cannis nie. Hopefully cepat sikit dorg adakan utnk pengguna ios
Mermaid said…
Aplikasi yang menarik. Nanti Ika cuba download. Wah event yang sangat meriah betui rugi Ika x datang hari tu . Semoga tahun depan Ika boleh join event ni.
Menarik aplikasi ni sbb dia ada 7 dalam 1 fungsi. Memudahkan para pengguna. Apatah sekarang mmg dah e- pay yang nenudahkan semua urusan :-)
Jia Shin Lee said…
I've heard a lot about this app, sounds super cool when everything is within just an app!
Abby Onety said…
Wah senangnya bisa ikut acara ini ya, bisa kenal aplikasi yang kereen dan dikunjungi oleh banyak orang bahkan banyak negara termasuk dari Indonesia.
woww menarik pelancaran dia pun boleh tahan hebat semuanya di hujung jari..terbaik lahh
Huda Halid said…
wah hebat yer! 7 in 1 apps , nak try gak la download. zaman sekarang berlumba company nak invent apps canggih2.
Lia Hasty said…
Dengar nama pun dah menarik. Mula2 ingat produk kecantikan tetapi apps baru rupanya. boleh nak cuba apps serba boleh ni.
Mama Hakim said…
bagus betul ada aps yang memudahkan macam ni, senang nak mohon bantuan di saat kecemasan kan. yang penting ada bateri hp je
Rasa teringin nak install aps ni, tapi kalau instal banyak banyak tak guna pun membazir ruang kan.
myfancyblog said…
Skrg dah byk tentang app antara bagus dgn tidak jer..😊terbaik CANNIS app 7in1, klu bdk2 muda mmg suka sangat😀. Visit my blog:www.keunggulanwanita.com

FOLLOWERS